| epidermis | epidermis | Lapisan sel paling luar pada tumbuhan, haiwan dan manusia. Pada tumbuhan, epidermis merupakan lapisan sel rata paling luar yang menutupi dan melindungi semua bahagian tumbuhan. | Menengah Rendah |
| tanah | soil | Lapisan paling atas kerak bumi. | Menengah Rendah |
| Utarid | Mercury | Planet yang paling hampir dengan matahari. | Sekolah Rendah |
| virus | virus | Mikroorganisma parasit paling seni yang menyebabkan penyakit pada manusia, haiwan dan tumbuhan. | Menengah Rendah |
| serviks | cervix | Salur pada bahagian paling bawah uterus yang menguncup ke bukaan faraj. | Menengah Rendah |
| retina | retina | Lapisan mata paling dalam yang peka kepada cahaya. Imej terbentuk di atas retina. | Menengah Rendah |
| korona | corona | Lapisan paling luar yang kelihatan di sekeliling matahari dan hanya kelihatan apabila berlakunya gerhana penuh matahari. | Menengah Rendah |
| kerak bumi | earth’s crust | Lapisan paling luar bumi yang keras yang terdiri daripada mineral. | Menengah Rendah |
| bronkiol | bronchiole | Salur yang paling kecil dan berdinding nipis dalam paru-paru, dan di bahagian hujungnya terdapat alveolus. | Menengah Rendah |
| humus | humus | Bahagian organik di lapisan tanah paling atas yang terbentuk melalui hasil penguraian bahan tumbuhan atau haiwan yang telah mati. | Menengah Rendah |