| kadar | rate | Ukuran untuk menentukan suatu pola gerakan atau peristiwa. | Sekolah Rendah |
| kadar penyejatan | rate of evaporation | Kadar yang diambil oleh cecair untuk berubah menjadi gas. | Sekolah Rendah |
| kadar transpirasi | rate of transpiration | Kadar kehilangan air melalui penyejatan pada permukaan tumbuhan dalam bentuk wap air ke persekitaran. | Menengah Atas |
| kadar tindak balas | rate of reaction | Perubahan kuantiti bahan atau hasil tindak balas per unit masa. | Menengah Atas |
| kadar pertumbuhan | growth rate | Kadar atau kepantasan peningkatan bilangan atau saiz sel dalam organisma atau peningkatan bilangan organisma dalam populasi. | Menengah Atas |
| kadar denyutan jantung | rate of heartbeat | Kadar degupan jantung bagi setiap unit masa, biasanya dalam minit. Kadar ini berasaskan jumlah pengecutan ventrikel. | Menengah Atas |
| kadar denyutan nadi | pulse rate | Kadar pengembangan dan pengecutan saluran darah (arteri) per minit. | Sekolah Rendah |
| kadar tindak balas purata | average rate of reaction | Nilai purata bagi kadar tidak balas dalam suatu tempoh masa. | Menengah Atas |
| kadar tindak balas seketika | momentary reaction rate | Kadar tindak balas pada satu-satu masa atau ketika tertentu. | Menengah Atas |