Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata p

Puisi
 

Petang-petang ribut berdengung,
     Kilat menyambar pucuk pauh;
Petang-petang duduk melengung,
     Orang nak balik tempat jauh.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Biduk pecah nakhoda mati,
     anak buah bercerai-berai.

Bermaksud :

Apabila perusahaan yang besar mengalami kerugian maka pekerja-pekerjanya pun bercerai-berai.

 

Lihat selanjutnya...(1000)

332

Look before you leap

Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).

Padang perahu di lautan, padang hati di fikiran

I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.

Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi padang perahu di lautan, padang hati di fikiran . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(647)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pemuliharaan alamconservationProses pelaksanaan pelan pengurusan ekosistem untuk melindungi kepelbagaian sumber bumi.Menengah Rendah
pertumbuhangrowthProses pertambahan saiz dan kerencaman organisma akibat pertambahan bilangan sel dan tisu. Pertumbuhan melibatkan tiga peringkat perkembangan, iaitu pembahagian, pemanjangan dan pembezaan sel.Menengah Rendah
paru-parulungsOrgan pernafasan vertebrat. Organ ini mengandungi banyak alveolus yang menjadi tempat proses pertukaran gas. Paru-paru dikenali juga sebagai peparu.Menengah Rendah
alveolusalveolusPundi udara yang halus di dalam paru-paru tempat berlakunya pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Pada paru-paru vertebrat, rongga ini mempunyai membran yang nipis, kaya dengan rangkaian kapilari darah dan terletak di hujung bronkiol. Dindingnya yang lembap berperanan sebagai permukaan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lihat RajahMenengah Rendah
pengguna sekundersecondary consumerOrganisma yang sebahagian besarnya terdiri daripada haiwan karnivor yang memakan pengguna primer. Pengguna sekunder seperti tikus dan burung akan memakan pengguna primer seperti belalang yang mendapatkan makanan daripada pengeluar.Menengah Rendah
perubahan fizikalphysical changeProses perubahan pada sifat-sifat fizikal sesuatu bahan seperti bentuk, saiz, warna, jisim dan ketumpatan. Perubahan fizikal pada sesuatu bahan tidak akan mengubahkan keadaan kimianya. Contohnya, perubahan air kepada ketulan ais.Menengah Rendah
parasitparasiteOrganisma yang hidup di permukaan atau di dalam perumah. Parasit mendapatkan keuntungan daripada perumah tetapi memudaratkan perumah tersebut. Parasit yang hidup di permukaan perumah disebut ektoparasit, manakala yang hidup di dalam perumah disebut endoparasit.Menengah Rendah
tekananpressureDaya per unit luas. Tekanan diukur dalam unit newton per meter persegi, N/m2 atau pascal, Pa.Menengah Rendah
sulursuckerPucuk baru yang berkembang dari bahagian pangkal atau akar pokok. Contohnya, sulur pada pokok pegaga. Lihat RajahSekolah Rendah
peristalsisperistalsisProses pergerakan berombak pada esofagus untuk menolak bebola makanan ke perut akibat pengecutan dan pengenduran otot secara berturut-turut.Menengah Rendah
12345678910...

Kembali ke atas