| taman laut | marine park | Kawasan di dasar laut yang ditetapkan untuk pemuliharaan spesies laut. | Menengah Atas |
| bayu laut | sea breeze | Pergerakan udara dari laut ke daratan disebabkan perbezaan suhu apabila permukaan laut lebih sejuk daripada daratan yang berhampiran. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| penyahgaraman | desalination | Proses penyingkiran garam dari air laut atau tanah untuk tujuan tertentu. Proses ini membolehkan air laut digunakan sebagai minuman, sementara tanah yang berkenaan dapat digunakan sebagai kawasan tanaman tertentu. | Menengah Rendah |
| bayu darat | land breeze | Pergerakan udara dari daratan ke laut disebabkan perbezaan suhu apabila permukaan laut lebih panas daripada daratan yang berhampiran. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| dugong | dugong | Sejenis haiwan laut yang rupanya seakan-akan ikan paus kecil dan mempunyai kaki sirip. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| masin | salty | Rasa seperti air laut atau garam. | Sekolah Rendah |
| umang-umang | soldier crab | Sejenis ketam laut yang kecil, yang biasanya tinggal di dalam kulit siput. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| biosfera | biosphere | Keseluruhan kawasan permukaan bumi, laut dan udara yang didiami oleh organisma hidup. | Menengah Atas |
| petroleum | petroleum | Minyak mentah yang dijumpai di bawah tanah atau dasar laut. | Menengah Rendah |
| tanah paya | wetland | Tanah rendah yang biasanya dilitupi oleh air dari tasik, sungai atau laut yang berhampiran dengannya. | Menengah Atas |