| cakna | Tr ambil peduli, ambil berat: semenjak emak kau meninggal, sayalah yg ~ makan minum ayah kau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ambil peduli | a) mengendahkan; b) turut campur (hal orang lain); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| acuh tak acuh | tidak ambil peduli; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kepedulian | perihal atau sikap ambil peduli (terhadap seseorang atau sesuatu), perhatian, keprihatinan: badan korporat turut memperlihatkan ~ yg besar apabila mereka turut menganjurkan teater atau apa jua acara kebudayaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| apatetik | (apatétik) bersikap tidak ambil peduli (acuh tak acuh, endah tak endah, dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berlepas tangan | a) tidak berpegang pd selusur dll; b) tidak ambil peduli; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| (tidak) ambil pusing | bp (tidak) ambil peduli, (tidak) mempedulikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tidak tahu -menahu | a) tidak tahu apa-apa: kami tidak ~ tentang pergolakan dunia; b) tidak mempedulikan (mengendahkan), tidak ambil peduli: ia berbuat spt tidak ~ sahaja; c) tidak kenal-mengenal: aku persilakan tetamu naik sahaja, tanpa ~ siapa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tahu-menahu | tidak ~ a) tidak tahu apa-apa: kami tidak ~ tentang pergolakan dunia; b) tidak mempedulikan (mengendahkan), tidak ambil peduli: ia berbuat spt tidak ~ sahaja; c) tidak kenal-mengenal: aku persilakan tetamu naik sahaja, tanpa ~ siapa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tak I | singkatan bagi tidak; ~kan tidak akan, tidak mungkin; ~ apa a) tidak mengapa; b) tidak ada apa-apa; acuh ~ acuh tidak ambil peduli; ~ mboh Tr tidak mahu: Meli ~ mboh ajak kamu pergi melihat perlawanan bola sepak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |