| hijab | Ar 1. kain penutup, mis tabir atau tirai; 2. tudung labuh penutup bahagian kepala, kadang-kadang termasuk bahagian muka wanita: masyarakat Islam ketika itu belum lagi memakai ~; 3. ki sekatan yg memisahkan seseorang (sesuatu) drpd yg lain, penyekat, dinding: solat adalah masa Allah mengangkat ~ di antara-Nya dgn hamba-Nya; berhijab memakai hijab: wanita yg ~ berpegang teguh pd etika agamanya; beliau juga menemui wanita-wanita yg ~ di rumah mereka; terhijab 1. tertutup: semua aurat sudah tidak ~ lagi; 2. ki tersekat, terhalang: ada di antara manusia yg ~ utk mendapat pimpinan dan petunjuk drpd Allah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| iman | 1 pegangan teguh di hati terhadap adanya Allah dan mematuhi segala hukum-Nya: membawa ~ memeluk agama Islam. 2 pegangan teguh di hati utk menjauhkan diri drpd sebarang kejahatan; ketetapan hati; kekuatan batin: Dia berdoa supaya Allah menetapkan ~nya dlm masa menghadapi sebarang godaan syaitan. kurang ~ tidak teguh pendiriannya; mudah terpengaruh. beriman patuh pd larangan dan suruhan Allah; berpegang pd ajaran agama; mempunyai iman: Orang-orang yg ~ akan selamat di dunia dan di akhirat. mengimani yakin dan percaya pd: ~ Allah dgn sungguh-sungguh. keimanan keteguhan hati; keyakinan: ~ adalah penting dlm menghadapi cabaran hidup ini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| iman | 1. pegangan teguh di hati terhadap adanya Allah dan mematuhi segala hukum-Nya:membawa ~ memeluk agama Islam. 2. Pegangan teguh di hati utk menjauhkan diri drpd sebarang kejahatan; ketetapan hati; kekuatan batin:Dia berdoa supaya Allah menetapkan ~nya dlm masa menghadapi sebarang godaan syaitan. kurang ~ tidak teguh pendiriannya; mudah terpengaruh. beriman patuh pd larangan dan suruhan Allah; berpegang pd ajaran agama; mempunyai iman: Orang-orang yg ~ akan selamat di dunia dan di akhirat. mengimani yakin dan percaya pd:~ Allah dgn sungguh-sungguh. keimanan keteguhan hati; keyakinan: ~ adalah penting dlm menghadapi cabaran hidup ini. | Kamus Pelajar |
| izin | Ar persetujuan membenarkan (membolehkan), kebenaran (drpd ibu bapa, ketua, dsb), perkenan (Allah): tauke itu belum lagi mendapat ~ utk membuka kedai di sini; dgn ~ Allah; seizin = dgn ~ dgn kebenaran, dgn perkenan; mengizinkan memberi izin, memperkenankan, membenarkan: budak itu tidak diizinkan orang tuanya meninggalkan rumah; kerana masa tidak ~ pekerjaan itu kami tinggalkan dahulu; keizinan kebenaran, keredaan, kerelaan: ia memerintah negeri itu dgn ~ sultan; pengizinan perbuatan mengizinkan (membenarkan); pengizin orang yg memberi izin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pekerjaan | 1. sesuatu yg dikerjakan (dilakukan, dibuat), perbuatan: ~mu membakar negeri Langkapuri itu juga bukan ~ laki-laki; 2. sesuatu yg dilakukan (harus dilakukan) sbg tanggungjawab, kewajiban, tugas: sempurnalah ~ yg dititahkan paduka ayahanda itu; ~nya membersihkan pekarangan rumah belum selesai; ~ Allah kewajiban kpd Allah; 3. sesuatu (usaha, kegiatan, dsb) yg dilakukan berterusan (dr sehari ke sehari) utk keperluan hidup, usaha atau kegiatan utk mendapatkan wang, pencarian: pd masa itu, bapaku memegang ~ tuan syahbandar Holanda; mereka semua mahukan ~ yg memberikan pendapatan yg besar; ~ kolar putih kerja spt yg dilakukan oleh golongan pengurusan (profesional, perkeranian, dsb, iaitu bukan kerja kasar yg memerlukan kekuatan tenaga); ~ tangan kerja membuat barang-barang dgn tangan (spt menganyam dll); 4. ark pergerakan atau perjalanan sesuatu: beliau menerangkan ~ jentera itu kpd pelawat-pelawat; 5. majlis (istiadat) perkahwinan dll: banyak dia berbelanja kerana ~ kahwin anaknya; ~ baik lekas-lekaskan, jangan ditimpa ~ buruk; ~ buruk lambat-lambatkan, untung-untung datang ~ baik prb Mn pekerjaan baik (spt pekerjaan kahwin) hendaklah disegerakan melakukannya supaya tidak ada apa-apa halangan (sebaliknya pekerjaan yg tidak baik hendaklah ditangguhkan supaya dapat difikirkan dgn lebih teliti); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dahulu | 1. yg telah lepas (berlalu), yg telah lampau, yg lalu: beberapa hari ~; tiga tahun ~; zaman ~ (pd) zaman atau jangka masa yg sudah lama berlalu; 2. pd masa (waktu) yg telah lalu (lepas), sebelum ini, sebelumnya: ~ dia berkhidmat dgn kerajaan tetapi sekarang dia bekerja di sebuah bank; ~ masih kecil, sekarang sudah besar panjang; 3. pertama sekali atau sebelum melakukan (meneruskan) sesuatu, sementara menunggukan sesuatu atau sesuatu ketika: kita kemaskan barang-barang ini ~, kemudian baru kita pergi; berehatlah ~, sekejap lagi dia pulang; 4. lebih awal (drpd sesuatu), sebelum; ~ drpd itu sebelum itu; kelmarin ~ hari sebelum kelmarin, dua hari yg lalu; 5. (yg) paling depan, di hadapan sekali: dia berjalan ~, kami semua mengikut di belakang; 6. paling awal, pertama sekali (lebih awal drpd yg lain): dia yg sampai ~, dan seminit kemudian baru pelumba yg kedua pula sampai; berdahuluan, berdahulu-dahuluan, dahulu-mendahului berkejar atau berlumba hendak sampai (dapat dll) dahulu: kedua-dua budak itu ~ ke ribanya;mendahului 1. membuat (melakukan dsb) lebih awal atau dahulu drpd (lawan, saingan, dsb): Rusia telah ~ Amerika melancarkan roket ke bulan; 2. melakukan (sesuatu) lebih awal drpd segala sesuatu yg lain, memulai: ~ ucapan dgn mengalu-alukan kedatangan tetamu khas;mendahulukan 1. membuat sesuatu lebih awal drpd yg lain: perintah Allah harus didahulukan drpd kerja sendiri; 2. memberikan keutamaan (layanan terawal dsb) kpd: orang-orang muda hendaklah ~ orang-orang tua; terdahulu 1. yg lebih dahulu atau lebih awal, yg mula-mula, yg sudah ada (bergiat dsb) sebelum golongan dsb yg sekarang ini: setengah-setengah penulis sekarang merendah-rendahkan karya penulis yg ~; 2. sebelum (yg lain), lebih awal drpd yg lain: siapa yg datang ~ mendapat tempat di hadapan;kedahuluan 1. perihal terdahulu; 2. Jk didahului, terlambat, terlewat;keterdahuluan perihal terdahulu: ~ Allah atas alam; pendahuluan 1. permulaan; kata ~ keterangan ringkas tentang tema atau isi buku pd permulaan buku oleh pengarangnya; 2. = bayaran ~ bayaran (yg merupakan sebahagian drpd harga sesuatu) yg dibuat terlebih dahulu (sebelum selesainya urusan jual beli), bayaran muka;pendahulu 1. orang dll yg mendahului; 2. yg terdahulu: yg memperbezakan sistem antarabangsa sezaman drpd sistem-sistem ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| melainkan | 1. hanya, dikecualikan: masa bekerja ialah waktu siang sahaja ~ ketika kecemasan; 2. sebaliknya (bertentangan dgn maksud asal), tetapi: orang itu tidak menjawab, ~ berjalan lambat-lambat arah ke dangau itu; 3. melakukan perkara yg lain, membezakan, mengasingkan: ~ kpd Allah Taala tuanku serahkan paduka cucunda kedua itu; ~ anak tiri drpd anak kandung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| korban | 1 ibadat sunat yg dilakukan dgn menyembelih binatang berkaki empat spt unta, kambing atau lembu utk “menghampirkan diri kpd Allah” (boleh dilakukan pd bila-bila masa antara waktu pagi 10 Zulhijah hingga terbenam matahari pd 13 Zulhijah). 2 kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu sbg tanda kasih atau setia; pemberian: Inilah ~ku kpd nusa dan bangsa. 3 orang yg menanggung kesusahan atau kecelakaan akibat perbuatan jahat yg dilakukan oleh orang lain dll; mangsa: Banyaklah harta benda yg binasa dan orang yg menjadi ~ keganasan itu. berkorban 1 memberikan sesuatu sbg korban: Banyak orang yg ~ pd Hari Raya Haji. 2 memberikan sesuatu sbg tanda kasih; menanggung kesusahan atau penderitaan utk keselamatan orang lain: Utk bangsa dan negara, mereka sanggup ~ nyawa. mengorbankan 1 menjadikan sesuatu sbg korban: Ada yg ~ unta dan ada juga yg ~ kibas. 2 memberikan atau menyerahkan sesuatu utk sesuatu tujuan: Dia sanggup ~ nyawanya utk kepentingan negara. pengorbanan perbuatan atau hal mengorbankan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| korban | 1. ibadat sunat yg dilakukan dgn menyembelih binatang berkaki empat spt unta dll utk “menghampirkan diri kpd Allah” (boleh dilakukan pd bila-bila masa antara waktu pagi 10 Zulhijah hingga terbenam matahari pd 13 Zulhijah). 2. kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu sbg tanda kasih atau setia; pemberian: Inilah ~ku kpd nusa dan bangsa. 3. orang yg menanggung kesusahan atau kecelakaan akibat perbuatan jahat yg dilakukan oleh orang lain dll; mangsa: Banyaklah harta benda yg binasa dan orang yg menjadi ~ keganasan itu. berkorban 1. memberikan sesuatu sbg korban: Banyak orang yg ~ pd Hari Raya Haji. 2. memberikan sesuatu sbg tanda kasih; menanggung kesusahan atau penderitaan utk keselamatan orang lain: Utk bangsa dan negara, mereka sanggup ~ nyawa. mengorbankan 1. menjadikan sesuatu sbg korban: Ada yg ~ unta dan ada juga yg ~ kibas. 2. memberikan atau menyerahkan sesuatu utk sesuatu tujuan: Dia sanggup ~ nyawanya utk kepentingan negara. pengorbanan perbuatan atau hal mengorbankan. | Kamus Pelajar |
| melapangkan | 1. menjadikan lapang, melebarkan, meluaskan: orang ramai ~ jalan kerana putera mahkota hendak lalu; ~ dada = ~ hati menenangkan hati dan fikiran: Allah ~ dada sesiapa yg dikehendaki utk menerima Islam; 2. meluangkan (masa dll), menyenggangkan: saya tidak dapat ~ waktu kerana banyak urusan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |