| struktur senarai(list structure) | Bentuk struktur data yang dibina sebagai senarai dan mempunyai subsenarai. | Kamus Komputer |
| struktur perintah(command structure) | Bentuk binaan atau struktur yang dimiliki oleh perintah komputer. | Kamus Komputer |
| struktur kod(code structure) | Struktur atau bentuk susunan yang digunakan bagi sesuatu sistem kod. | Kamus Komputer |
| struktur fail(file structure) | Format penyusunan medan rekod atau data dalam fail. | Kamus Komputer |
| struktur data(data structure) | Hubungan di antara rekod atau fail dalam pangkalan data dan hubungan di antara butiran data dalam fail. | Kamus Komputer |
| struktur blok(block structure) | Struktur atur cara yang terdiri daripada blok data atau blok subrutin bagi memudahkan pengarangan atur cara dan pengujian dilakukan. | Kamus Komputer |
| struktur bersarang(nested structure) | Struktur kawalan yang terbenam dalam satu atau beberapa lapisan struktur kawalan luar. | Kamus Komputer |
| struktur berhierarki(hierarchical structure) | Organisasi fail sistem pengurusan pangkalan data yang mempunyai rekod yang disusun dalam struktur bertingkat supaya setiap rekod berada di bawah pengaruh rekod yang lebih tinggi. | Kamus Komputer |