| rasukan | hasil perbuatan merasuk: maka al- Bidaah pun menyebar-nyebarkan ~ syaitan ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hafal | sudah masuk betul dlm ingatan (tentang pelajaran) tanpa perlu melihat buku atau catatan; menghafal membaca atau mempelajari berulang-ulang supaya hafal: sehari-hari bertubi-tubi ~ nama-nama teknikal yg begitu rumit; hafalan hasil menghafal: dia mengumpulkan semua ayat al-Quran satu-persatu drpd pelepah tamar kulit, tulang, dan ketul batu serta drpd ~ para sahabat; penghafalan perihal atau perbuatan menghafal: ~ ayat suci al-Quran; penghafal orang yg menghafal (ayat suci al-Quran dsb): ~ al-Quran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hafalan | hasil menghafal: dia mengumpulkan semua ayat al-Quran satu-persatu drpd pelepah tamar kulit, tulang, dan ketul batu serta drpd ~ para sahabat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| barzanji | sebuah hasil sastera dlm bentuk prosa berirama dan juga puisi, karangan Jaafar al-Barzanji yg meriwayatkan kehidupan Nabi Muhammad SAW (sering dibaca dgn berlagu). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| berzanji | sebuah hasil sastera dlm bentuk prosa berirama dan juga puisi karangan Jaafar al-Barzanji yang meriwayatkan kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. (sering dibaca dgn berlagu) | Kamus Pelajar |
| historiografi | 1. prinsip atau kaedah pengajian sejarah; 2. penulisan sejarah; 3. karya atau hasil penulisan berkaitan dgn sejarah: al-Quran bukan sbg bahan analisis yg sistematik, laporan atau ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| baca | ; ruang ~ bilik tempat membaca;membaca 1. memerhatikan isi sesuatu yg tertulis atau tercetak dgn teliti dan memahamkan makna kandungannya: ~ akhbar (buku, novel, surat, dsb); 2. mengucapkan apa yg tertulis atau tercetak pd buku, papan tanda, dsb secara lisan (dgn kuat): ia ~, adikadiknya mendengar; ~ khutbah berkhutbah; ~ al-Quran mengucapkan ayat-ayat suci al-Quran dgn kuat dan berlagu, mengaji al-Quran; 3. memahamkan makna sesuatu (spt tanda, huruf, dsb) tidak dgn mata tetapi dgn jari-jari: ~ Braille; 4. melihat dan mencatatkan angka yg ditunjukkan pd meter (termometer dsb): ~ meter elektrik; 5. membuat kesimpulan tentang sifat (tujuan, kehendak, dsb) seseorang dgn melihat seseorang secara luaran sahaja: drpd tutur katanya, saya dapat ~ hati budinya; ~ isi hati seseorang; bagaimana British ~ sikap orang Melayu sebelum Malayan Union? 6. mengucapkan baris-baris sajak dgn penuh perasaan di hadapan penonton, mendeklamasi: ~ sajak; 7. meneliti garis-garis pd tapak tangan utk meramalkan nasib seseorang: dia pandai ~ tapak tangan;membacai 1. membaca berkali-kali, mempelajari; 2. Jw menyindir-nyindir;membacakan membaca utk: ia ~ anaknya cerita-cerita dongeng;terbaca membaca secara kebetulan, terjumpa sesuatu (berita dsb) lalu membacanya: saya ada ~ tentang gejala yg serupa ini dlm alam bahasa Jepun; keterbacaan darjah betapa senang atau sukarnya memahami sesebuah teks;bacaan 1. bahan utk dibaca: di kapal itu, disediakan juga ~; ~ ringan bahan bacaan yg kandungannya bukan tentang hal-hal (perkara-perkara) yg serius atau yg (agak) sukar difahami; 2. cara membaca: ~ al-Quran akan diadili oleh pengadil antarabangsa; 3. hasil yg dibaca: jika alat menyukat perjalanan minyak menunjukkan ~ yg rendah, enjin hendaklah dihentikan; 4. yg digunakan utk membaca: bilik ~; bahan ~;pembacaan 1. perbuatan (usaha, kegiatan, dsb) membaca (buku, akhbar, majalah, dsb): Hikayat Panji Semirang yg diusahakan ini ialah hasil drpd ~ hikayat-hikayat tulisan tangan; ~ akhbar dlm waktu pejabat tidak dibenarkan; suatu tugas besar perpustakaan awam berusaha menggalakkan ~ yg lebih luas di kalangan orang ramai; 2. perbuatan, perihal membaca (meter dsb): ~ meter dibuat setiap awal bulan; 3. perbuatan membaca (mendeklamasi): selain ceramah, akan diadakan pula ~ sajak;pembaca orang yg membaca: majalah ini banyak mempunyai ~nya; ~ pruf orang yg tugasnya membaca (meneliti) pruf dan membetulkan kesilapan yg didapati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bacaan | 1. bahan utk dibaca: di kapal itu, disediakan juga ~; ~ ringan bahan bacaan yg kandungannya bukan tentang hal-hal (perkara-perkara) yg serius atau yg (agak) sukar difahami; 2. cara membaca: ~ al-Quran akan diadili oleh pengadil antarabangsa; 3. hasil yg dibaca: jika alat menyukat perjalanan minyak menunjukkan ~ yg rendah, enjin hendaklah dihentikan; 4. yg digunakan utk membaca: bilik ~; bahan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rasuk II | ; kena ~ = dirasuk hantu kemasukan hantu syaitan dll; merasuk 1. masuk ke dlm tubuh manusia (hantu, jin, dll): tiba-tiba keempat-empat mereka ketawa terbahak-bahak bagaikan dirasuk jin tanah; 2. mendalam, menyerap atau meresap benar: apabila melihat orangnya, tambah ~ lagi keyakinanku kpd ajarannya; ~ hati (jiwa) mengganggu atau mengusik (hati), menggodai, menggiurkan (hati): berbagai-bagai fikiran datang ~ hatinya terutama fikiran hendak menceraikan isterinya; rasukan hasil perbuatan merasuk: maka al- Bidaah pun menyebar-nyebarkan ~ syaitan ini; kerasukan kemasukan (hantu, jin, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tembak I | (témbak) ; ~ gawar bedilan yg dilepaskan ke udara (sbg amaran); hukum ~ hukum bunuh dgn cara dibedil; kena ~ kena bedilan dgn senjata api; ~ yg beralamat, tujuan yg bermaksud prb tiap-tiap perbuatan ada maksudnya; bertembak-tembakan berbalas tembak, saling membedil: maka berperanglah Seri Udara dgn Peringgi terlalulah ramai bunyinya ~, bunyi meriam spt halilintar membelah; menembak 1. melepaskan bedilan dgn senjata api (senapang, pistol, dll), melepaskan bedilan ke arah (seseorang atau sesuatu), membedil: seorang pun tidak berani ~ harimau yg ganas itu; 2. Id menyepak bola ke arah gol (dlm permainan bola sepak); 3. ki berbuat bohong, membohongi; ~ jatuh menembak sesuatu (spt kapal terbang dll) dan menyebabkannya jatuh (terhempas dsb); ~ mati menembak dan menyebabkannya mati; tembak-menembak saling menembak, ber-tembak-tembakan: menghentikan ~; menembaki menembak beberapa kali (pd), sering kali menembak pd; menembakkan 1. melepaskan peluru senjata api, menembak dgn: kapal-kapal terbang itu telah ~ roket ke atas askar musuh; 2. menen-dang bola ke arah gol; tertembak ditembak, kena tembak: dlm per-tempuran itu seorang mata-mata telah ~ mati; tembakan hasil menembak, letusan senjata api dll: kami telah terbangun kerana ada ~; penembakan perbuatan menembak: laporan mengenai ~ di masjid al-Aqsa pd bulan April ini memberi bukti lanjut kpd pelaporan yg berat sebelah; penembak 1. orang yg menembak; 2. alat (senjata) utk menembak; ~ curi orang yg menembak musuhnya secara sembunyi-sembunyi atau dr tempat yg terselindung, biasanya dr jarak yg agak jauh; ~ tepat orang yg cekap menembak sesuatu sasarannya dgn tepat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |