| gelombang radio | radio wave | Gelombang elektromagnet yang mempunyai julat panjang gelombang 10-1 m hingga 106 m. | Menengah Atas |
| pembiasan | refraction | Proses serakan sinaran atau gelombang radio sewaktu bergerak daripada satu permukaan ke satu permukaan yang lain. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| modulasi amplitud | amplitude modulation | Modulasi yang melibatkan perubahan amplitud gelombang pembawa frekuensi radio, bersesuaian dengan isyarat yang dipancarkan. | Menengah Atas |
| perintang boleh ubah | variable resistor | Perintang yang boleh mengawal aliran arus elektrik dalam litar elektrik. Contohnya, penggunaan pada alat ubah bunyi radio atau televisyen. | Menengah Rendah |
| wayar hidup | live wire | Wayar yang disambungkan kepada punca kuasa elektrik untuk mengalirkan tenaga elektrik kepada perkakas elektrik seperti televisyen dan radio. Sarung penebat wayar hidup berwarna merah atau coklat. | Menengah Atas |
| wayar hidup | live wire | Wayar yang disambungkan kepada punca bekalan kuasa elektrik untuk mengalirkan arus elektrik kepada perkakas elektrik seperti televisyen dan radio. Sarung penebat bagi wayar hidup berwarna coklat. | Menengah Rendah |