| masin | salty | Rasa seperti air laut atau garam. | Sekolah Rendah |
| peluh | sweat | Cecair masin dan tidak berwarna yang dirembes oleh kulit mamalia untuk menyejukkan badan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| bakau | mangrove | Pokok yang tumbuh dalam air masin berlumpur di muara sungai. Ia mempunyai akar udara atau pneumatofor untuk pertukaran gas. | Menengah Atas |
| pengasinan | salting | Proses mengawet bahan makanan menggunakan garam. Contohnya, ikan masin. | Sekolah Rendah |
| garam | salt | Bahan pepejal atau serbuk yang berwarna putih dan berasa masin. Garam diperoleh daripada air laut atau dari dalam tanah. | Sekolah Rendah |
| paya bakau | mangrove swamp | Kawasan air tawar yang bertemu dengan kawasan air masin. Ia mempunyai tanah yang lembut dengan kepekatan garam yang tinggi dan kandungan oksigen yang rendah. Lihat Rajah | Menengah Atas |
| rasa | taste | Perihal sesuatu yang dialami oleh lidah apabila bersentuh dengan sesuatu. Contohnya, rasa manis, pahit, masam dan masin. | Menengah Rendah |