| ajar | petunjuk yg diberikan kpd orang supaya diketahui atau diturut: kepalang ~; tunjuk ~. berajar menerima atau mendapat ajar: tidak ~ tidak mendapat ajar. belajar 1 berusaha utk memperoleh ilmu pengetahuan, kepandaian dsb; menuntut ilmu: Sewaktu ~ di London dahulu, ia bekerja di B.B.C. secara sambilan. 2 berlatih supaya pandai atau mahir: ~ berenang; ~ mengaji. mengajar 1 memberi pengetahuan kpd seseorang: Ketika ayahnya pergi kerja, ibunyalah yg ~ dia menulis dan membaca. 2 memberikan nasihat; mendidik: Ibu bapa perlu ~ anak-anak mereka supaya berkelakuan baik. mengajarkan memberikan sesuatu sbg pengetahuan kpd seseorang: Guru perlu ~ bahasa yg baik kpd murid. mempelajari belajar dgn mendalam; menyelidik: Ia sedang ~ ilmu kimia. ajaran 1 pengetahuan (ilmu dll) yg diajarkan: ~ Karl Marx bertentangan dgn ~ agama Islam. 2 hasil drpd mengajar: ~ guru tidak dilupakannya. pelajaran segala sesuatu yg dipelajari atau yg diajarkan: Di samping berjaya dlm lapangan sukan, Ali maju dlm ~nya juga. berpelajaran mempunyai pelajaran: Anaknya ~ tinggi. pembelajaran perihal atau proses belajar: sistem ~ yg berasaskan komputer. pengajaran 1 segala yg berkaitan dgn mengajar atau mengajarkan (spt caranya, sistemnya): ~ sains dan hisab sekarang ini berlainan drpd sebelum perang dahulu. 2 sesuatu yg dpt dijadikan pedoman; peringatan: Peristiwa itu menjadi ~ kpd kita supaya lebih berhati-hati apabila hendak berunding dgn mereka. pemelajaran perihal atau proses mempelajari: ~ bahasa Inggeris diberi perhatian yg serius. pelajar orang yg belajar; penuntut; murid: Para ~ dikehendaki mematuhi peraturan sekolah. terpelajar telah mendapat pelajaran: Sekarang ini, banyak terdapat orang yg ~ tetapi tidak beradab. pengajar orang yg mengajar (spt guru, pensyarah). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| ajar | petunjuk yg diberikan kpd orang supaya diketahui atau diturut: kepalang ~; tunjuk ~. berajar menerima atau mendapat ajar: tidak ~ tidak mendapat ajar. belajar 1. berusaha utk memperoleh ilmu pengetahuan, kepandaian dsb; menuntut ilmu: Sewaktu ~ di London dahulu, ia bekerja di B.B.C. secara sambilan. 2. berlatih supaya pandai atau mahir: ~ berenang; ~ mengaji. mengajar 1. memberi pelajaran kpd seseorang: Ketika ayahnya pergi kerja, ibunyalah yg ~ dia menulis dan membaca. 2. memberikan nasihat; mendidik: Ibu bapa perlu ~ anak-anak mereka supaya berkelakuan baik. mengajarkan memberikan sesuatu sbg pelajaran kpd seseorang: Guru perlu ~ bahasa yg baik kpd murid. mempelajari belajar dgn mendalam; menyelidik: Ia sedang ~ ilmu kimia. ajaran 1. pengetahuan (ilmu dll) yg diajarkan: ~ Karl Marx bertentangan dgn ~ agama Islam. 2. hasil drpd mengajar: ~ gurunya tidak dilupakannya. pelajaran segala sesuatu yg dipelajari atau yg diajarkan: Di samping berjaya dlm lapangan sukan, Ali maju dlm ~nya juga. berpelajaran mempunyai pelajaran: Anaknya ~ tinggi. pengajaran 1. segala yg berkaitan dgn mengajar atau mengajarkan (spt caranya, sistemnya dll): ~ sains dan hisab sekarang ini berlainan drpd sebelum perang dahulu. 2. sesuatu yg dpt dijadikan pedoman; peringatan: Peristiwa itu menjadi ~ kpd kita supaya lebih berhati-hati apabila hendak berunding dgn mereka. pelajar orang yg belajar; penuntut; murid: Para ~ dikehendaki mematuhi peraturan sekolah. terpelajar telah mendapat pelajaran: Sekarang ini, banyak terdapat orang yg ~ tetapi tidak beradab. pengajar orang yg mengajar (spt guru, pensyarah dll). | Kamus Pelajar |
