| argumen(argument) | 1. Pemboleh ubah bebas. 2. Nilai bagi pemboleh ubah bebas. | Kamus Komputer |
| argumen semu(dummy argument) | Pemboleh ubah yang digunakan sebagai argumen fungsi tetapi tidak mempunyai sebarang nilai. | Kamus Komputer |
| alamat argumen(argument address) | Alamat yang menyatakan kedudukan argumen dalam sesuatu rutin. Alamat ini mempercepat proses capaian. | Kamus Komputer |
| logik formal(formal logic) | Kajian struktur dan bentuk argumen logik tanpa menghiraukan makna butir dalam argumen tersebut. | Kamus Komputer |
| semu(dummy) | Berkaitan dengan alamat, argumen, suruhan, atau rekod yang sengaja disisipkan untuk memenuhi jumlah bit, panjang kata, atau peraturan yang telah ditetapkan oleh sistem. Alamat, suruhan, atau rekod ini akan diabaikan oleh sistem dan hanya berfungsi untuk memenuhi ruang yang telah dikhaskan. | Kamus Komputer |