| tisu | tissue | Sekumpulan sel yang terbina daripada sel-sel yang sama bentuk dan fungsi. | Menengah Rendah |
| spesies | species | Sekumpulan organisma yang serupa, berkongsi ciri sepunya, memainkan peranan yang sama dalam ekosistem serta boleh membiak untuk menghasilkan anak. | Menengah Rendah |
| kultur | culture | Sekumpulan sel sama ada dari mikroorganisma, haiwan atau tumbuhan yang dibiakkan dalam makmal di bawah suhu, pH dan faktor-faktor lain yang dikawal menggunakan medium kultur. | Menengah Rendah |
| buruj | constellation | Sekumpulan bintang yang terletak berdekatan dan kedudukannya menyerupai bentuk-bentuk tertentu di cakerawala. Contohnya, buruj Biduk, buruj Belantik dan buruj Pari. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| Belantik | Orion | Sekumpulan bintang yang kedudukannya membentuk imej seperti pemburu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| tisu | tissue | Sekumpulan sel khusus yang mempunyai bentuk dan struktur tertentu, yang tersusun bersama untuk melaksanakan sesuatu fungsi tertentu. | Menengah Atas |
| populasi | population | Sekumpulan organisma daripada spesies yang sama, yang tinggal di habitat yang sama, dan mampu membiak. | Menengah Atas |
| klon | clone | Sekumpulan sel atau organisma yang serba serupa dari segi genetik. | Menengah Atas |
| estrogen | estrogen | Sekumpulan hormon yang mengawal perkembangan seksual wanita. | Menengah Atas |
| kawanan haiwan | herd | Sekumpulan haiwan yang jinak atau liar, yang hidup bersama-sama. Contohnya, kawanan gajah. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |