| pusat | 1 lekuk di tengah-tengah perut bekas tempat tali perut bersambung dgn uri: tali ~ usus yg menghubungkan anak yg di dlm kandungan dgn uri. 2 bahagian yg di tengah-tengah sesuatu (spt bulatan, bola dll): ~ alam (bumi) bahagian yg di tengah-tengah alam (bumi); garisan ~ garisan yg lalu di tengah-tengah sesuatu bulatan. 3 kawasan (daerah) yg letaknya di tengah-tengah: ~ bandar bahagian bandar yg di tengah-tengah. 4 tempat yg menjadi tumpuan atau punca segala kegiatan (perniagaan, pentadbiran dll): Universiti harus menjadi ~ berbagai-bagai ilmu pengetahuan. berpusat 1 mempunyai pusat: Kerajaan Malaysia ~ di Kuala Lumpur. 2 bertumpu; berpunca: Tema cerita itu ~ ipd kehidupan sebuah keluarga kaya yg tidak bahagia. memusatkan menghalakan seluruh tujuan (pandangan, gerakan dll) ke arah yg satu; tidak memecah-mecahkan atau tidak membahagi-bahagikan sesuatu; menumpukan seluruhnya kpd: Dia ~ seluruh tenaganya utk memajukan syarikatnya. pemusatan perbuatan atau hal memusatkan (sesuatu): ~ kilang-kilang di kawasan luar bandar sedang dirancang. ~ penduduk di bandar-bandar besar telah menimbulkan berbagai-bagai masalah. | Kamus Pelajar |