| pengurusan rekod(record management) | Perihal pengurusan seperti penciptaan, penyimpanan, pemerolehan, pengemaskinian, dan pemusnahan rekod mengikut sistem tertentu. | Kamus Komputer |
| pengurusan kemudahan(facilities management) | Organisasi dan kaedah yang digunakan untuk menguruskan kemudahan yang terdapat di pusat pemprosesan data. | Kamus Komputer |
| pengurusan data(data management) | 1. Proses menerima, menyimpan, menyusun, mencari, mendapatkan semula, dan menyelenggarakan data dalam sistem komputer. 2. Kaedah yang digunakan untuk menguruskan data yang terkumpul dengan selamat bagi tujuan tertentu. | Kamus Komputer |
| MIS | Singkatan bagi management information system, iaitu sistem maklumat pengurusan. | Kamus Komputer |
| pengurusan sumber maklumat(information resource management) | Sistem untuk menguruskan maklumat sebagai satu sumber seperti buruh, modal, dan bahan mentah yang boleh diperdagangkan. | Kamus Komputer |
| pengurusan pangkalan data(data base management) | Tugas yang berkaitan dengan penciptaan, pengembangan, pengemaskinian, dan pemerolehan pangkalan data secara bersistem. | Kamus Komputer |
| DM | Singkatan bagi data management. Lihat pengurusan data. | Kamus Komputer |
| sistem pengurusan pangkalan data(data base management system) | Kumpulan perisian yang digunakan untuk menguruskan penciptaan, pengembangan, pengemaskinian, dan pemerolehan pangkalan data. Singkatan DBMS. | Kamus Komputer |
| DBMS | Singkatan bagi data base management system. Lihat sistem pengurusan pangkalan data. | Kamus Komputer |