| bahan pencemar | pollutant | Bahan kimia yang menyebabkan pencemaran akibat aktiviti manusia, yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada hidupan dan persekitaran. Contohnya, logam berat dan racun perosak. | Menengah Rendah |
| jerebu | haze | Fenomena alam sekeliling yang berlaku apabila udara mengandungi bahan pencemar seperti asap dan habuk halus pada kepekatan yang tinggi sehingga menjejaskan jarak penglihatan. | Menengah Rendah |
| pencemaran | pollution | Perubahan ciri-ciri kimia, biologi atau fizik yang tidak diingini ke atas persekitaran semula jadi oleh bahan pencemar yang terhasil daripada kegiatan manusia. Pencemaran memberi kesan buruk terhadap kualiti air, tanah atau atmosfera. | Menengah Rendah |