| seksyen | (séksyen) 1. bahagian kecil drpd badan yg lebih besar (jabatan, kawasan, dll); 2. bahagian drpd karangan (undang-undang dll), fasal, ceraian; 3. bahagian drpd platun (tentera); 4. bahagian tertentu dlm sesuatu kawasan (bandar dsb): beliau tinggal di S~ 3, Bandar Baru Bangi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sang I | kata sandang yg lebih hormat drpd si, a) depan nama orang dll yg dimuliakan: S~ Arjuna; S~ Samba; S~ Sepurba; S~ Nata; b) di depan nama benda yg dimuliakan: S~ Saka Merah Putih; S~ Surya; c) di depan nama binatang (dlm cerita-cerita): S~ Kancil; d) bp di depan sesuatu yg dianggap sbg benda hidup: ~ api; e) bp sbg ejekan: ~ menantu; ~ suami; persangan sl orang-orang yg bergelar sang (sbg penghormatan): maka disuruh jemput orang itu, jika ~ orang kecil menjemput dia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sutan | Mn 1. gelaran kaum bangsawan: berapa banyaknya orang Darat yg berbini di sini, jadi menantu S~-S~ dan Marah-Marah; 2. awal nama gelaran: sebenarnya ia bergelar S~ Baginda; bersutan; ~ di mata, beraja di hati membuat sekehendak hati; bersutan-sutan berasa megah atau sombong kerana kebangsawanannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| selat I | laut yg sempit yg menceraikan dua daratan atau pulau-pulau: S~ Melaka; S~ Teberau; Negeri-Negeri S~ negeri-negeri yg letaknya di Selat Melaka (Singapura, Melaka, dan Pulau Pinang pd zaman kolonial). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sultan | Ar raja (yg memerintah): S~ Pahang; S~ Perak; nafsu-nafsi raja di mata, ~ di hati = beraja di mata bersultan di hati prb melakukan sesuatu mengikut perhitungan sendiri (tidak mempedulikan teguran atau nasihat orang lain); kesultanan 1. kawasan (wilayah) yg diperintah oleh sultan, kerajaan, negeri (di bawah pemerintahan sultan); 2. istana sultan; 3. kedudukan (taraf) dan kekuasaan atau pemerintahan sultan: makyung terus-menerus mendapat semacam naungan dr istana Perbaungan sehingga tahun 1946, tahun berlakunya kemusnahan ~ dan kemangkatan Sultan Sulaiman sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| seri II | panggilan utk memuliakan (raja, orang besar, dll): S~ Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong; S~ Nara Diraja; perserian sl orang besar-besar (raja dll) yg mendapat gelaran penghormatan Seri (Seri Maharaja, Seri Nara Diraja, dll): maka disuruh jemput orang itu, jika ~ orang besar-besar menjemput dia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| siti I | 1. Ar sebutan kpd wanita yg mulia: S~ Hawa; S~ Fatimah; 2. sebutan kpd anakanak perempuan yg tinggi martabatnya: malu sangat rasanya aku apabila kuingat saudaraku tidak laku kpd puteri-puteri dan ~-~ di Padang ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| khalifah | pengganti Nabi Muhammad s.a.w.; gelaran bagi ketua agama atau raja yg memerintah di beberapa buah negara Islam: Sayidina Abu Bakar telah dipilih menjadi ~ selepas wafat Nabi Muhammad s.a.w.. | Kamus Pelajar |
| inovatif | merupakan (bersifat) inovasi: Long Thien Shih yg terkenal dgn karya-karya yg ~ belajar di bawah tunjuk ajar S.W. Hayter di Atelier 17, Paris; perubahan secara kreatif dan ~; pembentukan metafora dlm puisinya terasa segar dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| si I | 1. kata penyerta yg digunakan di depan nama orang (sbg timang-timangan, panggilan, ejekan atau sbg penghinaan): S~ Ali; ~ bisu; ~ bodoh; ~ bongsu; ~ hitam; ~ pencuri; 2. kata penyerta yg digunakan di depan nama sendiri (utk merendahkan diri): S~ Tuah tidak mahu menderhaka kpd tuannya; 3. kata penyerta utk menegaskan orang yg melakukan atau yg terkena sesuatu: ~ mati; ~ penjual; ~ piutang; ~ pencuri; ~ tertuduh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |