| bala tentera | pasukan yg terdiri drpd orang-orang yg melakukan perang; askar: Baginda pun mengambil keputusan hendak membawa ~nya pergi menyerang negeri itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| angkatan | 1. berat yg diangkat: ~nya lebih drpd 200 paun; 2. pasukan tentera (dgn alat kelengkapan), bala tentera: ~ bersenjata Malaysia; 3. pengiriman pasukan (tentera): ~ pasukan ke daerah pertempuran sudah selesai; 4. ark = pengangkatan, keangkatan pelantikan: ~ beliau sbg duta telah disahkan; 5. Id yg diangkat atau dilantik, lantikan (bkn jawatan, pangkat): jawatan Perdana Menteri bukanlah ~ tetapi pilihan; 6. golongan orang yg mempunyai haluan atau pendirian (kecenderungan, cita-cita, dsb) yg sama: Usman Awang ialah tokoh ~ Sasterawan ‘50 atau Asas ‘50; 7. golongan orang yg sebaya, generasi: ~ muda; 8. sl selengkap; pakaian ~ a) selengkap pakaian kebesaran; b) pakaian kebesaran; c) pakaian seragam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tentera | 1 = bala ~ pasukan yg terdiri drpd orang-orang yg melakukan perang; askar: Baginda pun mengambil keputusan hendak membawa ~nya pergi menyerang negeri itu. 2 pasukan yg terdiri drpd askar dll yg dilatih utk berperang atau utk menjaga keamanan; pasukan keselamatan. 3 = anggota ~ orang yg menjadi anggota dlm angkatan perang. ~ darat bahagian atau pasukan angkatan perang yg bertugas di darat. ~ laut bahagian atau pasukan angkatan perang yg bertugas di laut. ~ payung terjun pasukan tentera yg dilatih utk membuat serangan terhadap barisan musuh (digugurkan dr kapal terbang dgn menggunakan payung terjun). ~ sukarela pasukan tentera yg berkhidmat secara sukarela. ~ udara bahagian atau pasukan angkatan perang yg dilengkapi kapal terbang dll. ~ wataniah pasukan tentera sukarela yg ditubuhkan utk menjaga dan mempertahankan negara dlm masa darurat. ketenteraan hal mengenai tentera. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| tentera | 1 = bala ~ pasukan yg terdiri drpd orang-orang yg melakukan perang; askar: Baginda pun mengambil keputusan hendak membawa ~nya pergi menyerang negeri Cina. | Kamus Pelajar |
| memelihara | 1. membela, menjaga, merawat: mereka ~nya sehingga ia dewasa; di rumah sakit dia dipelihara dgn sempurna; ~ tubuh drpd diserang oleh penyakit; 2. mengerjakan (mengusahakan, membina, dll) dgn baik; ~ pelajaran dan bahasa; ~ cucuk tanam; 3. menternak binatang: ia banyak ~ lembu; 4. mempunyai atau menyimpan (gundik dll); 5. membiarkan (menggiatkan) tumbuh (janggut, rambut, dll); 6. menyelamatkan, melepaskan (melindungi) drpd bahaya dll: dipeliharakan Allah drpd segala bala dan aniaya; terlalu adil sekali ia ~ negerinya; ~ lidah menjaga supaya tidak terkeluar kata-kata yg kurang baik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pelihara | ; memelihara 1. membela, menjaga, merawat: mereka ~nya sehingga ia dewasa; di rumah sakit dia dipelihara dgn sempurna; ~ tubuh drpd diserang oleh penyakit; 2. mengerjakan (mengusahakan, membina, dll) dgn baik; ~ pelajaran dan bahasa; ~ cucuk tanam; 3. menternak binatang: ia banyak ~ lembu; 4. mempunyai atau menyimpan (gundik dll); 5. membiarkan (menggiatkan) tumbuh (janggut, rambut, dll); 6. menyelamatkan, melepaskan (melindungi) drpd bahaya dll: dipeliharakan Allah drpd segala bala dan aniaya; terlalu adil sekali ia ~ negerinya; ~ lidah menjaga supaya tidak terkeluar kata-kata yg kurang baik; terpelihara 1. dipelihara (dibela), terjaga: tanaman itu dlm keadaan tidak ~; 2. terlepas (terlindung) drpd bencana dll, terselamat: ~ drpd segala bahaya; peliharaan (orang dll) yg dipelihara, piaraan: anak-anak yatim piatu ~ Dato’ Bendahara itu pun pulang dr bermain; biri-biri ~ mempunyai bulu yg tebal serta lembut; keterpeliharaan keadaan terpelihara: ~ drpd kesalahan dan keabdian yg dijamin oleh al-Quran; pemeliharaan 1. perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan: amalkan langkah-langkah asas ~ kulit; 2. pendidikan: anaknya itu diserahkan ke dlm ~ seorang pengasuh; 2. penternakan (binatang): diadakan kawasan khas utk ~ binatang-binatang ternakan; 3. penjagaan (pengolahan, penyelenggaraan) bahasa dll: pd Amir Hamzah ~ aliterasi dan asonansi merupakan corak puisinya; 5. penyelamatan (drpd bencana, rosak, dll): ~ tanah; pemelihara 1. orang yg memelihara; 2. suka memelihara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kampung | 1. kawasan kediaman (terdiri drpd sekumpulan rumah dll) di luar bandar, desa, dusun: ~nya terletak kira-kira 12 km dr Kuala Lumpur; (ketua) kepala ~ orang yg menjadi ketua kpd penduduk kampung; orang ~ a) penduduk kampung; b) orang yg tidak moden (masih berpegang pd kebiasaan atau tradisi lama); rumah ~ rumah yg reka bentuknya (buatannya dsb) spt yg lazimnya terdapat di kampung; tanah ~ tanah yg terletak di kawasan kampung (bukan tanah di kawasan perbandaran); 2. kawasan dlm bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok: ~ Cina; ~ Melayu; 3. ki tidak moden, agak kolot: datuknya masih ~; 4. bukan dihasilkan (dipelihara dll) dgn cara pengurusan moden, terpelihara (terhasil, terjaga, dll) cara kampung; anjing ~ anjing liar yg tidak dipelihara; ayam ~ ayam yg dipelihara dgn cara biasa di kampung; kopi ~ kopi yg bukan dr ladang (perkebunan dsb); ~ dunia dunia yg dilihat sbg sistem yg bersepadu keseluruhannya yg semua bahagiannya saling bergantungan; ~ halaman (laman) kampung tempat lahir; berkampung berhimpun, berkumpul: malam tadi kita ~ adik-beradik serta saudara-mara; sekalian rakyat pun ~lah; mengampungkan menghimpunkan, mengumpulkan: kampungkanlah segala rakyat; kampungan 1. ada kaitannya dgn kebiasaan, tradisi, dsb yg terdapat di kampung: yg menarik tentang Ngoyang ialah mitos dan nilai tradisi teater ~ yg wujud di dalamnya; 2. ki tidak moden, kuno: akronim mesti membentuk nama yg indah yg tidak ~; kekampungan bersifat kampung (penghidupan, keadaan, adat resam, dll), (masih) berasaskan kebiasaan (tradisi dsb) yg dipegang atau diikut penduduk kampung: ia mencemuh cara hidup kita yg dianggapnya ~; perkampungan 1. mengenai (berkaitan dgn) kampung: pegawai ~; 2. kelompok (kumpulan) kampung: daerah ~; mereka dibawa ke kawasan ~ baru; 3. tempat berkampung (berhimpun): sesudah dua hari berjalan kaki, sampailah kami ke ~ bala tentera itu; 4. sekelompok, sekumpulan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rakyat | 1. seluruh penduduk sesebuah negara (sbg syarat mendirikan sesuatu pemerintahan): ~ Malaysia terdiri drpd berbagai-bagai kaum; dewan ~ dewan yg mewakili suara rakyat dlm sistem pemerintahan demokrasi; wakil ~ ahli dewan rakyat; 2. anak buah, orang-orang sebawahan: setahun sekali penghulu menjamu ~nya; 3. orang kebanyakan, orang ramai, orang biasa: padang permainan utk ~; ia keturunan ~, bukan keturunan raja; cerita ~ cerita yg diceritakan utk orang biasa; 4. pasukan perang, bala tentera: maka baginda pun berangkat diiringi oleh seluruh ~ lengkap dgn senjatanya; 5. Ph, bp orang asli; ~ jelata (jembel, marhaen, murba) orang kebanyakan (bukan golongan bangsawan); merakyat tersebar luas kpd rakyat: budaya ilmu dan tradisi pengajian telah meluas dan ~, lalu dgn itu pecahlah monopoli pujangga istana sbg elit ilmuwan; merakyatkan menyebarluaskan ilmu, amalan dsb kpd rakyat: ilmu kebudayaan harus dirakyatkan agar ilmu itu tidak menjadi urusan sarjana, kaum elit dan golongan cendekiawan semata-mata; kerakyatan 1. perihal rakyat; 2. demokrasi; 3. ark kewarganegaraan: ~ akan diberikan kpd orang dagang di negeri ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| doa | 1. permohonan (permintaan) kpd Tuhan: ~ Aini supaya Murad berbahagia dlm hidupnya; 2. kebaikan (yg dipinta) dgn restu drpd Tuhan: dia memohon ~ agar anaknya lulus dlm peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia; 3. potongan ayat terutama drpd Quran (hadis dsb) yg dibaca utk memohon sesuatu kebaikan drpd Tuhan: setiap kali selepas sembahyang, dia membaca berbagai-bagai ~; ~ arwah doa yg dibaca (sewaktu sembahyang mayat dll) utk orang Islam yg telah meninggal dunia dan ditujukan juga kpd orang-orang yg masih hidup; ~ musafir doa yg dibaca (oleh orang Islam) sewaktu dlm perjalanan supaya dijauhkan drpd sebarang kemalangan dsb; ~ panjang umur doa yg dibaca (oleh orang Islam) utk memohon kpd Tuhan supaya dilanjutkan usia; ~ pendinding doa yg dibaca (oleh orang Islam) utk menjauhkan diri drpd bahaya; ~ pengasih jampi utk membuat orang kasih pd kita; ~ restu doa (permintaan) yg diharapkan mendapat berkat drpd Tuhan; ~ selamat = ~ kesyukuran doa kerana mengucap syukur kpd Tuhan atas pemberian-Nya atau kerana meminta berkat; ~ tolak bala doa yg dibaca selepas bersembahyang utk meminta kpd Tuhan supaya dijauhkan drpd sebarang bala (spt wabak penyakit dsb); berdoa, mendoa meminta (memohon) kpd Tuhan, mengucapkan (menyampaikan) doa: bangun pagi sembahyang subuh kemudian ~ kpd Tuhan; aku ~ semoga Tuhan mendekatkan aku kpd kebaikan dan menjauhkan aku drpd kejahatan; mendoakan memohonkan sesuatu kpd Tuhan: aku ~ semoga kau berbahagia selalu; dia sentiasa ~ keselamatan anak-anaknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| air I | 1. cecair yg terbentuk drpd dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen (dlm keadaan yg murni tidak mempunyai warna, bau atau rasa); 2. kumpulan cecair (spt yg terdapat di dlm sungai, tasik, laut, dsb): banjir berlaku apabila ~ sungai melimpahi tebingnya; 3. cecair yg terdapat dlm buah-buahan, perahan, jus: ~ tebu; ~ limau; 4. = batang ~ sungai; ke batang ~ ke sungai; anak ~ anak sungai; 5. minuman: ~ teh; ~ kopi; 6. cecair yg rupanya spt air; 7. campuran air atau sesuatu cecair dgn bahan(-bahan) lain; ~ abu air yg mengandungi zat drpd abu; ~ alas air masin (di muara sungai); ~ ampuh air bah; ~ anggur minuman yg dibuat drpd buah anggur; ~ api = ~ keras asid; ~ atar sj minyak wangi; ~ bah banjir; ~ bakat = ~ berolak pusaran air; ~ batu = ~ beku ais; ~ batu campur sj minuman sejuk yg dibuat drpd air batu kisar yg dibubuh kacang merah, jagung, cincau, gula melaka cair, sirap, susu cair, dll; ~ batu kering karbon dioksida yg disejukkan dan merupakan ketul-ketul; ~ belanda = ~ soda air yg bercampur dgn karbon dioksida; ~ berat (Kim) molekul air yg terdiri drpd dua atom deuterium dan satu atom oksigen;~ besar bh najis, tahi; ~ buah air perahan buah-buahan, jus; ~ bujang minuman spt teh, kopi dsb yg dihidangkan kpd tetamu tanpa kuih, biskut dsb; ~ dakelom = ~ dakelong = ~ kolong = ~ kelonyor sj minyak wangi (eau-de-cologne); ~ emas a) lapis emas, dakwat emas; b) benang emas; ~ galian air mineral; ~ gula air yg dibuat terlalu manis dgn gula; ~ hempedu air yg dikeluarkan oleh hempedu; ~ hidung hingus; ~ hidup maulhayat; ~ kandang Id air dr kotoran kandang; ~ kapur larutan akueus kalsium hidroksida; ~ kecil = ~ kemih air kencing; ~ kelonyor = ~ kolong air dakelom; ~ kosong air minuman yg tidak dibubuhi apa-apa pun spt teh, kopi, gula dsb; ~ kumbahan air basuhan; ~ lata = ~ terjun air yg jatuh (di lereng gunung dll); ~ lembut (Kim) air yg tidak mengandungi garam kalsium dan garam magnesium dan mudah mengeluarkan buih apabila bercampur dgn sabun; ~ lemoned sj minuman (biasanya dlm botol); ~ liat (Kim) air yg mengandungi garam kalsium dan garam magnesium dan tidak mudah mengeluarkan buih apabila bercampur dgn sabun; ~ liat kekal (Kim) air yg kandungan garamnya tidak hilang apabila dididihkan; ~ liat sementara (Kim) air yg kandungan garamnya hilang apabila dididihkan; ~ limun Id air lemoned; ~ liur air yg keluar di dlm mulut; ~ mandi a) air utk mandi; b) sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan; ~ mani air dan benih yg keluar ketika bersetubuh atau ketika syahwat memuncak; ~ marga jiwa = ~ merta jiwa = ~ utama jiwa = ~ maulhayat air yg memberi hidup (dlm cerita dahulukala); ~ mata air yg keluar dr mata (apabila menangis dll); ~ mata air air yg keluar dr punca air dlm tanah; ~ mati a) limbahan di pantai yg airnya tidak mengalir; b) surut timpas; c) air yg sudah dimasak dan sudah sejuk; ~ mawar air yg harum baunya (dibuat drpd bunga mawar); ~ (me)lata air terjun yg kecil; ~ mentah air yg belum ditapis (dibubuhi klorin dsb) hingga layak digunakan oleh manusia; ~ mineral air semula jadi yg mengandungi garam galian atau gas terlarut dan berkhasiat sbg air minuman; ~ minum air utk diminum; ~ muka a) permukaan air; b) rupa muka (yg membayangkan sesuatu perasaan); c) ki maruah, harga diri; ~ mukjizat air yg mempunyai sesuatu hikmat atau kelebihan; ~ paip air yg telah dirawat bersih dan disalurkan ke rumah-rumah dsb dgn menggunakan paip; ~ pancur Kd air paip; ~ pankreas cecair yg dikeluarkan oleh pankreas, jus pankreas; ~ pasang air naik (paras air laut yg naik); ~ pasang keling air pasang besar; ~ payau air yg kandungan garamnya lebih rendah drpd air laut, tetapi lebih tinggi drpd air tawar (terutama air di sekitar muara); ~ penghabluran (Kim) air yg wujud dlm sebatian berhablur dlm perkadaran tertentu, mis 5 molekul air dlm kuprum(II) sulfat pentahidrat, CuSO4.5H2O; ~ perak dakwat perak; ~ perut cecair yg dikeluarkan oleh perut; ~ pokok (tanaman) cecair yg terdapat dlm pokok; ~ raksa sj logam cair yg rupanya spt timah (digunakan dlm termometer dll), merkuri; ~ sebak air bah; ~ sembahyang a) air yg boleh digunakan utk bersuci jika hendak bersembahyang; b) keadaan sudah bersuci tubuh utk bersembahyang; ~ sembilan air utk memandikan mayat; ~ seni bh air kencing; ~ serani air permandian (baptis) orang Kristian; ~ setaman air yg dibubuhi bunga-bungaan (utk menujuh bulan dll); ~ suci Id (Katolik) air yg sudah disucikan (diberi berkat); ~ suling air yg (sudah) disuling (dijadikan wap dan disejukkan kembali); ~ surut air turun (lwn air pasang), paras air laut yg turun; ~ susu air yg keluar dr susu (tetek) manusia dan haiwan; ~ talkin air yg disiram ke atas kubur (orang yg baru sahaja dikebumikan) sebaik sahaja talkin selesai dibacakan; ~ tanah air yg terbit dr tanah; ~ tawar air biasa (bukan air masin dll); ~ tepung tawar air yg telah dimanterai (utk ubat dll); ~ terjun air yg jatuh ke bawah (di lereng gunung dll), air lata; ~ tetuban = ~ tuban air yg keluar mendahului bayi lahir; ~ timah lapis timah; ~ timpas air surut yg serendah-rendahnya; ~ tolak bala air utk menjauhkan penyakit dll; ~ tulen air yg bebas drpd bahan terlarut atau terampai; ~ wangi air yg berbau harum; ~ wuduk air sembahyang; ~ Yasin air yg sudah dibacakan surah Yasin; ~ zamzam air dr telaga zamzam di Mekah; berhabis ~ Id terlalu lama bermesyuarat atau bercakap-cakap; telah jadi ~ habis (wang, modal, dll); ~ beriak tanda tak dalam prb orang yg sombong (besar cakapnya tetapi tidak berisi atau kurang ilmunya); ~ besar batu bersibak prb perselisihan yg besar akan mencerai-beraikan orang yg bersahabat atau bersaudara; ~ cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan juga = ~ di tulang bumbungan turunnya ke cucuran atap prb anak itu menurut sifat dan teladan orang tuanya (sesuatu itu menurut asalnya); ~ dalam berenang (berkumbah), ~ dengkat bercebok prb perbelanjaan itu harus dipadankan mengikut banyak sedikitnya pendapatan; ~ dicincang tiada putus = ~ ditetak tiada akan putus prb kerana perbalahan orang yg sekaum atau bersaudara tiada akan cerai-berai; ~ diminum rasa duri, nasi dimakan rasa sekam = ~ diminum sembiluan prb dikatakan bkn orang yg dlm kesusahan (dukacita) sehingga tidak sedap makan dan minum; ~ mata jatuh ke perut prb berdukacita dgn tiada ketara; ~ mudik sungai semua teluk diranai prb orang yg boros tiada memilih barang, mana yg melintas dibelinya; ~ pun ada pasang surut prb untung malang tiada tetap, selalu berganti-ganti; ~ sama ~, sampah ke tepi jua prb jika kita mencampuri pergaduhan orang yg bersanak saudara, apabila mereka berbaik balik, kita juga yg tersisih dr mereka; ~ setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan prb membesar-besarkan perkara yg kecil; ~ tenang jangan disangka tiada buaya prb orang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut; ~ tenang menghanyutkan prb orang yg pendiam dapat melakukan pekerjaan yg payah-payah; ~ yg dingin juga yg dapat memadami api prb kata yg lemah lembut juga yg dapat mendinginkan hati orang yg sedang marah (dapat menghilangkan dendam); ada ~ adalah ikan prb barang di mana kita tinggal ada juga rezeki (setiap negeri ada adat resamnya sendiri); adakah dr telaga yg jernih mengalir ~ yg keruh prb adakah di mulut orang baik-baik keluar perkataan yg keji; bagai ~ di daun keladi prb a) tiada lekat pengajaran; b) tiada tetap hatinya (pendiriannya); bagai ~ titik ke batu prb amat sukar hendak memasukkan pengajaran yg baik kpd orang jahat dan degil; bagai membendarkan ~ ke bukit prb pekerjaan yg sia-sia; bagai menampung ~ dgn limas pesuk prb pengajaran yg lekas sekali dilupakan (orang yg dipercayai menyimpan wang tetapi memboroskan wang itu); bagai minum ~ bercacing prb hal orang yg enggan disuruh mengerjakan sesuatu pekerjaan; bakarlah ~ ambil abunya prb benda yg mustahil boleh diperoleh; bermain ~ basah, bermain api letup prb setiap pekerjaan ada akibatnya; buang ~ keruh, ambil ~ jernih prb memulai penghidupan baru; bukan ~ muara yg ditimba, sudah disauk dr hulunya prb bukan khabar angin, tetapi didapati dr pangkalnya (sumbernya) yg benar; dimandikan dgn ~ segeluk prb diberi pertolongan yg tiada bererti; menepuk ~ di dulang prb menceritakan aib sendiri atau aib kaum keluarga; mengadu ~ dgn garam | Kamus Dewan Edisi Keempat |