| pasar raya | kedai moden yg besar yg menjual berbagai-bagai barang makanan (biasanya dlm tin, bungkusan, dsb) dan barang-barang keperluan lain secara layan diri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pasar I | bangunan atau kelompok gerai dsb tempat menjual (biasanya) barang-barang makanan keperluan sehari-hari, tempat (lapangan dsb utk) orang berjual beli: ~ Chow Kit di Kuala Lumpur; lebuh pekan ~ pun penuh dgn kedai; ~ amal (derma, ria) pasar yg diadakan oleh badan amal dll utk mengutip derma; ~ besar pasar (tempat menjual ikan, sayur, dll) yg terbesar di sesuatu tempat; ~ borong pasar tempat menjual barang-barang dagangan secara borong atau banyak-banyak kpd peniaga runcit; ~ gelap tempat berjual beli yg tidak dibenarkan menurut undang-undang (barang-barang yg diharamkan dll); ~ lambak tempat menjual barang-barang murah yg dilambakkan (spt di tepi jalan dll); ~ malam a) pasar pd waktu malam; b) tempat diadakan bermacam-macam pertunjukan (tempat makan dll) yg dibuka utk beberapa hari pd waktu malam; ~ mini kedai moden yg tidak berapa besar yg menjual barang-barang makanan (biasanya dlm tin, bungkusan, dsb) dan barang-barang keperluan sehari-harian secara layan diri; ~ modal = pasaran modal (Eko) badan (lembaga) kewangan yg meminjamkan wang (bank dll); ~ raya kedai moden yg besar yg menjual berbagai-bagai barang makanan (biasanya dlm tin, bungkusan, dsb) dan barang-barang keperluan lain secara layan diri; ~ tahunan pasar yg ada bermacam-macam pertunjukan dll yg diadakan tiap-tiap tahun; ~ tani pasar yg khusus utk para petani memasarkan terus hasil-hasil pertanian mereka kpd orang ramai; memasarkan 1. menjual sesuatu di pasar; 2. memperdagangkan: ~ barang-barang pengeluaran; pasaran 1. kawasan atau lingkungan tempat penjual dan pembeli berhubungan (berjual beli); 2. lingkungan (keluasan, kemungkinan, dsb) perniagaan yg memberi kesempatan utk penjualan barang-barang atau perkhidmatan: kita harus bekerja keras utk mencari ~ di luar negeri; 3. permintaan pembeli atau penawaran penjual: bukunya mendapat ~ baik selama beberapa minggu di Amerika; pegawai ~ orang yg bertugas memperluas (mencari dll) pasaran utk barang-barang; 4. kualiti kurang baik (barang dagangan); ~ bebas (Eko) kawasan tempat orang berjual beli dgn bebas tanpa sekatan harga (banyaknya); ~ bersama (Eko) beberapa negara yg meniadakan (menghapuskan) cukai antara mereka dan mengenakan cukai import yg sama terhadap negara lain; ~ buruh pasaran yg berkaitan dgn penawaran dan permintaan tenaga manusia; ~ dlm negeri pasaran terhad di dlm negeri; ~ dunia pasaran di negaranegara di dunia (antarabangsa); ~ saham tempat berjual beli saham; ~ terbuka pasaran yg tidak dikenakan sekatan atau rintangan (terbuka kpd semua peniaga) dgn harga barang bergantung pd penawaran dan permintaan; ~ wang (Eko) pusat (tempat) berjual beli mata wang luar (emas dll); pemasaran perihal atau perbuatan memasarkan: rancangan ~ utk pekebun-pekebun kecil; Lembaga P~ Pertanian Persekutuan badan yg membantu (menguruskan dll) penjualan hasil-hasil pertanian; pemasar pihak (orang, firma dsb) yg memasarkan sesuatu produk, perkhidmatan dsb: ~ utama benih kayu jati tempatan; ~ pakaian berjenama itu sanggup membiayai kos pengiklanan yg agak besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| belanja | 1 wang yg digunakan utk sesuatu tujuan: Perayaan menyambut Hari Kebangsaan itu telah memakan ~ yg besar. 2 = ~ pasar, = wang ~ wang yg digunakan utk keperluan sehari-hari: Saya menggunakan sepuluh ringgit saja utk ~ sehari. berbelanja 1 membeli barang-barang di kedai atau di pasar: Mereka ~ besar utk menyambut Hari Raya Puasa. 2 mengeluarkan wang utk membayar: Kerajaan telah ~ dgn banyaknya utk membina sekolah-sekolah. membelanjai mengeluarkan belanja utk seseorang; membiayai: Sewaktu saya bersekolah dahulu, abang sayalah yg ~ saya. membelanjakan mengeluarkan atau menggunakan wang utk sesuatu tujuan: Dia ~ wangnya utk pendidikan anak-anaknya. perbelanjaan 1 cara atau kaedah mengeluarkan wang; hal berbelanja. 2 apa-apa yg dibelanjakan: ~nya tiap-tiap bulan cuma dua ratus ringgit saja. pembelanjaan perbuatan, hal dsb membelanjai atau membelanjakan. pembelanja orang yg suka berbelanja. belanjawan anggaran pendapatan dan perbelanjaan utk sesuatu jangka waktu (terutama yg dibuat oleh pemerintah). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| berbelanja | 1 membeli barang-barang di kedai atau di pasar: Mereka ~ besar utk menyambut Hari Raya Puasa. 2 mengeluarkan wang utk membayar: Kerajaan telah ~ dgn banyaknya utk membina sekolah-sekolah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| berbelanja | 1. membeli barang-barang di kedai atau di pasar: Mereka ~ besar utk menyambut Hari Raya Puasa. 2. mengeluarkan wang utk membayar: Kerajaan telah ~ dgn banyaknya utk membina sekolah-sekolah. | Kamus Pelajar |
| belanja | 1. wang yg digunakan utk sesuatu tujuan: Perayaan menyambut Hari Kebangsaan itu telah memakan ~ yg besar. 2. = ~ pasar, = wang ~ wang yg digunakan utk keperluan sehari-hari: Saya menggunakan lima ringgit saja utk ~ sehari. berbelanja 1. membeli barang-barang di kedai atau di pasar: Mereka ~ besar utk menyambut Hari Raya Puasa. 2. mengeluarkan wang utk membayar: Kerajaan telah ~ dgn banyaknya utk membina sekolah-sekolah. membelanjai mengeluarkan belanja utk seseorang; membiayai: Sewaktu saya bersekolah dahulu, abang sayalah yg ~ saya. membelanjakan mengeluarkan atau menggunakan wang utk sesuatu tujuan: Dia ~ wangnya utk pendidikan anak-anaknya. perbelanjaan 1. cara atau kaedah mengeluarkan wang; hal berbelanja. 2. apa-apa yg dibelanjakan: ~nya tiap-tiap bulan cuma dua ratus ringgit saja. belanjawan anggaran pendapatan dan perbelanjaan utk sesuatu jangka waktu (terutama yg dibuat oleh pemerintah). | Kamus Pelajar |