Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata point


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
titik fokusfocal pointTitik tempat sinar selari bertumpu selepas melalui kanta. Lihat RajahMenengah Rendah
takat leburmelting pointSuhu ketika sesuatu pepejal menjadi cecair. Takat lebur ais adalah pada suhu 0°C.Menengah Rendah
takat didihboiling pointSuhu ketika tekanan wap cecair menyamai tekanan atmosfera dan berlakunya perubahan jirim daripada cecair menjadi gas. Pendidihan berlaku pada keseluruhan cecair. Takat didih air adalah pada suhu 100°C.Menengah Rendah
takat didihboiling pointSuhu ketika sesuatu cecair mula mendidih. Contohnya, takat didih air ialah 100°C.Sekolah Rendah
takat bekufreezing pointSuhu ketika sesuatu cecair menjadi pepejal. Contohnya, takat beku air ialah 0°C.Sekolah Rendah
titik pampasancompensation pointTakat keamatan cahaya apabila jumlah karbon dioksida yang dikeluarkan semasa respirasi sama dengan jumlah karbon dioksida yang digunakan dalam fotosintesis, dan jumlah oksigen yang digunakan semasa respirasi sama dengan jumlah oksigen yang dikeluarkan semasa fotosintesis.Menengah Atas
takat leburmelting pointSuhu apabila sesuatu bahan dalam keadaan pepejal bertukar menjadi cecair.Menengah Atas

Kembali ke atas