| kertas kobalt klorida | cobalt chloride paper | Kertas turas yang direndam di dalam larutan kobalt klorida. Kertas ini digunakan untuk mengesan kehadiran air. Warna kertas ini akan berubah daripada biru kepada merah jambu dengan kehadiran air. | Menengah Rendah |
| akueus | aqueous | Perihal larutan yang pelarutnya ialah air. Contohnya, larutan akueus natrium klorida disediakan dengan melarutkan natrium klorida ke dalam air. | Menengah Rendah |
| mendakan | precipitate | Hasil pepejal yang diperoleh daripada sesuatu tindak balas kimia yang berlaku dalam larutan. Contohnya, argentum klorida terhasil apabila larutan natrium klorida ditambah ke dalam larutan argentum nitrat. | Menengah Rendah |
| kemolaran | molarity | Bilangan mol zat larutan yang terdapat dalam 1 liter larutan. Contohnya, kemolaran larutan akueus natrium klorida ialah bilangan mol natrium klorida yang larut dalam 1 liter air. | Menengah Atas |
| kekisi | lattice | Susunan teratur tiga dimensi zarah-zarah, iaitu molekul atom atau ion, dalam sesuatu hablur. Contohnya, dalam hablur natrium klorida, ion-ion natrium dan klorida disusun untuk membentuk kekisi kiub. | Menengah Atas |
| kalsium klorida kontang | anhydrous calcium chloride | Bahan berbentuk hablur berwarna putih yang digunakan untuk menyerap wap air. Formula CaCl2. | Menengah Rendah |
| kalsium klorida kontang | anhydrous calcium chloride | Serbuk berwarna putih yang menyerap wap air. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| halida | halide | Ion halogen yang mempunyai nombor pengoksidaan -1, iaitu sebatian bromida, klorida, fluorida dan iodida. | Menengah Atas |
| agen kontang | anhydrous agent | Bahan yang diperlukan untuk proses penyingkiran air. Contohnya, kalsium klorida kontang. | Menengah Atas |
| penyerapan | absorption | Proses sesuatu bahan masuk ke dalam struktur bahan yang lain. Contohnya, penyerapan wap air oleh kalsium klorida kontang. | Menengah Rendah |