| mekanisme pernafasan | breathing mechanism | Mekanisme pertukaran gas oleh badan yang melibatkan kemasukan oksigen dari atmosfera ke dalam paru-paru dan pembebasan karbon dioksida dari paru-paru ke atmosfera. Mekanisme ini melibatkan penyedutan dan penghembusan udara keluar dari badan. | Menengah Rendah |
| mekanisme letupan | explosive mechanism | Cara penyebaran biji benih. Buah yang matang akan meletup dan membolehkannya tersebar ke persekitaran. Contohnya, biji getah. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| mekanisme kawal atur | regulatory mechanism | Sistem kawalan persekitaran dalaman untuk mengekalkan kestabilan sesuatu bahan, dan diselenggara dalam keadaan yang terbatas walaupun keadaan persekitaran luaran berubah. | Menengah Atas |