| penggunaan(application) | Tugas atau tempat perkakasan atau perisian digunakan. | Kamus Komputer |
| perisian penggunaan(application software) | Kumpulan atur cara komputer yang dibina bagi menyelesaikan masalah khusus atau melaksanakan tugas tertentu. | Kamus Komputer |
| pengaturcaraan penggunaan(application programming) | Tindakan yang berkaitan dengan pembinaan atur cara yang akan digunakan untuk menyelesaikan masalah atau melaksanakan tugas. | Kamus Komputer |
| organisasi penggunaan(application organization) | Struktur organisasi projek yang digunakan dalam kejuruteraan perisian untuk mengumpulkan projek perisian penggunaan yang sama di bawah satu sistem pentadbiran. | Kamus Komputer |
| lapisan penggunaan(application layer) | Lapisan ketujuh model ISO bagi protokol perhubungan data. Lapisan ini bertindak untuk memberikan sokongan langsung kepada proses penggunaan dan atur cara penggunaan daripada pengguna. Lapisan ini juga menguruskan sambungan atur cara tersebut dengan bahantara perhubungan. | Kamus Komputer |
| atur cara penggunaan(application program) | Atur cara yang dibina untuk menyelesaikan masalah tertentu atau melaksanakan sesuatu tugas khusus. | Kamus Komputer |
| WAP | akronim bagi Wireless Application Protocol (Protokol Aplikasi Tanpa Wayar, iaitu suatu sistem yg membolehkan pengguna mengakses internet dgn menggunakan telefon bimbit). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| penggunaan pangkalan data(data base application) | 1. Bidang sasaran atau perkara yang telah dibentuk untuk menggunakan pangkalan data yang telah diwujudkan. 2. Perisian penggunaan yang berdasarkan pangkalan data. | Kamus Komputer |