| membatalkan | 1. menyatakan tidak sah (berlaku lagi): Parlimen berhak ~ undangundang; 2. meniadakan, menggagalkan, mengurungkan: Amerika Syarikat ~ bantuannya kpd negara-negara yg prokomunis; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bincang I | ; berbincang, berbincang-bincang bertukar-tukar pendapat antara satu dgn yg lain mengenai sesuatu perkara yg penting: mereka sedang ~ tentang masalah kewangan persatuan; membincangkan memperkatakan, membicarakan: tidaklah dapat saya terangkan dan bincangkan satu persatu isi undangundang jenayah; perbincangan perihal berbincang: di situ saya dengar ~ mereka hendak merompak kedai intan berlian; pembincang orang yg membincangkan sesuatu: sebelum ~-~ memberikan pendapat masing-masing, ketua sidang memberikan ucapan pembukaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| batal | 1. tidak sah, tidak berlaku lagi, mansuh: sah ~ terserah pd lembaga; kerana dia tersentuh suaminya, air sembahyangnya ~; 2. tidak jadi, gagal, tidak berhasil: niatnya hendak pulang ~ kerana kematian anaknya; 3. tidak sah diperlakukan, tidak laku lagi (bkn cek, tiket, dsb);membatalkan 1. menyatakan tidak sah (berlaku lagi): Parlimen berhak ~ undangundang; 2. meniadakan, menggagalkan, mengurungkan: Amerika Syarikat ~ bantuannya kpd negara-negara yg prokomunis;terbatal dibatalkan: perjanjian itu dianggap tidak sah atau ~ jika syarat-syarat yg ditetapkan tidak dipatuhi;pembatalan perihal (tindakan, perbuatan, dsb) membatalkan: Parlimen menyetujui ~ undang-undang itu; pembatal (sesuatu) yg membatalkan; kuasa ~ kuasa yg membatalkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |