| rata I | 1. tidak tinggi rendah, datar, papak, papar: bahagian atas meja itu ~; padang bola yg menghijau ~; pukul (hitung) ~ semuanya dianggap sama (tidak dibeza-bezakan), hitung panjang; sama ~ a) sama tinggi dan sama rendah (semuanya); b) = sama ~ sama rasa sama hak dan kewajibannya (sama tarafnya); 2. seluruh bidang (permukaan) sama diliputi, menyeluruh: hendaknya lantai itu disapu ~; kurang ~ ditutup lantai itu dgn tikar; 3. seluruhnya beroleh bahagian yg sama, tersebar ke merata tempat (berita dll), terdapat (terkena dll) di mana-mana: pusaka itu dibahagi ~; telah ~ lukisannya ditunjukkan; pd masa itu orang Melaka ~lah berkapal belaka; ~-riti Kl ke mana-mana; serata seantero, segenap, seluruh: getah dieksport ke ~ dunia; poster-poster tertampal di tembok-tembok di ~ kampung; menyeratakan menyebarkan ke mana-mana, menyeluruh; keserataan perihal (keadaan) serata: tahap ~ penggunaan bahasa itu masih rendah; rata-rata 1. rata sekali, sama banyaknya dll di serata tempat: baja itu hendaklah ditaburkan ~; saya ingin benar hendak melihat ~ dlm kebun itu; 2. = (di)pukul ~ a) dianggap sama semuanya, dihitung panjang, pd umumnya: keistimewaannya ialah orang-orang bawahannya ~ segan dan hormat kepadanya; ~ mereka tidak berbaju, kecuali yg paling depan; apatah lagi dlm arus sekarang, ~ wanita suka bekerja makan gaji; b) diambil tengah-tengah, dibahagi rata; ~ seekar tanah sawah menghasilkan 400 gantang padi setahun; peon dan buruh kasar ~ mendapat dlm lingkungan RM80 dan RM100 sebulan; merata 1. (menjadi) rata: matanya terpaku ke permukaan laut yg sekali-kali tersebak dan ~; buah padi yg sedang masak, kuning, dan ~; 2. = merata-rata tersebar (menular) ke mana-mana, pergi ke mana-mana, merebak: sebentar saja berita kejadian itu ~lah ke seluruh kampung; beberapa lamanya ia ~ di Eropah; 3. = merata-rata serata, segenap, seluruh, seantero: makanan utk pokok-pokok memang ada sedia hampir-hampir di ~ tempat; lipas didapati di ~ tempat di negeri panas; meratai merata ke segenap..., meliputi (memasuki, melindungi, mengenai, dll) kesemuanya: mata profesor itu ~ semua muka mahasiswa; tidak mungkin rasanya peraturan itu ~ seluruh lapisan rakyat; meratakan 1. menjadikan (menyebabkan) rata, memapakkan, mendatarkan: seluruh kawasan bukit itu diratakan utk dijadikan tapak kawasan perumahan rakyat; 2. membahagi-bahagikan rata, menyebarkan ke merata tempat: ~ kemakmuran ke seluruh negara ialah tujuan utama kerajaan sekarang; bantuan kecemasan diratakan kpd segenap mangsa bah; rataan ark dataran; kerataan perihal rata: semua permukaan cecair adalah rata dan selari dgn ~ tanah; perataan perihal (proses) meratakan sesuatu: ~ permukaan jalan itu telah selesai; perata alat utk meratakan (mendatarkan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pecah I | 1. berbelah-belah menjadi kecil-kecil (benda keras): pinggan itu terlepas dr tangannya lalu ~; duit (wang) ~ duit kecil; 2. retak atau merekah (kulit, bibir, dll): penyakit itu menyebabkan kulit menjadi ~-~; bibir orang tua itu ~-~; 3. terbelah kulitnya hingga terkeluar isinya (bisul, telur, dll): bisulnya tidak juga ~; 4. menjadikan bergumpal-gumpal dan cair (susu atau santan yg basi); 5. tersebar (khabar, rahsia, dll): tiba-tiba ~ khabar mengatakan askar-askar Jepun telah masuk; disuruhnya orang kepercayaan supaya tidak ~ rahsia itu; 6. bermula (perang, darurat, dll): harga getah meloncat naik apabila ~ perang Korea; 7. sl kalah: maka segala rakyat Ghori pun ~ perangnya lalu lari; 8. menggeletar (bunyi); 9. = berpecah berpisah-pisah, tidak bersatu lagi: persatuan itu ~ menjadi beberapa badan kecil; 10. sl cerai-berai, bersurai: maka segala rakyat Pasai pun habis ~, lari cerai-berai dgn banyak matinya; ~ amanah perbuatan menyia-nyiakan atau melanggar amanah; ~ bau merata (tersebar) baunya; ~ daun Kl keluar daun; ~ hati tawar hati; ~ kepercayaan hilang kepercayaan; ~ keringat (peluh) keluar peluhnya; ~ minyak keluar minyak (masakan); ~ perang a) mula terbit peperangan; b) sl kalah perang; ~ perut berasa sakit perut kerana terlalu banyak ketawa; ~ rumah memasuki rumah utk merompak; ~ tembelang terbuka rahsia; ~ bunyi (tepi) buruk berita prb Mn kejadian yg kecil diperbesar orang ke sana sini; ~ kapi putus suai prb sesuatu yg tidak dapat diperbaiki lagi; ~ menanti sebab, retak menanti belah prb hanya menanti masa utk membalas dendam dll; pecah-pecah pecah pd banyak tempat atau bahagian (sesuatu); berpecah terbahagi (bercerai) menjadi beberapa kelompok (golongan dll): kumpulan itu ~ menjadi beberapa cawangan yg lebih kecil; berpecah-pecah tidak bersatu padu (masing-masing dgn haluannya sendiri), berpecah belah: masyarakat yg dilanda perang saudara itu masih hidup ~; memecah 1. menjadi pecah-pecah (ombak dll): sekali-sekali ombak ~ di jambatan kapal; 2. = memecahkan: Halim ~ kesunyian; ~ masuk memecahkan sesuatu (spt pintu, tingkap, dll) dan memasuki (rumah, bilik, dsb); memecahkan 1. menjadikan pecah, menyebabkan menjadi kepingan-kepingan dsb yg lebih kecil, menyebabkan sesuatu atau sebahagian drpd sesuatu pecah: budak itu telah ~ cermin tingkap mereka; kecurian tak boleh berlaku sebelum pintu atau tingkap dipecahkan; 2. memecah-belahkan, mencerai-beraikan, membahagi-bahagi(kan), menghuraikan (ayat dll): mereka hendak ~ perpaduan nasional; harta dipecahkan menjadi empat bahagian; ~ cerita kpd komponennya; pecahkan 893 025 menjadi pengisi tunggal; 3. merosakkan (kesunyian), memusnahkan (sesuatu suasana): bunyinya itu ~ suasana sunyi di tengah rimba; 4. menyiarkan (berita, rahsia); 5. menyelesaikan membuat kepastian (ketetapan dll) bkn sesuatu soal (kerumitan dll): masalah itu sukar sekali hendak dipecahkan; mukanya keruh memikirkan sesuatu yg tidak dapat dipecahkan; 6. sl mengalahkan: maka Tun Pikrama digelar baginda Paduka Tuan dianugerahi ia Buru oleh jasanya ~ Pasai itu; ~ kepala (otak) a) memerah otak; b) susah sekali; ~ rekod = ~ rekor Id membaiki atau mengatasi rekod yg telah ada; ~ telinga sangat kuat bunyinya (suaranya); terpecah-pecah terpisah-pisah, bercerai-cerai; pecahan 1. sesuatu yg sudah pecah atau dipecahkan, bahagian yg sudah dipisahkan dsb drpd sesuatu yg lain atau yg lebih besar atau lengkap: ~ kaca berselerak di tempat pergaduhan itu berlaku; ~ bom; lihat Rajah 2 utk melihat ~ tajuk; 2. angka (bilangan) yg bukan angka bulat (spt 1/2 , 2/3 , dll); ~ berulang = ~ repeten pecahan persepuluhan yg bilangan seluruhnya atau sebahagiannya selalu berulang-ulang; ~ biasa pecahan yg pengatasnya lebih kecil drpd pembawahnya (spt 3/4); ~ janggal pecahan yg pengatasnya sama atau lebih besar drpd pembawahnya (spt 8/8, 11/4, dll); ~ perpuluhan = ~ persepuluhan Id pecahan yg menggunakan titik perpuluhan (spt 0.5, 0.8, dll); kepecahan perihal pecah; perpecahan keadaan berpecah-pecah atau berpecah belah, keadaan tidak lagi bersatu padu: pertentangan itu menimbulkan ~ di kalangan rakyat; pemecahan perbuatan memecahkan: ~ cahaya putih kpd berbagai-bagai warna; pemecah 1. orang yg memecahkan: ~ amanah; 2. orang yg selalu (suka) memecahkan: budak itu ~; 3. alat utk memecahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |