| taman negara | kawasan hutan milik negara yg dijadikan sbg kawasan perlindungan alam semula jadi, flora dan fauna, atau bahan sejarah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| taman I | 1. kebun yg ditanami dgn pelbagai bunga-bungaan (utk bersenang-senang, berehat-rehat), kebun bunga; 2. ki tempat bersiar-siar (mengambil angin dll); 3. Jw tempat duduk pengantin perempuan (dihiasi bunga-bungaan); 4. kawasan perumahan yg terancang (lengkap dgn kedai, sekolah dan kemudahan-kemudahan lain): T~ Tun Dr Ismail; ~ asuhan kanak-kanak = ~ bimbingan kanak-kanak tempat kanak-kanak kecil biasanya dijaga sewaktu ibu bapa mereka bekerja dll, taska, tabika; ~ bacaan a) ruangan atau rumah tempat membaca buku; b) = ~ pustaka perpustakaan, kutub khanah; ~ bahagia a) tempat menikmati kebahagiaan; b) makam utk pahlawan (yg telah terkorban dlm peperangan); ~ berpusing (bertangkap, mayang) jenis-jenis tempat mandi (berkaitan dgn salah suatu istiadat); ~ botani kawasan yg ditanami pelbagai spesies tumbuhan utk penyelidikan, pemelajaran dan rekreasi; ~ didikan kanak-kanak kelas atau sekolah kecil utk kanak-kanak yg berumur antara empat hingga enam tahun (sebelum mereka memasuki sekolah rendah), tadika; ~ hiburan tempat bersuka ria (dgn berjoget, bermain berbagai-bagai mainan, dll); ~ hutan (Hut) kawasan hutan yg diurus sbg kawasan rekreasi atau kawasan bersejarah; ~ larangan sl taman bunga khas utk puteri-puteri diraja sahaja; ~ negara kawasan hutan milik negara yg dijadikan sbg kawasan perlindungan alam semula jadi, flora dan fauna, atau bahan sejarah; ~ sari kebun bunga (tempat bersenang-senang); air se~ air yg bercampur dgn berbagai-bagai bunga; pertamanan hal yg berkaitan dgn taman: minat kerajaan terhadap penghijauan, pengindahan dan ~ pd akhir-akhir ini sangat menggalakkan; urusan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| negara I | 1. suatu masyarakat yg menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan; 2. kawasan yg di bawah kekuasaan kerajaan tertentu, negeri: ~ China; 3. yg berkaitan dgn negara (masyarakat dan kawasan di bawah suatu kerajaan); ahli ~ pemerintah negara, negarawan; bank ~ bank kepunyaan negara; tata~ aturan dan susunan negara; ~ bahagian negara yg menjadi anggota sesebuah negara persekutuan; ~ bangsa negara berdaulat yg didiami oleh satu bangsa; ~ besar negara yg kuat dan berpengaruh; ~ dunia ketiga negara-negara di Afrika, Asia dan Amerika Latin secara kolektif yg dianggap masih mundur atau sedang membangun; ~ hukum negara yg menjalankan kekuasaannya menurut hukum; ~ jiran = ~ tetangga negara yg berjiran (mempunyai sempadan yg sama); ~ kebajikan negara yg mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyatnya dgn memberikan berbagai-bagai perlindungan sosial, spt elaun pengangguran, pencen, perubatan percuma dsb; ~ kesatuan negara yg dikuasai langsung oleh pemerintahan pusat (bukan persekutuan); ~ kota negara berautonomi yg terdiri drpd kota dan wilayah di sekelilingnya; ~ maju negara kaya yg sebahagian terbesar ekonominya bergantung pd industri dan penduduknya menikmati taraf hidup yg tinggi; ~ matahari terbit negara Jepun; ~ membangun negara yg sedang giat meningkatkan taraf hidup, ekonomi, dll; ~ mundur negara(-negara) yg masih jauh ketinggalan terutamanya dlm kemajuan ekonomi; ~ perindustrian negara yg kemajuan dan kekuatan ekonominya berteraskan pelbagai industri; ~ pertanian negara yg sebahagian besar drpd penduduknya petani atau yg ekonominya berdasarkan pertanian; ~ polis negara yg kebebasan dan pergerakan rakyatnya dikawal oleh pemerintah dgn menggunakan kekuasaan polis; ~ pulau negara yg wilayahnya terdiri drpd sebuah pulau; ~ Selatan nama lain bagi negara membangun; ~ Utara nama lain bagi negara maju; bernegara mempunyai negara; kenegaraan perihal negara: hidup kemasyarakatan dan hidup ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kem I | (kém) 1. kawasan perkhemahan atau kumpulan bangsal (rumah pondok dsb) yg dijadikan tempat tinggal sementara utk satu atau beberapa kumpulan orang (spt tentera, pekerja lombong, ahli sukan, dll); ~ pelarian tempat tinggal atau tempat perlindungan sementara bagi orang-orang pelarian khemah, pelarian; 2. bp kumpulan (orang, parti, dsb) yg menyokong atau sependirian demi sesuatu doktrin (fahaman dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kabel sepaksi(coaxial cable) | Kabel yang terdiri daripada dawai utama yang dibaluti suatu anyaman dawai luar dan salutan perlindungan bahan penebat. Kabel sepaksi digunakan sebagai bahantara saluran penghantaran isyarat dalam sistem rangkaian kawasan setempat. | Kamus Komputer |
| benteng | /bénténg/ 1 dinding drpd batu utk melindungi kota drpd serangan musuh: ~ besi sekalipun akan hancur oleh meriam sebesar itu. 2 tempat yg diperkuat dgn tembok batu; tempat yg dikelilingi tembok utk kediaman askar; kubu: Askar kompeni semuanya tinggal di dlm ~. 3 sesuatu yg digunakan utk menguatkan atau utk mempertahankan sesuatu yg lain; sesuatu yg digunakan sbg tempat bertahan: Malaysia biasanya dianggap sbg ~ demokrasi di Asia Tenggara. berbenteng ada bentengnya. berbentengkan ada sesuatu sbg benteng: Mereka ~ batang pisang. membenteng membuat benteng pd (di): Mereka ~ kawasan itu dgn dinding batu yg kukuh. membentengi 1 merupakan benteng pd: Tembok batu ~ kota itu. 2 ki melindungi. membentengkan menggunakan sesuatu sbg benteng: Orang-orang kampung ~ batang pisang sbg perlindungan. pembentengan perihal, perbuatan dsb membenteng, membentengi atau membentengkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| jaga | 1. dlm keadaan tidak tidur atau sudah bangun (drpd tidur): kanak-kanak itu masih ~; semalam suntuk saya ~; 2. kawal, awasi (supaya sesuatu tidak hilang dll): Ali, engkau ~ baik-baik barang itu! ~ malam berkawal (pd waktu malam); rumah ~ rumah tempat orang berkawal; wang ~ Id wang cadangan (wang yg disimpan utk digunakan apabila kekurangan wang dsb); 3. orang yg berkawal (mengawas): seorang ~ tercegat di depan bank itu; ~ kereta bp atendan letak kereta; berjaga 1. tidak tidur (kerana sesuatu hal, sakit, dsb): Ahmad ~ hingga ke pagi; 2. berawas: pihak polis sedang ~ di kawasan perompakan itu; berjaga-jaga 1. tidak tidur semalam suntuk (kerana kenduri kahwin dll), merayakan (perkahwinan dll) beberapa hari berturut-turut: maka raja pun mulai ~ akan mengahwinkan anakanda baginda dgn tuan puteri itu; 2. berwaspada, berhati-hati, berawas-awas: mereka ~ apabila melalui titi yg sempit itu; menjaga 1. mengawal, mengawas: Parlimen ~ dan mengawal bagaimana wang orang ramai dipungut dan dibelanjakan; tembok itu dibina utk ~ bahaya bah; 2. memelihara, membela, mengasuh: dia ~ ketiga-tiga orang anaknya; 3. memberi perhatian kpd, memelihara: tiap-tiap orang patut ~ kesihatan dirinya sendiri; 4. berikhtiar atau berusaha (supaya): kita mestilah ~ bersungguh-sungguh supaya perkara spt itu tidak akan berlaku lagi; menjagakan membangunkan (drpd tidur), menggerakkan: ibu ~nya pd pukul enam pagi; terjaga 1. terbangun atau tersedar (drpd tidur): dia ~ drpd tidur kerana bunyi bising itu; 2. terkawal, terpelihara: setiap tutur katanya ~; jagaan 1. pengawasan, kawalan: orang itu masih dlm ~ polis; 2. peliharaan, belaan: budak itu di bawah ~nya; kejaga-jagaan tidak dapat tidur semalam suntuk; penjagaan hal atau perbuatan menjaga; penjaga 1. orang yg mengawas (mengawal, memberi perlindungan, dll): sekolah itu sudah dibuka oleh ~nya; 2. penunggu, hantu (atau makhluk halus) yg menunggu sesuatu tempat (spt pohon, batu, sungai, dll): orang kampung itu percaya bahawa pohon besar itu ada ~nya; 3. orang yg sangat cermat (berhati-hati); 4. ark wang jaga-jaga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rumah I | 1. binaan utk tempat tinggal; ahli (orang) ~ a) isteri; b) ahli keluarga yg tinggal di rumah; anjung ~ bahagian depan rumah yg menganjur; elaun ~ elaun sewa rumah utk pegawai; nyonya ~ Id isteri; perkakas ~ a) bahan utk membuat rumah; b) perabot; tuan ~ pemilik rumah; 2. (biasanya dipakai apabila memberi nama kpd sesuatu bangunan dgn erti) bangunan, gedung: R~ Persekutuan; 3. ki pasukan atau kumpulan dlm olahraga (di sekolah dll): sebuah sekolah selalunya dibahagikan kpd empat ~ dan ~-~ itu diberi nama warna misalnya ~ merah, ~ biru, dll; 4. = ~ angka bahagian dlm susunan angka, ruang, kolum: ~ se; ~ puluh; ~ ratus; ~ adat balairung; ~ Allah a) bangunan khas tempat umat Islam mengerjakan solat dan ibadat-ibadat lain, iaitu masjid dan surau; b) Kaabah; ~ api menara api (mercu suar); ~ asap bangunan atau tempat khas utk mengeringkan atau mengawet sesuatu (spt getah, tembakau, ikan dsb) dgn mengasapinya; ~ bandar a) rumah bertingkat yg sama bentuknya dan dibina bercantum dlm satu deretan, biasanya setiap tingkat merupakan satu unit rumah; b) rumah teres satu atau dua setengah tingkat yg kelihatan tinggi dan agak sempit, terletak di kawasan bandar atau pinggir bandar, bereka bentuk moden, biasanya mempunyai anjung kereta di tingkat bawah serta ruang tamu di tingkat satu; ~ batu rumah yg berdinding batu-bata; ~ berhala kuil (tempat memuja berhala); ~ besar a) rumah yg besar; b) rumah yg pokok (sbg ibu atau induk); ~ bicara Id bangunan tempat bermesyuarat; ~ bola Id rumah tempat bermain biliard, rumah kelab; ~ butang (kancing) lubang tempat memasukkan butang (buah kancing) baju; ~ dansa Id rumah tempat berdansa (menari), kabaret; ~ dapur bahagian rumah yg di belakang (tempat memasak); ~ gadai (pajak) rumah tempat menggadaikan barang-barang; ~ gedang Mn rumah ibu (induk) sbg tempat tinggal kaum keluarga; ~ gila rumah tempat merawat orang gila; ~ hantu tempat pertemuan ahli persatuan Freemason; ~ haram rumah yg didirikan tanpa kebenaran pihak yg berkuasa (tuan punya tanah dll); ~ hijau rumah kaca; ~ ibadat (ibadah) rumah tempat beribadat (masjid, gereja, kuil); ~ ibu bahagian yg utama rumah Melayu, rumah induk, rumah gedang; ~ instansi Id rumah utk pegawai kerajaan; ~ jaga pondok tempat berkawal (tempat pengawal berteduh), gardu; ~ judi tempat berjudi, petopan; ~ kaca bangunan khas yg bumbung dan dindingnya drpd kaca, digunakan utk melindungi tanaman tertentu dlm keadaan yg terkawal; ~ kampung bp (biasanya) rumah yg diperbuat drpd kayu yg berlantai tinggi dan beratapkan rumbia (nipah dll); ~ kedai rumah dan kedai sekali (biasanya rumah deret di bandar), bangunan utk kedai; ~ kembar rumah yg dua serangkai (sebandung); ~ kilat bp rumah haram yg didirikan dgn cepat (biasanya pd waktu malam); ~ kit tempat menghisap candu; ~ komedi Id panggung sandiwara; ~ kutai sj rumah tradisional Melayu Perak; ~ ladang tempat kediaman yg didirikan di kawasan ladang yg mengusahakan tanaman atau ternakan, biasanya secara komersial; ~ lelang Id rumah tempat melelong barang-barang; ~ liar bp rumah haram; ~ limas = ~ bumbung lima rumah yg mempunyai lima tulang bumbung (satu ruang atau bilik menganjung ke hadapan); ~ loteng (berloteng) rumah yg bertingkat; ~ makan kedai tempat makan; ~ minum kedai tempat minum (menjual minuman); ~ miskin rumah tempat merawat orang miskin; ~ monyet rumah jaga (gardu kecil); ~ murah rumah yg murah harganya (dibangunkan oleh kerajaan utk dijual kpd orang ramai yg berpendapatan rendah); ~ panggung rumah yg tinggi lantainya; ~ pangsa rumah yg bertingkat-tingkat dan berpetak-petak (tempat kediaman banyak keluarga); ~ panjang a) rumah kediaman orang Iban, Bidayuh dsb di Borneo; b) rumah pelacuran; ~ pasang siap rumah yg dibina dgn beberapa bahagiannya telah tersedia utk dipasang dan disiapkan di tapak binaan; ~ pasung a) balai polis; b) rumah tempat menahan orang salah; ~ pelacuran rumah tempat sundal; ~ penginapan (pemalaman ark) rumah tempat bermalam (hotel, motel, dll); ~ penjelasan (Eko) a) pusat pertukaran cek antara bank utk tujuan menjelaskan cek; b) pusat yg menguruskan penjelasan bagi urus niaga yg dijalankan di pasaran sekuriti atau komoditi; ~ perdeo (perai) Id, bp penjara; ~ perhentian rumah tempat berhenti (berehat, bermalam, biasanya kepunyaan kerajaan); ~ pesanggarahan Id = ~ persinggahan rumah perhentian; ~ petak rumah deret; ~ piatu rumah yg menempatkan anak-anak yatim piatu; ~ potong = ~ sembelih tempat menyembelih (lembu, kerbau, dll), pembantaian, pejagalan; R~ Putih nama bangunan tempat kediaman Presiden Amerika Syarikat; ~ rehat bangunan (yg disediakan oleh kerajaan) yg memberi kemudahan penginapan (spt hotel) terutamanya utk kakitangan kerajaan; ~ sakit tempat merawat orang sakit, hospital; ~ setinggan rumah yg didirikan di atas tanah kerajaan (orang lain) secara haram atau tanpa kebenaran, biasanya di kawasan bandar dan tidak sempurna kemudahan asasnya; ~ sewa rumah utk disewakan; ~ siput kulit siput; ~ tanaman rumah kaca; ~ tengah bahagian rumah Melayu yg di tengah; ~ terbuka majlis makan dan ramah mesra di rumah seseorang yg terbuka kpd sahabat handai dsb (biasanya semasa musim perayaan, spt perayaan Aidilfitri); ~ teres rumah yg dibina yg satu di sisi yg lain (sehingga menjadi deretan yg terdiri drpd beberapa buah atau unit rumah); ~ tetamu rumah yg memberi penginapan; ~ tumpangan rumah tempat menumpang makan dan tidur, hotel kecil (lazimnya menyediakan penginapan pd kadar murah); ~ turutan rumah samping (bukan rumah induk); ~ ubat Id kedai tempat menjual ubat-ubatan; ~ urut a) rumah tempat berurut; b) rumah pelacuran; ~ buruk disapu cat prb orang tua yg suka bersolek; ~ gedang ketirisan prb perihal seorang perempuan yg kurang membawa bahagia kpd suami; ~ gedang bersendi perak prb orang bangsawan dan kaya pula; ~ sudah, tukul (pahat) berbunyi prb mengemukakan pendapat dll sesudah perkara diputuskan; dalam ~ membuat ~ prb mencari keuntungan utk diri sendiri ketika bekerja dgn orang lain; diseluduki bawah ~ orang berluluk kepala = masuk ke bawah ~ orang kotor kepala prb kalau tinggal di tempat orang tentu diisi adat lembaganya atau kalau beristeri ke sebuah rumah, tentu ditanggung susah senang dll di