| pornografi | 1. penggambaran atau pengisahan sesuatu perlakuan (perbuatan, kejadian dll) dgn cara yg mengghairahkan atau yg bertujuan utk membangkitkan nafsu seks (menerusi filem, bahan bacaan, dsb), penggambaran atau pengisahan sesuatu perbuatan dsb secara lucah; 2. segala bahan (spt filem, gambar foto, dan bahan bacaan) yg bertujuan utk membangkitkan nafsu seks, segala bahan (spt filem, terbitan dsb) yg lucah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| penapisan | 1. perbuatan menapis: ~ minyak; ~ kertas kerja dilakukan oleh ahli jawatankuasa; 2. (Udg) pemeriksaan yg dibuat terhadap bahan terbitan, filem dsb dgn tujuan utk menghalang penyebaran atau pengeluaran bahan yg boleh dikira sebagai tidak bermoral, lucah, cabul atau membahayakan keselamatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tapis I | 1. alat utk menapis; 2. bp menapis; bertapis (telah) ditapis: air yg belum ~;menapis 1. menuras dgn saringan (barang yg cair spt minyak, air minum, dll), menyaring: air yg digunakan di situ telah dibersihkan dan ditapis sebelum dihantar ke rumah-rumah; 2. meneliti serta memilih-milih (utk mengasingkan yg dikehendaki drpd yg tidak dikehendaki), menyaring: ia perlu ~ maklumat yg berbagai-bagai itu sebelum membuat sesuatu pilihan yg dapat diterima; tapisan 1. sesuatu yg sudah ditapis, hasil drpd menapis; 2. = penapis alat utk menapis sesuatu: ~ minyak; penapisan 1. perbuatan menapis: ~ minyak; ~ kertas kerja dilakukan oleh ahli jawatankuasa; 2. (Udg) pemeriksaan yg dibuat terhadap bahan terbitan, filem dsb dgn tujuan utk menghalang penyebaran atau pengeluaran bahan yg boleh dikira sebagai tidak bermoral, lucah, cabul atau membahayakan keselamatan; penapis 1. alat utk menapis, penyaring: kaca atau filem yg berwarna itu dinamakan ~ warna atau ~ cahaya; 2. orang (badan dsb) yg menapis: dlm negeri kita ini, ada Lembaga P~ Filem, sebuah badan yg bertugas utk menapis filem yg hendak ditayangkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |