| komposisi | composition | Pecahan kandungan unsur yang terdapat dalam suatu bahan. | Menengah Rendah |
| genotip | genotype | Komposisi genetik suatu organisma. | Menengah Atas |
| diet seimbang | balanced diet | Komposisi kelas makanan yang mengandungi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam mineral, air dan pelawas mengikut nisbah yang betul bagi memenuhi keperluan individu. | Menengah Rendah |
| diet seimbang | balanced diet | Komposisi makanan yang mengandungi semua kelas makanan iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin, pelawas, garam mineral dan air. Diet seimbang dikenali juga sebagai gizi seimbang | Menengah Atas |
| formula ion | ionic formula | Formula kimia bagi menunjukkan komposisi ion. | Menengah Atas |
| campuran homogen | homogeneous mixture | Campuran sampel jirim yang mempunyai komposisi dan sifat yang sekata pada keseluruhan sampel. | Menengah Atas |
| plasma | plasma | Cecair tidak berwarna yang merupakan sebahagian daripada darah. Komposisi darah terdiri daripada dua komponen utama, iaitu plasma (55%) dan komponen sel (45%). | Menengah Rendah |
| geologi | geology | Kajian tentang bumi dari segi asal-usul, struktur dan komposisi bumi. | Menengah Rendah |
| mangkin | catalyst | Bahan yang dapat mengubah kadar tindak balas kimia tanpa mengubah komposisi kimianya pada akhir tindak balas. | Menengah Atas |
| nitrogen | nitrogen | Unsur bukan logam yang tidak berwarna, tidak berbau dan wujud dalam bentuk gas secara semula jadi dalam atmosfera. Komposisi gas nitrogen di atmosfera ialah 78%. Nitrogen digunakan dalam penyediaan asid nitrik, ammonia, bahan letupan dan digunakan sebagai bahan penyejuk dan antipengoksida. Simbol N. | Menengah Rendah |