rumah itu; memperlihatkan ~ buruk kpd orang maling prb mempertontonkan rahsia sendiri kpd orang; tiada berorang di ~ prb perihal seorang perempuan yg belum pernah bersuami tetapi bukan gadis lagi; serumah 1. seisi rumah, seluruh rumah; 2. tinggal dlm satu rumah: kedua-dua perempuan itu hiduplah ~, seorang di atas loteng dan seorang di bawah; 3. sudah kahwin (beristeri atau bersuami); menyerumahkan meletakkan (menaruhkan) dlm satu rumah: apakah dia akan diserumahkan dgn madunya? rumah-rumah 1. banyak rumah; 2. = rumah-rumahan sesuatu yg menyerupai rumah atau boleh disamakan dgn rumah, tiruan drpd rumah; berumah 1. mempunyai (memiliki) rumah: seorang muda yg berkedudukan tinggi, berbudi bahasa, dan ~ besar; 2. = ~ tinggal diam (tinggal) di: ia lebih suka ~ di Ulu Langat; 3. = berumah tangga; bagai ~ di tepi tebing prb selalu tidak aman hatinya (selalu keluh-kesah dll); berumahkan menjadikan sbg rumah: orang Arab yg hidup ~ khemah yg dibuat drpd kulit unta; memperumahkan mengahwinkan (memperisterikan, mempersuamikan): lebih lekas anakanda diperumahkan lebih elok; perumahan 1. kumpulan rumah, rumah-rumah tempat tinggal: Petaling Jaya sebuah kota kecil ~ dan perusahaan; syarikat ~ syarikat yg mendirikan rumah-rumah (utk ahli-ahli atau utk dijual); 2. perihal pengurusan tempat tinggal (rumah): masalah ~ sedikit sebanyaknya sudah dapat diatasi dgn pembinaan rumah-rumah pangsa; pejabat ~ pejabat yg mengurus rumah pegawai kerajaan; 3. tanah kosong (tapak) utk mendirikan rumah: kawasan ~ baharu di Kampung Tunku; 4. = perumah kayu tempat mata ketam (serut); 5. Mn ark pendirian, maksud: ~mu sudah jelas kini; perumah (Bio) tumbuhan atau haiwan yg digunakan oleh parasit sbg tempat tinggalnya, serta sbg sumber makanan dan perlindungan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| wakil | 1. orang yg diberi kuasa menggantikan atau bertindak bagi pihak orang lain, pengganti, sulih: ia dihantar sbg ~ ayahnya utk menyelesaikan hutang-piutang itu; 2. orang yg dilantik sbg utusan atau utk bertindak dsb bagi pihak (kerajaan, persatuan sekerja, rakyat, dll), utusan: beliau dihantar sbg ~ Malaysia ke persidangan BB; 3. orang (syarikat dll) yg menjalankan urusan perniagaan dsb utk orang atau pihak lain, ejen: syarikat itu telah dilantik sbg ~ General Motors di negeri ini; 4. Id jawatan yg kedua tingginya (di bawah jawatan yg disebutkan berikutnya), naib, penolong, timbalan: ~ kedua; ~ presiden; ~ dagang orang yg dilantik utk mengurus perdagangan; ~ mutlak wakil yg diberi kuasa (hak dll) yg penuh; ~ nikah orang yg menjadi wakil pengantin dlm pernikahan; ~ (pejabat) pos pejabat pos kecil (yg biasanya menjadi wakil urusan pos di kampung-kampung dan tidak mempunyai bangunan yg khas); ~ rakyat seseorang yg telah dipilih dlm pilihan raya utk menjadi wakil penduduk di kawasan pilihan rayanya (dlm parlimen dsb), ahli parlimen, ahli majlis undangan negeri; ~ tetap orang dll yg dilantik menjadi wakil utk waktu yg berpanjangan; ~ tunggal wakil perdagangan yg satu-satunya (tidak ada wakil yg lain); berwakil mempunyai (memakai) wakil, melantik (memberi kuasa dsb kpd) seseorang utk berlaku sbg wakil: masalahnya, dia sendiri tidak hadir dan tidak pula ~; berwakilkan menggunakan (melantik dll) sbg wakil: pelabur-pelabur yg ~ pejabat pos akan menerima surat akuan penerimaan dr Ibu Pejabat ASNB; mewakili menjadi wakil kpd, bertindak sbg wakil atau pengganti kpd atau bagi pihak (seseorang dll), menyulihi: peguam yg telah disahkan oleh mahkamah tertinggi boleh hadir di mana-mana mahkamah utk ~ orang; mewakilkan 1. memberi kuasa kpd sese-orang utk menjadi wakil, menunjuk (melantik) seseorang lain utk mewakili: semua ahli mesti hadir sendiri, tidak boleh ~ orang lain; 2. menyerahkan kpd orang yg dipercayai utk diurus dsb, mempercayakan (mengamanahkan) kpd: perahu besar itu tinggal di pangkalan Saleh, diwakilkannya kpd orang di situ; perwakilan 1. segala sesuatu mengenai wakil, perihal wakil-mewakili: soal ~ pelajar utk duduk bersama dlm parlimen telah dibincangkan dlm mesyuarat itu; 2. beberapa orang utusan (pemerintah dll), perutusan: menteri itu telah mengetuai satu ~ seramai lima orang utk menghadiri persidangan Pembangunan Ekonomi Asia Tenggara; 3. para wakil, majlis wakil-wakil, tempat wakilwakil: dewan (majlis) ~ rakyat; 4. wakil (pejabat yg mewakili) sesebuah negara sebelum ada duta: ia berhak mendapat perlindungan apabila berada di luar negeri menerusi dutaduta atau ~ negerinya di negeri itu; 5. wakil (pejabat yg mewakili) perdagangan: majalah ini dapat dibeli melalui ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rumah | 1 bangunan utk tempat tinggal: Siapa yg tinggal di ~ yg besar itu? 2 sebarang bangunan secara umum; gedung: ~ BP Kuala Lumpur. 3 pasukan atau kumpulan dlm olahraga di sekolah dll: Dlm perlawanan bola sepak, pasukan ~ merah akan melawan pasukan ~ biru. 4 = ~ angka bahagian dlm susunan angka: ~ sa; ~ puluh; ~ ratus. ~ Allah a. Kaabah. b. bangunan khas, spt masjid, surau dsb tempat umat Islam beribadat. ~ api menara yg diberi berlampu utk panduan kapal pd waktu malam. ~ asap bangunan tempat mengasapi getah (supaya kering). ~ berhala rumah tempat memuja berhala. ~ dapur bahagian rumah tempat memasak. ~ haram rumah yg didirikan di atas tanah kerajaan tanpa izin pihak yg berkuasa. ~ hijau bangunan khas yg bumbung dan dindingnya dibuat drpd kaca, gunanya sbg tempat menanam pokok dlm keadaan terkawal, melindungi tanaman drpd cuaca yg tidak baik dsb. ~ ibadat rumah tempat orang beribadat (spt masjid, gereja, kuil). ~ ibu (induk) bahagian rumah yg terbesar atau yg utama. ~ kaca rumah hijau. ~ kedai bangunan tempat kedai. ~ kilat rumah haram yg didirikan dgn cepat. ~ murah rumah yg murah harganya. ~ pangsa rumah yg bertingkat-tingkat dan berpetak-petak. ~ panjang rumah yg panjang yg didiami oleh beberapa banyak keluarga. ~ pasang siap rumah yg dibina dgn beberapa bahagiannya telah tersedia utk dipasang dan disiapkan di tapak pembinaan. ~ pasung rumah tempat menahan orang salah. ~ sakit rumah tempat merawat orang sakit; hospital. ~ setinggan rumah yg didirikan di atas tanah kerajaan atau tanah orang lain secara haram atau tanpa kebenaran, biasanya di kawasan bandar dan kemudahan asasnya tidak sempurna. rumah-rumah 1 rumah yg banyak. 2 = rumah-rumahan sesuatu yg rupanya spt rumah; rumah tiruan. berumah 1 mempunyai atau memiliki rumah. 2 tinggal atau duduk di: Dia tidak suka ~ di pekan. berumahkan menggunakan sesuatu sbg rumah: Orang-orang zaman dahulu ~ gua. perumahan 1 kumpulan rumah; rumah-rumah tempat tinggal: Tempat itu dijadikan kawasan ~ utk bekas tentera. 2 hal dll mengenai rumah: masalah ~. perumah ist organisma yg digunakan oleh parasit sbg tempat tinggal, tempat mendapatkan makanan dan perlindungan. serumah 1 seisi keluarga. 2 tinggal dlm satu rumah: Mereka sepejabat dan ~. menyerumahkan menempatkan (meletakkan) dlm satu rumah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |