| gelintaran kawasan(area search) | Penyemakan kumpulan dokumen yang banyak untuk mencari satu kumpulan data tertentu. | Kamus Komputer |
| carta kawasan(area chart) | Carta janaan komputer yang memaparkan kawasan yang terbentuk daripada tindihan dua carta garis. | Kamus Komputer |
| kawasan output(output area) | 1. Kawasan dalam ingatan utama yang diperuntukkan bagi simpanan data yang akan dipindahkan ke peranti luar. 2. Tempat hasil pemproses keluar atau boleh didapati. | Kamus Komputer |
| kawasan kerja(work area) | 1. Lihat ruang kerja. 2. Tempat tumpuan bagi sesuatu bidang tugas. | Kamus Komputer |
| kawasan jelas(clear area) | Kawasan pada bahantara yang dimestikan bebas daripada cetakan atau tanda, supaya pemprosesan pengecaman aksara dapat berlangsung tanpa ralat. | Kamus Komputer |
| kawasan bilangan(count area) | Kawasan dalam ingatan yang dikhaskan untuk menempatkan nilai bilangan. | Kamus Komputer |
| rangkaian kawasan setempat(local area network) | Rangkaian komputer yang dihadkan untuk menyambungkan komputer dan peranti persisian yang berada dalam suatu kawasan kecil yang sama, seperti bilik, tapak, atau bangunan kecil. Singkatan LAN. | Kamus Komputer |
| rangkaian kawasan luas(wide area network) | Rangkaian komputer untuk menyambungkan komputer dan peranti persisian yang terletak jauh di antara satu sama lain. Rangkaian kawasan luas memerlukan penggunaan modem. Singkatan WAN. | Kamus Komputer |
| PATA | akronim bagi Pacific Area Travel Association (Persatuan Pelancongan Kawasan Pasifik). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| WAN | Singkatan bagi wide area network. Lihat rangkaian kawasan luas. | Kamus Komputer |