Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.cah] | چچه

Definisi : ; sececah 1. sekejap, sebentar: setelah bertutur-tutur ~, Rijnhaard mohon diri akan pulang; 2. sedikit, secolek: bukan hendak banyak, hanya ~ sahaja; bercecah sedikit-sedikit, berdikit-dikit; mencecah kena (sedikit) pd, menyentuh sedikit, mencolek (sambal, kicap, dll): usap bedak perlahan-lahan menghala ke luar dan ke bawah tetapi tidak ~ garis rambut; ~ bumi menjejak (memijak) bumi; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah prb banyak sama-sama banyak dibahagi, sedikit sama-sama sedikit; mencecahkan mengenakan (menyentuhkan, mencelupkan) sedikit sesuatu pd: tangannya mematahkan goreng pisang dan ~nya ke piring gula; tercecah terkena (tercelup) sedikit, kena sedikit pd: apabila ~ saja kopi panas itu di lidahnya, dirasanya menjadi bertambah panas hingga air matanya kelihatan tergenang-genang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.cah] | چچه

Definisi : ; ~ merah sj tumbuhan (pokok), Staurogyne setigera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.cah] | چچه

Definisi : ; mencecah mengenai sedikit; menyentuh sedikit; mencolek (sambal, kicap dll): ~ bumi menjejak bumi. men­­cecahkan mengenakan sesuatu sedikit pd: Dia ~ ulam ke sambal, kemudian menyuapkannya ke mulut. tercecah terkena sedikit. sececah 1 waktu yg tidak lama; sekejap; sebentar. 2 sedikit; secolek. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cecah


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
touchdowncecahcecahcecahKejuruteraan Kapal Terbang
touchdown pointtitik cecahtitik cecahtitik cecahKejuruteraan Kapal Terbang

Kembali ke atas