| akal | 1. kekuatan otak utk menimbangkan atau utk memikirkan sesuatu; daya berfikir: Orang yg kurang ~ saja yg sanggup melakukan perkara yg tidak senonoh. 2. daya upaya atau cara utk melakukan sesuatu; ikhtiar: Dicarinya ~ bagaimana hendak melepaskan dirinya drpd bahaya itu. 3. tipu daya; helah; muslihat. ~ budi fikiran yg sihat. ~ bulus (kancil, keling) tipu daya yg licin. ~ geladak tipu daya utk tujuan buruk. berakal mempunyai akal; cerdik; pintar. mengakali 1. mencari jalan atau ikhtiar utk melakukan sesuatu: Dia ~ usaha-usaha utk berdikari. 2. menipu atau memperdaya: Dia tidak berjaya ~ saya. | Kamus Pelajar |