| mas kahwin | pemberian wajib yg berupa wang (al-Quran dsb) oleh pengantin lelaki kpd pengantin perempuan semasa upacara akad nikah, mahar; bermaskahwinkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg mas kahwin: ada pula yg hanya ~ Surah al-Ikhlas dan ada juga membayar mas kahwin sebanyak 100 dinar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sembahyang | 1. perbuatan menyembah Allah, solat; ~ lima waktu (fardu, wajib) sembah-yang yg wajib dikerjakan dlm sehari semalam (iaitu subuh, zuhur, asar, maghrib, dan isyak); air ~ air utk bersuci sebelum sembahyang, wuduk; ada air ~ berada dlm keadaan yg mem-bolehkan seseorang mengerjakan ibadat spt sembahyang, membaca al-Quran, dsb; 2. (bagi orang bukan Islam) permohonan kpd Tuhan, doa; ~ berjemaah sembahyang beramai-ramai (dgn berimam); ~ fardu sembahyang yg diwajibkan (bagi orang Islam yg sudah baligh) mengerja-kannya; ~ hajat sembahyang istimewa utk memohon (kpd Allah) sesuatu; ~ Jumaat sembahyang berjemaah pd hari Jumaat (waktu zohor); ~ mayat (orang mati) sembahyang utk orang mati; ~ (hari) raya sembahyang sunat pd hari raya; ~ sunat sembahyang yg tidak diwajibkan mengerjakannya (sembah-yang tahajud dll); ~ tahajud sembahyang sunat pd waktu tengah malam (hendaklah tidur dahulu sebelumnya); ~ tarawih sembahyang sunat yg dilakukan pd malam hari dlm bulan Ramadan; ~ mencari akal, rukuk mencari kira-kira prb orang yg rupanya soleh tetapi hatinya cabul dan suka mengerjakan perkara yg ter-larang; bersembahyang 1. melakukan sembahyang (solat): pd suatu hari raya, Rasul Allah berjalan-jalan di Madinah selepas ~ raya; 2. (Kristian) berdoa pd petang hari (agama Kristian), bermohon kpd Tuhan; ~ pujian upacara berdoa pd petang hari (agama Kristian); 3. (di kalangan orang Cina) upacara utk menghormati nenek moyang; menyembahyangkan mengerjakan sembah-yang utk (ditujukan kpd): seorang akan me-robekkan kafan dan seorang menjadi imam ketika ~ dia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| haj | Ar rukun Islam yg kelima, yg wajib ditunaikan sekali seumur hidup; pergi ~ naik haji; al-H~ gelaran bagi orang lelaki yg telah menunaikan fardu haji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |