Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kampung (kata nama)
Bersinonim dengan desa, kediaman, rantau, kawasan, daerah, wilayah, negeri, sektor, seksyen, zon;,
Kata Terbitan : berkampung, mengampungkan, kekampungan, perkampungan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
imbau; mengimbau Mn memanggil, menyeru (nama), menjemput (datang): azan Maghrib ~ dr masjid; diimbau berbunyi, dilihat bersua prb, Mn apa yg dikatakannya adalah betul (boleh diuji kebenarannya); terimbau terpanggil; ~ pd orang yg akan datang, tersusun pd orang yg akan pergi prb, Mn menyuruh seseorang membuat sesuatu pekerjaan yg disukainya; imbauan panggilan, seruan: orang kampung itu keluar beramai-ramai apabila terdengar ~ yg terus-menerus.Kamus Dewan Edisi Keempat
gembleng (gembléng); menggembleng 1. Jw menempa (besi) supaya menjadi tipis atau keras; 2. ki menyatukan atau memadukan (tenaga, modal, dll) utk melakukan (meng­hasilkan, memperteguh, dsb) sesuatu: penduduk kampung itu ~ tenaga utk membina jambatan itu; bank mempunyai peranan penting bagi ~ modal dlm negeri utk membiayai perusahaan; mengikut Paul Postal, tatabahasa transfomasi-generatif ~ ciri-ciri utama tatabahasa tradisional; gemblengan paduan, penyatuan: kisah keluarga itu dipaparkan dlm penceritaan yg tersusun kemas dgn ~ unsur-unsur ketegangan yg memanjang; penggemblengan perihal (perbuatan, usaha) menggembleng: utk mencapai kemajuan, ~ tenaga amat perlu.Kamus Dewan Edisi Keempat
hujung I1. bahagian yg terakhir dr sesuatu yg panjang (spt jalan, tali, dll), punca, lwn pang­kal: rumahnya terletak nun di ~ jalan; ~ galah; 2. akhir (bulan, minggu, tahun, dll): saya akan bercuti panjang pd ~ tahun ini; ia pulang ke kampung tiap-tiap ~ minggu; yg paling ~ yg kemudian (penghabisan dll) sekali; 3. kesudahan (percakapan, mesyuarat, dll): kedua-dua pihak telah mengeluarkan suatu kenyataan bersama di ~ pertemuan; 4. tempat yg terjauh dr orang yg bercakap, tempat yg terjauh dr pusat, yg dekat dgn tepi (bandar, kampung, dll): saya tinggal di ~ ban­dar Kuala Lumpur; suara azan dr langgar di ~ kampung sudah hilang; 5. bahagian yg tajam (lancip): ~ hidung (kepala, lembing, panah, pensel, pokok, tanduk, dll); 6. baha­gian tanah (daratan) yg menganjur ke laut dll; ~ tanah bahagian selatan sekali dr Seme­nanjung Malaysia; 7. tujuan (maksud) per­kataan dll: barangkali tuan-tuan dapat me­nangkap ~ percakapan saya itu; ~ lidah a) bahagian lidah yg di hadapan sekali; b) = sambungan ~ Mn orang yg menyam­paikan ucapan (pesanan dll) orang lain pd sesuatu majlis dll; ~ mata a) penjuru mata yg di sebelah luar, ekor mata; b) bahagian yg tajam pd alat pemotong (kikir, pisau, dll); ~ Subhanallah bp di hujung yg jauh (tidak tahu hujungnya); ~ sut hujung sekali; mengadu ~ lidah berbahas (bertengkar dll); mengadu ~ penjahit (dgn) a) bertemu muka atau mulai berkenalan (dgn); b) saling menunjukkan keahliannya, kepintarannya, kepandaiannya, dll); c) berusaha mendapatkan nafkah dgn susah payah; nyawa tinggal di ~ rambut hampir-hampir mati, tidak ada harapan lagi (sakratulmaut); se~ rambut = (sampai ke) ~ rambut (sampai kpd yg) sekecil-kecilnya (sangat berkira); tidak tentu (ada, tahu) ~ pangkal tidak tentu hala tujuannya (hubung­an satu sama lain); jadi ~ (penghujung) lidah prb jadi jurubicara dlm sesuatu perundingan dll; berhujung 1. ada hujungnya, mempunyai hujung: antara batu yg banyak itu ada sebuah yg ~ tajam; tidak ~ terus-menerus (tidak berkesudahan); ~ berpangkal ada tujuan yg tentu atau nyata dan tersusun (percakapan dll); 2. berakhir (pd), berakibat (pd): perun­dingan yg ~ kpd perdamaian; ~ minggu berehat (bersenang-senang) di hujung minggu; berhujungkan mempunyai atau memakai sesuatu sbg hujung: sj tongkat yg ~ kait besi; menghujung 1. mendekati kesudahan (akhir, penghabisan): musim buah sudah ~; 2. memuncak, meruncing: perbalahan antara dua negara itu sudah ~; hujungan sesuatu (tulisan dll) yg di hujung (buku): dlm ~ di akhir buku ini ada di­nyatakan keterangan bkn vitamin A; kehujungan kena hujung senjata, kena sen­jata yg tajam: ada seorang anak Sang Nara Diraja telah kena parang oleh seorang Beng­gali dr ekor pipinya lalu ke kening, tetapi ~; penghujung akhir, kesudahan, penghabisan; ~ bulan (abad, minggu, tahun, dll) akhir bulan (abad, minggu, tahun, dll); ~ cakap akhir cakap, penghabisan cakap; buah ~ buah yg penghabisan; berpenghujung ada penamatnya (kesuda­han­­nya, penghabisannya dsb): hari demi hari dia menanti bagaikan suatu penantian yg tidak ~; tugasnya sbg suri rumah memang tidak ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
urus; ~ janji hal yg berkaitan dgn urusan per-niagaan; salah ~ tidak dikelolakan (diselang-garakan) dgn baik atau teratur; tidak ~ tidak terpelihara (teratur); berurus 1. berhubungan utk menyelesaikan sesuatu perkara dll: Pak Utih belum pernah sekali pun datang ~ ke pejabat Pak Busu yg baru itu; 2. dijaga (terpelihara) dgn baik, tersusun rapi: tidak ~ kamar ini; rambutnya tidak ~; mengurus 1. menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun: rambutnya jarang diurus baik-baik; 2. = menguruskan me­ngendalikan sesuatu supaya teratur (sempurna dll): dia sudah tua, tidak ada siapa yg ~ kebun getahnya; penduduk kampung yg masih hiduplah yg ~ mayat itu; 3. menjaga baik-baik (supaya selamat, sempurna, dll), memelihara, mengawasi (rumah, kebun, dll): anaknya yg tua telah pergi mengambil kain cucian, sedang isterinya ~ anaknya yg kecil di rumah; anak perempuan juga perlu diberi pelajaran mengenai ilmu ~ rumah tangga; 4. = menguruskan menyelenggarakan supaya berjalan dsb dgn baik (perniagaan, per-dagangan, dll), memimpin dan mengatur (perjalanan sesuatu perbadanan dll), menge-lolakan, menjalankan: suami tidak berhak ~ harta benda isterinya melainkan setelah mendapat izin daripadanya atau diwakilkan kepadanya; permintaannya itu tidak diurus-kan oleh ibu bapanya; pegawai-pegawainya ramai utk ~ hal-hal spt itu; 5. menyiasat atau menyelidiki sesuatu perkara, mengendali-kan sesuatu perkara (supaya sempurna), menyelesaikan (perselisihan dll): hal pem-bunuhan itu sedang diurus oleh polis; terurus sudah diurus, terjaga (terpelihara) dgn baik: mereka melihat rambut yg tidak ~; kesibukan jalan raya hampir tidak ~ oleh polis trafik; teruruskan dapat diuruskan: kalau tidak ~, saya akan membincangkan hal itu melalui PIBG; urusan 1. sesuatu yg diurus, pekerjaan dsb yg harus diuruskan: Muluk tidak peduli, dia ada ~ penting di Pulau Pinang; Islam mem-bebaskan juga perempuan memegang se-barang jawatan dan mengurus sebarang ~ sekalipun di luar rumahnya; 2. hal (perkara, soal, dll) yg perlu diberi perhatian atau diuruskan: saya datang ke mari kerana ada ~ penting; 3. sesuatu yg ada kaitannya dgn (pekerjaan, tugas, dll), segala yg bersangkut paut dgn (sesuatu): guru besar hanya men-jalankan ~-~ sekolah sahaja sedangkan kerja-kerja pejabat dibuat oleh seorang kerani; 4. pengelolaan, penyelenggaraan: kerana ~nya tidak betul, syarikat itu telah jatuh bankrap; ~ peribadi hal-hal yg berkaitan dgn diri sese-orang; ~ rumah tangga segala sesuatu yg mengenai rumah tangga; ~ umum urusan mengenai berbagai-bagai hal; berurusan 1. mengadakan hubungan (dgn), berhubungan (dgn): negara itu tidak akan ~ lagi dgn badan-badan khusus Bangsa-Bang­­sa Bersatu spt UNICEF, FAO, dan UNESCO; ini orang Afrika Selatan yg per­tama kali ~ dgn aku; 2. turut campur (dlm sesuatu hal), ikut serta (mencampuri): aku tidak mahu ~ dgn hal keluarga engkau; 3. mempunyai urusan (dgn), ada kaitannya (dgn), ada sangkut-paut (dgn), bersangkut-paut (dgn): mereka telah terbukti ~ dgn penye-ludupan candu itu; 4. mempunyai sesuatu perkara dll yg harus diselesaikan (dgn sesuatu pihak dll): dia segan ~ dgn polis mengenai perkara itu; 5. mengelolakan (memberi perhatian kpd) sesuatu, mempunyai kerja (tugas dll): mereka ~ dgn hal masing-masing; keurus, keurusan Jk; tidak ~ tidak ter-pelihara (dijaga, diurus) dgn baik; pengurusan perihal (kerja dsb) mengurus sesuatu, perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan, dll): pentadbiran dan ~ surau atau masjid dikendalikan oleh jawatankuasa yg dipilih oleh penduduk mukim atau kampung; kepengurusan (hal-hal) yg berkaitan dgn cara mengurus sesuatu, selok-belok kerja dan tanggungjawab pengurus: kerajaan Jepun telah berjaya mewujudkan sistem ~nya sendiri seiring dgn kemajuan teknologi; pengurus 1. (orang dll) yg mengurus, (orang dll) yg menjalankan pengurusan: dia telah di-lantik menjadi ahli jawatankuasa ~ perayaan hari kebangsaan; 2. orang yg mengendalikan perjalanan sehari-hari syarikat perniagaan dsb: pentadbiran syarikat diserahkan kpd seorang ~ dan sebuah jawatankuasa; ~ agung = ~ besar pengurus yg tertinggi, pucuk pimpinan (syarikat dll); ~ harian pengurus yg menjalankan tugas hari-hari; ~ lini pengurus yg bertanggungjawab merancang, mengurus, mengeluarkan dan memasarkan produk atau perkhidmatan sesebuah organisasi: perancangan merupakan fungsi utama ~ lini; ~ syarikat orang yg menguruskan (mengen-dalikan) sesebuah syarikat.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas