Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; mengalir 1. bergerak berterusan (bkn air, cecair, tenaga elektrik, dll): air sungai ~ ke laut; darah ~ keluar drpd luka di kepala­nya; 2. bergerak perlahan-lahan dan sedikit-sedikit, meleleh (bkn air mata, peluh, dll): air matanya ~ juga dlm suram-suram cahaya; 3. bergerak melalui atau menerusi kawat (bkn arus atau tenaga elektrik); 4. bergerak keluar atau masuk (dr sebuah negara ke negara lain dsb), berpindah banyak-banyak (ke negara atau tempat lain): emas ~ ke luar negeri; mengaliri Id mengalir ke (sesuatu kawasan, daerah, dll): air bendungan itu dapat ~ daerah yg luas; mengalirkan 1. menyebabkan (menjadi­kan) mengalir, menyalurkan (air dll) ke: maksud bendungan ini ialah utk ~ air ke sawah; pertempuran yg ~ darah; 2. menye­babkan bergerak (di air), menghanyutkan: ~ rakit; 3. menyalurkan (cita-cita, kegiatan, dsb), mengarahkan; aliran 1. gerakan mengalir (bkn air, tenaga elektrik, dll): ~ air sungai menuju ke laut; ~ tenaga elektrik; 2. gerakan keluar atau masuk biasanya banyak-banyak (dr sebuah negara ke negara lain dsb): ~ emas ke luar negeri; 3. saluran (spt paip air, dawai elektrik, dll) tempat mengalirnya sesuatu: ~ sungai itu selalu berpindah-pindah; 4. haluan pemikir­an (pendapat), mazhab (politik, pandangan hidup, dll); ~ falsafah moden pandangan (haluan) falsafah moden; ~ komunis pendapat atau pemikiran komunis; ~ zaman pandangan hidup masa tertentu; 5. jalan (cerita dsb): cerita ini kutuliskan secara roman sejarah, tetapi ~nya kusesuaikan dgn kisah pepe­rangan Kedah; 6. arah perkembangan, ke­cen­derungan atau kemungkinan (hala sesuatu perkembangan): ~ puisi tahun enam puluhan; ~ pasaran getah; 7. yg termasuk dlm sesuatu golongan yg khusus atau tertentu (bkn pem­bahagian atau pengelasan pelajar atau pelajar­an dsb), sekolah menengah ~ Melayu; pelajar-pelajar ~ sains; ~ tunai penerimaan dan pem­bayaran wang tunai; beraliran berhaluan pendapat (politik, pan­dangan hidup dll): lunas itu ~ utk mendirikan suatu negara sosialis; pengaliran perihal (perbuatan, usaha dsb) mengalirkan, penyaluran (air, arus elektrik, dll), pemindahan (emas, modal dsb): ~ air ke sawah padi; ~ emas ke luar negeri dilarang oleh kerajaan; pengalir sesuatu yg (digunakan utk) meng­alir­kan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alir I


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
flowmetermeter alirmeter alirmeter alirKejuruteraan Kapal Terbang
flowchartbagan alircarta alircarta alirTeknologi Maklumat
flow chartdiagram alircarta alircarta alirKejuruteraan
flow ratelaju alirkadar alirkadar alirKejuruteraan
flowing treatmentperlakuan alirrawatan alirrawatan alirPerikanan
flow ratekadar alirkadar alirkadar alirPerubatan
flow resourcessumber daya alirsumber alirsumber alirPerhutanan
flowing water ratelaju alir airkadar air alirkadar air alirPerikanan
gulf streamalir arus telukalir arus telukalir arus telukPerikanan
natural draughtalir bebas alamalir bebas aslialir bebas tabiiKejuruteraan
12345678910...

Kembali ke atas