| barang | 1. benda: apabila ada ~ dibelikan suami janganlah ~ itu tertanggal dr badan lagi; 2. (segala) sesuatu, apa sahaja: Serang Sakar pembengis dan kasar ~ cakapnya; 3. lebih kurang, kira-kira: ada ~ tiga musim antaranya maka datanglah kapal itu; 4. agar, mudah-mudahan: ia meminta doa kpd Tuhan ~ dianugerah-Nya akan mereka tempat yg kebajikan; 5. baik, walau: ~ ke mana pergi dibawanya anaknya; 6. semestinya, sepatutnya, sewajarnya: itu sudah ~ tentu; ~-~ antara (Eko) barang-barang yg digunakan utk membawa barang-barang lain; ~ apa segala sesuatu, apa sahaja; ~ bahan Id barang yg akan dibuat sesuatu; ~ baki (Eko) barang-barang sebuah syarikat dll yg disenaraikan serta nilainya, inventori; ~ besi (logam,tanah, dll) barang yg dibuat drpd besi (logam, tanah, dll); ~ bila (kala) sesuatu waktu, bilabila saja; ~ cetak(an) barang-barang yg dicetak (spt buku, majalah, dll); ~ dagangan barang-barang yg akan dijual; ~ ekonomi barang-barang yg terbatas banyaknya dan boleh dijualbelikan; ~ gelap barang yg tidak sah (barang curian, barang seludupan); ~ kemas (perhiasan, persolekan) barang yg dipakai utk kecantikan; ~ kes (Udg) objek, dokumen dsb yg dikemukakan dlm mahkamah sbg bukti utk sesuatu kes perbicaraan; ~ mewah barang-barang yg dipakai utk kemegahan (kecantikan); ~ modal (Eko) barang-barang yg dipakai utk menghasilkan barang lain; ~ orang sebarang orang; ~ pakaian segala macam pakaian; ~ pecah belah (pecahan) ark barang tembikar; ~ pembantu (Eko) barang-barang yg menambah pendapatan; ~ penanding (Eko) barang-barang yg menandingi atau boleh jadi pengganti kpd barang lain; ~ penggenap (Eko) barang-barang yg menambah penggunaan barang lain kalau ditambah penggunaannya; ~ pusaka barang peninggalan orang tua dll; ~ runcit barang yg dijual sedikit-sedikit; ~ seni hasil kesenian; ~ sesuatu segala sesuatu, segala apa; ~ siap barang yg sudah diproses utk jualan; ~ siapa sesiapa saja; ~ tetap harta benda yg tidak dapat dipindah-pindahkan (rumah, tanah, dll); ada wang ada ~ kalau sanggup membayar tentu mendapat barang yg lebih baik;barang-barang 1. barang; 2. = sebarang; sebarang biasa saja, tidak istimewa, asal sahaja; bukan ~ a) bukan yg biasa sahaja; b) bukan sedikit, luar biasa (sangat banyak sekali dll); c) bukan apa-apa;barangan (Eko) benda atau perkhidmatan yg dijualbelikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mempertunjukkan | 1. memberi lihat (kpd), memperlihatkan (wayang, sandiwara, dll): masing-masing bangsa ~ kebudayaan nasionalnya; 2. memperlihatkan (barang-barang dll), mempamerkan: tiap-tiap bangsal telah dihiasi dgn indah, iaitu menurut jenis barang-barang yg akan dipertunjukkan; 3. memberikan bukti, membuktikan: aduhai saudara, pertetapkan iman dan berserah kpd Allah, tiap-tiap yg benar itu akan dipertunjukkan kebenarannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tanda | 3 sesuatu yg menunjukkan kebenaran sesuatu yg lain; bukti; dalil: Tidak ada ~ yg menunjukkan bahawa dia telah mencuri barang-barang itu. | Kamus Pelajar |
| barang kes | barang (spt senjata, dompet), dokumen dsb yg dikemukakan dlm mahkamah sbg bukti utk sesuatu kes perbicaraan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| tanda | 1 = ~ baca lambang atau simbol dlm tulisan spt koma, noktah yg mempunyai erti tertentu; 2 sesuatu yg menunjukkan akan berlakunya sesuatu; alamat: Burung berkicau ~ hari akan siang. 