| satah | plane | Permukaan yang rata. | Menengah Atas |
| satah condong | inclined plane | Permukaan rata yang satu bahagian hujungnya diletakkan pada ketinggian berbeza. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| kelalang dasar leper | flat bottom flask | Kelalang yang rata pada bahagian dasarnya dan digunakan untuk mengisi cecair. | Menengah Rendah |
| kasar | rough | Permukaan objek yang kesat dan tidak rata. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| cakera | disc | Plat yang berbentuk bulat, nipis dan rata, yang digunakan untuk menyimpan data. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| kon | cone | Objek yang meruncing ke hujung dari tapaknya yang rata dan bulat. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| epidermis | epidermis | Lapisan sel paling luar pada tumbuhan, haiwan dan manusia. Pada tumbuhan, epidermis merupakan lapisan sel rata paling luar yang menutupi dan melindungi semua bahagian tumbuhan. | Menengah Rendah |
| omnivor | omnivore | Haiwan yang memakan tumbuhan dan daging. Haiwan kumpulan ini menggunakan gigi kacip, gigi taring dan gigi molar rata untuk memakan tumbuhan dan haiwan lain. Contohnya, beruang. | Menengah Rendah |