| paparan hablur cecair(liquid crystal display) | Peranti paparan yang biasa digunakan pada mesin kira dan komputer mudah alih. Paparan jenis ini dibina daripada dua keping bahan pengutub yang melapisi larutan suatu jenis hablur cecair. Imej paparan akan terbentuk apabila arus elektrik yang melalui panel kepingan pengutub menjajarkan hablur cecair supaya membentuk rupa bentuk yang tidak meloloskan cahaya. Ini memberikan kesan paparan aksara atau objek grafik. Singkatan LCD. | Kamus Komputer |