| capaian(access) | Proses memasuki ruang simpanan untuk menyimpan atau mendapatkan data kembali. | Kamus Komputer |
| sifar capaian(access zero) | Capaian ingatan yang tidak berhasil kerana ketiadaan data yang dicari atau kerana ingatan tidak boleh dicapai. | Kamus Komputer |
| mod capaian(access mode) | Pilihan tertentu daripada pelbagai kaedah capaian ingatan yang boleh dilakukan dalam sistem. | Kamus Komputer |
| mekanisme capaian(access mechanism) | Peranti atau mekanisme dalam sistem ingatan yang berfungsi mengawal penulisan atau pembacaan data dari atau ke ingatan. | Kamus Komputer |
| masa capaian(access time) | Tempoh yang digunakan untuk masuk ke dalam peranti storan dan meletakkan (menulis) atau mendapat kembali (membaca) data. Tempoh ini biasanya dikira dari waktu pengiriman isyarat alamat kedudukan di dalam storan sehingga wujudnya isyarat data sah diterima. | Kamus Komputer |
| lubang capaian(access hole) | Potongan lubang pada jaket cakera untuk membolehkan permukaan cakera didedahkan kepada kepala baca/tulis bagi tujuan mencapai data. | Kamus Komputer |
| lengan capaian(access arm) | Lengan mekanikal dalam sistem storan fail, seperti cakera keras, yang berfungsi menggerakkan kepala baca/tulis ke hadapan dan ke belakang bagi tujuan pembacaan atau penulisan data. | Kamus Komputer |
| kod capaian(access code) | Kod sulit yang perlu digunakan bagi membolehkan pengguna menggunakan sistem komputer. | Kamus Komputer |
| kaedah capaian(access method) | Teknik pengurusan data dan cara pelaksanaan yang digunakan dalam perkakasan dan perisian untuk memasuki suatu peranti ingatan atau input-output. | Kamus Komputer |
| imbas capaian(access scan) | Proses mencari data dalam ingatan dengan meneliti setiap butir data sehingga data berkenaan ditemui. | Kamus Komputer |