3 sesuatu yg menunjukkan kebenaran sesuatu yg lain; bukti; dalil: Tidak ada ~ yg menunjukkan bahawa dia telah mencuri barang-barang itu. ~ aras ist piawai yg digunakan utk membandingkan prestasi dsb sesebuah organisasi dgn prestasi dsb organisasi pesaing, dgn tujuan utk memperbaik prestasi organisasi tsb. ~ bahagi tanda (÷) yg menunjukkan bahawa sesuatu angka mesti dibahagikan. ~ campur tanda (+) utk menjumlahkan angka (spt 5+13; 4+8). ~ darab (kali) tanda (x) yg menunjukkan berapa kali sesuatu angka mesti didarabkan. ~ koma tanda (,) utk menunjukkan tempat berhenti sebentar dlm bacaan, utk memisahkan butiran dlm senarai dll. ~ kurung tanda ( ) utk menunjukkan unsur pilihan bagi pembaca, utk menunjukkan keterangan atau penjelasan ttg sesuatu, dsb. ~ lahir tompok yg biasanya berwarna merah atau coklat, pd kulit seseorang sejak lahir. ~ mata hadiah utk kenang-kenangan. ~ panah tanda (®) yg menunjukkan hala, arah dll. ~ pangkat tanda yg menunjukkan pangkat seseorang dlm pasukan tentera dll. ~ seru (seruan) tanda (!) utk tujuan melahirkan rasa sakit, hairan, marah dsb. ~ tanya a. = ~ soal tanda (?) dlm tulisan utk menyatakan soalan. b. hal yg belum terang atau belum jelas lagi. ~ tilde tanda (~) yg kebanyakannya digunakan dlm kamus utk menggantikan kata masukan yg terdapat dlm contoh penggunaan, gabungan kata dll. bertanda ada tandanya; memakai tanda: Kicap buatannya ~ kuda terbang. menandai 1 membubuh tanda pd sesuatu supaya dpt dikenali atau dpt dicamkan: Dia ~ pintu itu dgn tanda pangkah. 2 mencatat supaya diketahui: Tepat pd pukul lapan, beliau mula ~ buku kedatangan. menandakan 1 menyatakan atau menunjukkan sesuatu; menjelaskan: Mukanya masam ~ bahawa dia tidak bersetuju dgn pendapat kami. 2 menjadi alamat atau tanda bahawa: Lima minit kemudian, kapal terbang itu pergi dan semboyan udara berbunyi lagi utk ~ bahawa keadaan sudah selamat. penandaan perihal (perbuatan dsb) menandai atau menandakan. petanda tanda atau alamat yg menunjukkan akan berlakunya sesuatu dll. penanda sesuatu yg digunakan sbg tanda; apa-apa yg menjadi tanda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| bahan | 1. serpihan kayu (ketika ditarah), tatal kayu; besar kayu besar ~nya prb banyak pendapatan, banyak pula perbelanjaan; 2. sesuatu atau beberapa benda (barang dsb) yg digunakan utk menghasilkan sesuatu atau utk sesuatu tujuan: emak sedang membeli ~ pembuat kuih; ~ rujukan terbitan yg dijadikan rujukan (utk pembelajaran, pengkajian, dll); 3. hal-hal yg akan dibincangkan (diajarkan, disampaikan dlm ucapan, dll): ia sedang mencari ~-~ utk bercakap dgn lawannya; 4. barang-barang yg akan menjadi bukti (keterangan, alasan, dll); 5. benda (alat): Maimun belajar menggunakan ~-~ perhiasan; ~ aktif permukaan (Kim) sj bahan dlm serbuk pencuci yg menyebabkan pembentukan buih; ~ api bahan (spt kayu, arang batu, minyak, dsb) yg digunakan utk menghasilkan haba atau tenaga; ~ api fosil bahan api drpd sumber semula jadi (spt arang batu, minyak, dan gas asli) yg terhasil drpd penguraian sisa-sisa haiwan dan tumbuhan berjuta-juta tahun dahulu; ~ asli bahan-bahan yg terdapat dlm alam semula jadi (spt bahan galian, air, dll); ~ bakar benda yg dipakai utk membakar (dlm enjin dll); ~ baku Id benda yg terutama dipakai dlm industri; ~ galian benda yg diambil dr dlm tanah; ~ kasar benda yg masih kotor (belum dibersihkan); ~ makanan barang-barang utk makanan; ~ mengakar benda tempat tumbuhan dapat berakar; ~ mentah barang-barang (spt hasil tanaman, galian, dsb) yg digunakan dlm perusahaan dsb utk menghasilkan barang lain; ~ pakaian kain utk dibuat pakaian; ~ peledak (peletus) benda-benda yg dapat diledakkan (mesiu dll); ~ penyubur benda yg boleh menyuburkan tumbuhan; ~ perantara (Kim) sebatian organik yg terbentuk di antara bahan mula dgn hasil akhir dlm tindak balas sintesis kimia; ~ petrokimia