| haud | Ar ark tempat menakung (menyimpan) air, tangki air. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| jeding I | Jw tangki (air). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| waduk air | sj tangki air yg tinggi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| waduk | Jw 1. perut besar (tempat mencernakan makanan); 2. = ~ air sj kolam tempat mengumpul dan menyimpan air utk digunakan pd musim kering; 3. = ~ air sj tangki air yg tinggi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tangki septik | tangki (biasanya di bawah tanah) tempat najis, air kumbahan dsb bertakung dan dibiarkan terurai oleh tindakan bakteria. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| tangki I | tempat menyimpan minyak (air dll), kolam air, teng; kapal ~ kapal utk mengangkut minyak (tanah); ~ najis tangki septik; ~ septik tempat menakung najis, air kumbahan dsb (biasanya di bawah tanah) yg dapat diuraikan melalui tindakan bakteria. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tangki | tempat menyimpan sesuatu bendalir, spt minyak: ~ air; ~ minyak; ~ gas. ~ septik tangki (biasanya di bawah tanah) tempat najis, air kumbahan dsb bertakung dan dibiarkan terurai oleh tindakan bakteria. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| dandang I | 1. sj periuk besar yg biasanya dibuat drpd tembaga utk mengukus nasi; 2. sj tangki tempat air dll dipanaskan utk mengeluarkan wap dlm enjin, utk membekalkan air panas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kapal | kenderaan di air (lebih besar drpd perahu dan ada geladak) yg biasanya belayar di laut. ~ api (asap, stim) kapal yg dijalankan dgn tenaga wap. ~ calu kapal yg belayar ulang-alik dgn tetap. ~ dagang (niaga) kapal yg membawa barang-barang dagangan. ~ haji kapal yg membawa jemaah haji. ~ korek jentera yg berupa kapal yg digunakan utk mengorek bijih timah dll. ~ layar kapal yg bergerak dgn menggunakan layar. ~ penumpang kapal yg membawa penumpang. ~ perang kapal utk berperang. ~ pukat kapal yg dilengkapi alat utk menangkap ikan. ~ selam kapal yg dpt bergerak di dlm air. ~ tangki kapal yg mempunyai tangki utk mengangkut minyak, susu getah dll. ~ terbang kenderaan berjentera yg dpt bergerak di udara (biasanya utk membawa penumpang dll). ~ terbang jet kapal terbang yg menggunakan kuasa jet. berkapal 1 ada atau mempunyai kapal. 2 belayar atau pergi ke sesuatu tempat dgn kapal; menaiki kapal: Dia ~ ke Mekah. perkapalan hal-hal mengenai kapal (urusan, pelayaran dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| dandang | 1 sj periuk besar yg biasanya dibuat drpd tembaga utk mengukus nasi. 2 tangki tempat mengewapkan air dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |