| polimer termoset | thermosetting polymer | Plastik yang boleh diacu sekali sahaja. Contohnya, melamina, bakelit, dan perspeks. | Menengah Atas | 
				| rod politena | polythene rod | Bahan plastik yang boleh digunakan untuk menghasilkan cas negatif apabila digosok dengan kain bulu. | Menengah Rendah | 
				| polimer sintetik | synthetic polymer | Polimer yang dihasilkan secara buatan. Contohnya, plastik, serat tiruan dan getah sintetik. | Menengah Atas | 
				| wayar bertebat | insulated wire | Wayar yang dibalut dengan bahan penebat seperti plastik atau getah. | Sekolah Rendah | 
				| kanta | lens | Alat optik yang biasanya terdiri daripada bahan lut sinar seperti kaca, plastik atau kuarza. Contohnya, kanta cembung dan kanta cekung. | Menengah Rendah | 
				| bahan bukan magnet | non-magnetic material | Objek yang tidak dapat ditarik oleh magnet. Contohnya, getah, plastik dan kayu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah | 
				| klorin | chlorine | Sejenis gas berwarna hijau kekuningan, larut sedikit dalam air, takat beku -101°C dan takat didih -34°C. Klorin digunakan dalam rawatan air, pembuatan racun perosak, plastik, bahan penyejuk dan bahan peluntur. | Menengah Rendah | 
				| gliserol | glycerol | Cecair likat, jernih, takat beku 18°C, takat didih 290°C, larut dalam air dan alkohol tetapi tidak larut dalam eter, benzena dan kloroform. Gliserol digunakan untuk membuat plastik. | Menengah Rendah |