| nasihat | ajaran atau petunjuk yg baik; peringatan: Ali itu keras kepala, tidak mahu mendengar ~ orang tuanya. menasihati memberi nasihat (tunjuk ajar dll) kpd: Guru ~nya supaya memulangkan barang yg dicuri itu kpd tuannya. menasihatkan memberikan sesuatu sbg nasihat atau sbg tunjuk ajar: Dia mengingati apa-apa yg dinasihatkan kpdnya. penasihat orang yg memberi nasihat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| menasihati | memberi nasihat (tunjuk ajar dll) kpd: Guru ~nya supaya memulangkan barang yg dicuri itu kpd tuannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| wejang | Jw; diwejang diberi nasihat (tunjuk ajar dll); wejangan 1. ajaran, nasihat, tunjuk ajar: demikianlah ~ ayah yg tidak pernah kulupakan; 2. pidato yg bertujuan utk menyampaikan pengajaran: setiap orang ingin melihat pemimpinnya, menyentuh pemimpinnya, mendengarkan ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| nasihat | ajaran, petunjuk yg baik, peringatan: tidak mahu mendengar ~ orang tua-tua; menasihati 1. memberi nasihat (ajaran, tunjuk ajar, dll) kpd: ia sentiasa ~ anak-anaknya supaya tidak meninggalkan sembahyang; 2. mengesyorkan kpd, menganjurkan kpd, mengusulkan kpd: doktor ~nya supaya berhenti menghisap rokok dan meminum minuman keras;nasihat-menasihati saling memberi nasihat: ternyata Islam memelihara kebebasan berpendapat melalui konsep ~ sesama Muslim; tegur-menegur dan ~ adalah antara unsur pendidikan yg berkesan; menasihatkan memberikan sesuatu sbg nasihat atau sbg tunjuk ajar;penasihat orang yg memberi nasihat (tunjuk ajar dll); ~ ekonomi penasihat tentang pelbagai hal yg berkaitan dgn soal ekonomi; ~ kerjaya pe-nasihat tentang kerjaya; ~ pelaburan orang atau pihak yg memberikan nasihat profesional tentang hal-hal pelaburan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tapa I | usaha utk membersihkan jiwa atau utk mencapai sesuatu maksud (kesaktian, kekebalan, dll) dgn cara berpantang makan, mengasingkan diri dll; ~ songsang tapa dgn bergantung di dahan kayu (dgn kaki ke atas dan kepala ke bawah); bertapa 1. mengasingkan diri di tempat yg sunyi dll (utk memperoleh kesaktian, kekebalan dll): maka kakinya diikatnya, kepalanya ke bawah, dgn demikian dua belas tahun lamanya ~; 2. bp menjalani hukuman penjara; 3. ki lama tidak keluar (tidak menampakkan diri); mempertapakan hendak memperoleh sesuatu dgn jalan bertapa; pertapaan 1. perihal bertapa; 2. tempat (orang) bertapa; pertapa orang yg bertapa, ajar-ajar, resi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| nasihat | ajaran atau petunjuk yg baik; peringatan: Ali itu keras kepala, tidak mahu mendengar ~ orang tuanya. menasihati memberi nasihat (tunjuk ajar dll) kpd: Guru itu ~nya supaya memulangkan barang yg dicuri itu kpd tuannya. menasihatkan memberikan sesuatu sbg nasihat atau sbg tunjuk ajar: Dia mengingati apa-apa yg dinasihatkan kpdnya. penasihat orang yg memberi nasihat. | Kamus Pelajar |
| menasihati | memberi nasihat (tunjuk ajar dll) kpd: Guru itu ~nya supaya memulangkan barang yg dicuri itu kpd tuannya. | Kamus Pelajar |
| kemudaan | perihal muda, keadaan (masih) muda: menurutkan nafsu ~nya; kerana ~ usia, maka para belia masih memerlukan bimbingan, nasihat, teguran serta tunjuk ajar drpd golongan yg lebih berumur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |