| sistem pengangkutan | transport system | Sistem yang membawa keperluan sel kepada semua sel-sel badan dan membawa bahan buangan keluar dari sel-sel. | Menengah Atas | 
			
				| kapilari | capillary | Salur paling halus dalam sistem peredaran darah yang menghubungkan arteri dengan vena. Melalui saluran ini, nutrien dan oksigen akan meresap ke dalam sel-sel badan, manakala sisa bahan dan karbon dioksida meresap keluar dari sel-sel badan. | Menengah Rendah | 
			
				| tisu | tissue | Sekumpulan sel yang terbina daripada sel-sel yang sama bentuk dan fungsi. | Menengah Rendah | 
			
				| kelompok sel Langerhans | islets of Langerhans | Sel-sel pankreas yang mengeluarkan insulin dan glukagon, dua regulator penting dalam metabolisme gula. | Menengah Atas | 
			
				| persekitaran dalaman | internal environment | Bendalir yang mengelilingi sel-sel hidup dalam organisma multisel, yang terdiri daripada bendalir luar sel plasma darah dan bendalir limfa. | Menengah Atas | 
			
				| darah | blood | Bendalir yang terdiri daripada plasma dan sel-sel darah di dalam badan. | Menengah Rendah | 
			
				| asimilasi | assimilation | Proses penggunaan bahan makanan tercerna yang telah diserap oleh sel tubuh untuk pertumbuhan, pembiakan dan penggantian sel-sel yang rosak. | Menengah Rendah | 
			
				| organ deria | sensory organ | Organ yang dapat mengesan rangsangan kerana kehadiran sel-sel saraf. Contohnya, mata, telinga, lidah, hidung dan kulit. | Menengah Rendah | 
			
				| sindrom kurang daya tahan penyakit | AIDS | Penyakit yang disebabkan oleh virus imunodefisiensi manusia (HIV) yang menjadikan sel-sel darah putih dalam badan seseorang tidak lagi berupaya melindunginya daripada serangan penyakit. | Menengah Rendah | 
			
				| sel pengawal | guard cell | Sel yang mengelilingi stoma pada epidermis tumbuhan. Sel ini mengawal saiz bukaan stoma apabila perubahan kesegahan sel berlaku. Sel ini mengandungi kloroplas. Lihat Rajah | Menengah Rendah |