| penggera(alarm) | 1. Isyarat yang dijana oleh peranti pendengaran atau peranti penglihatan yang menandakan bahawa suatu ralat atau kecemasan telah berlaku yang mungkin mengganggu atau sedang mengganggu perjalanan sistem. 2. Peranti yang menjana isyarat untuk memberitahu akan kewujudan suatu keadaan khas. | Kamus Komputer |
| paparan penggera(alarm display) | Isyarat yang dipamerkan pada tabir pengawas video atau tabir radar untuk menyedarkan petugas bahawa suatu keadaan genting sedang berlaku. | Kamus Komputer |
| penggera boleh dengar(audible alarm) | Penggera yang mengeluarkan isyarat audio tertentu untuk menarik perhatian apabila syarat yang ditunggu terjadi. | Kamus Komputer |