| menguakkan | menyingkap (membuka) dgn menolak atau menarik ke kiri ke kanan (daun pintu, tabir, dll), menyisikan (menepikan, menghindarkan) ke kiri ke kanan, memisahkan: ia ~ daun pintu lebar-lebar; ~ kelambu (tirai dll); orang berlarian hendak menolongnya tapi dikuakkannya mereka; ia ~ daun-daun serta sampah-sampah yg menutupi kubur itu ke tepi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| engsel | (éngsél) 1. sj sendi besi yg menyambungkan daun pintu (tingkap dll) dgn jenangnya dll (sehingga daun pintu dll boleh dibuka tutup); 2. alat pengubah arah rel (pd jalan kereta api), wisel; berengsel ada engselnya, bersendi: tengkorak itu melekat spt ~ pd tulang belakang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kepak | 1. sayap: ayam jantan itu mengibar-ngibarkan ~nya; ~ burung; ~ kupu-kupu; 2. bahagian sesuatu yg menyerupai sayap; ~ pintu daun pintu; berkepak 1. mempunyai kepak, bersayap (burung, agas, dll): setengah-setengah haiwan yg ~ tidak dapat terbang; ada burung yg ~ besar dan ada yg ~ kecil; 2. berdaun (bkn pintu, tingkap): pintu ~ dua; 3. = berkepak-kepak mengibarkan kepak (spt ayam jantan yg hendak berkokok); mengepak-ngepak = terkepak-kepak berkepak-kepak, mengibar-ngibarkan kepak (sayap); mengepak-ngepakkan mengibar-ngibarkan (sayap). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| terkuak | 1. terbuka sedikit (bkn daun pintu, tabir, dll yg ditolak): pintu terkuak lebar; 2. merenggang dan bercelah-celah (bkn awan, daun-daun yg bergerak dsb): awan hitam pun ~; 3. menyisi (menghindar) ke kiri ke kanan (bkn orang atau sesuatu yg berkumpul): barang di mana ia lalu orang-orang ~ memberi ia jalan; 4. menjadi besar atau lebar (bkn lubang dll), berpisah (dgn); ~ (terbuka) darah tersirap darah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berkuak | 1. terbuka sedikit (bkn daun pintu, tabir, dll yg ditolak): pintu terkuak lebar; 2. merenggang dan bercelah-celah (bkn awan, daun-daun yg bergerak dsb): awan hitam pun ~; 3. menyisi (menghindar) ke kiri ke kanan (bkn orang atau sesuatu yg berkumpul): barang di mana ia lalu orang-orang ~ memberi ia jalan; 4. menjadi besar atau lebar (bkn lubang dll), berpisah (dgn); ~ (terbuka) darah tersirap darah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kepak pintu | daun pintu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menyelak | mengunci dgn selak, mengancing: daun pintu diselak perlahan-lahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| daun pintu | papan pintu yg boleh dibuka tutup; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pintu rangkap | daun pintu yg berangkap dua; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kertap | bunyi spt bunyi barang keras digigit atau daun pintu ditutup; ~-kertup berbunyi kertap berkali-kali; berkertap berbunyi kertap: giginya ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |