| persekitaran | environment | Keseluruhan keadaan, tempat atau kawasan yang didiami oleh organisma, sama ada dari segi fizikal atau biologi yang mempengaruhi pertumbuhan, perkembangan dan perlakuan organisma berkenaan. | Menengah Rendah |
| persekitaran dalaman | internal environment | Bendalir yang mengelilingi sel-sel hidup dalam organisma multisel, yang terdiri daripada bendalir luar sel plasma darah dan bendalir limfa. | Menengah Atas |
| mekanisme kawal atur | regulatory mechanism | Sistem kawalan persekitaran dalaman untuk mengekalkan kestabilan sesuatu bahan, dan diselenggara dalam keadaan yang terbatas walaupun keadaan persekitaran luaran berubah. | Menengah Atas |
| penyamaran | camouflage | Peniruan warna, bentuk atau rupa persekitaran oleh haiwan untuk mengelak daripada dikesan oleh pemangsa. Contohnya, warna cicak yang hampir sama dengan persekitaran dan warna labah-labah raksasa yang menyamai batang pokok. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| rangsangan | stimulus | Perubahan persekitaran yang dikesan oleh organisma dengan menghasilkan gerak balas terhadapnya. | Menengah Rendah |
| homeostasis | homeostasis | Pengawalaturan persekitaran dalaman dari segi faktor kimia dan fizikal supaya sel berfungsi dalam keadaan optimum. | Menengah Atas |
| habitat | habitat | Tempat tinggal dan persekitaran bagi tumbuhan dan haiwan untuk hidup. | Menengah Rendah |
| agen pendebungaan | pollinating agent | Faktor persekitaran seperti angin, serangga, air dan haiwan yang membantu memindahkan butir debunga dari anter ke stigma ketika proses pendebungaan. | Menengah Rendah |
| habitat | habitat | Tempat tinggal semula jadi atau persekitaran bagi haiwan, tumbuhan atau benda hidup lain. Contohnya, habitat beruang kutub ialah di Kutub Utara. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| penyesuaian | adaptation | Proses organisma mengubah dirinya untuk hidup dalam persekitaran. | Sekolah Rendah |