sebatian organik yg diperoleh drpd petroleum atau gas asli; ~ rumah barangbarang pembuat rumah; ~ sel penapis (Bio) benda-benda yg membentuk sel penapis; ~ tambah (Kim) sesuatu bahan yg dicampurkan ke dlm bahan utama, lazimnya dlm kepekatan yg rendah utk tujuan tertentu; ~ uji (Kim) bahan yg digunakan dlm analisis kimia utk menghasilkan tindak balas dlm makmal, reagen; membahan 1. menarah, membelah, merimbas (kayu); 2. menghentam, memukul: ia hendak ~ adiknya;perbahanan kumpulan berbagai-bagai bahan atau data utk kajian (penyelidikan dsb): penyelidik itu sedang mengumpulkan ~ utk kajiannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| barang kes | (Udg) objek, dokumen dsb yg dikemukakan dlm mahkamah sbg bukti utk sesuatu kes perbicaraan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| barang | 1 segala macam perkakas rumah dan perhiasan: ~-~nya dijaga dgn baik. 2 benda secara umum atau sesuatu yg wujud: Saya hendak ke kedai membeli ~ makanan. kereta ~ kereta utk membawa bermacam-macam benda. 3 lebih kurang; kira-kira: Tolong belikan saya buah kundang ~ sekati. 4 apa-apa saja: ~ katanya, tidak dpt dibantah lagi. ~ gelap barang yg dibawa masuk atau keluar secara tidak sah (spt diseludup). ~ kemas barang pakaian wanita yg berharga yg dibuat drpd emas dsb (spt cincin, rantai leher). ~ keperluan barang yg diperlukan dlm kehidupan. ~ kes barang (spt senjata, dompet), dokumen dsb yg dikemukakan dlm mahkamah sbg bukti utk sesuatu kes perbicaraan. ~ mewah barang yg mahal dan indah yg dpt memberi kepuasan tetapi bukan barang keperluan. ~ niaga barang yg diperniagakan. barangan ist benda atau perkhidmatan yg diperjualbelikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| mengusut | mencari keterangan (bukti dll), memeriksa (supaya ketahuan segala-galanya), menyelidiki: barang siapa dicurigai, segera ditangkap dan dimasukkan ke dlm penjara dgn tidak diusut dan diperiksa lebih dahulu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tanda I | 1. lambang atau simbol yg digunakan dlm tulisan yg mempunyai erti tertentu: kesilapan yg selalu dilakukan oleh kanak-kanak ialah meninggalkan ~ koma, noktah, seruan; 2. lambang dll yg digunakan utk mengenali (mengetahui, mengecam, dll) sesuatu; ~ pangkat tanda yg menunjukkan tingkatan dlm tentera dll; papan ~ papan nama sesuatu tempat (kawasan, syarikat, dsb); 3. perbuatan (suara dll) sbg isyarat, isyarat: ia mendehem sedikit akan jadi ~ bagi orang yg ada di atas rumah, bahawa ia telah datang; 4. alamat (akan berlakunya sesuatu dll): jika ada laki-laki yg dapat mengembalikan kepercayaanku yg telah rosak ini, maka itu ~nya aku akan mati; 5. barang apa yg menjadi keterangan sesuatu perbuatan, bukti: tidak ada ~-~ yg boleh dipegang yg menunjukkan ia mempunyai perhubungan dgn Kamal; 6. hal yg menunjukkan sesuatu (penyakit dll), gejala: ada tiga ~ utk mengenali penyakit baka sawan ini; ~ angka ganda (Mat) angka yg menunjukkan beberapa kali sesuatu angka digandakan; ~ baca = ~ bacaan tanda-tanda dlm tulisan (vokal pd huruf Jawi, noktah, koma, koma bertitik, dll); ~ bahagi tanda (÷) yg menun-jukkan bahawa sesuatu angka harus dibahagi; ~ bahaya tanda yg menunjukkan bahawa ada bahaya; ~ bertunang cincin dll yg menunjuk-kan seseorang itu telah bertunang; ~ beti bukti yg menunjukkan sesuatu kejahatan; ~ bukti penyataan telah berbukti; ~ cema bukti-bukti utk menuduh (mengadukan pd hakim); ~ cerai Id sempang utk memisahkan suku kata (huruf dll); ~ gambar Id lambang utk sesuatu parti atau calon dlm pilihan raya; ~ hayat = ~ hidup = ~ kenangan = ~ mata barang pem-berian utk peringatan; ~ hormat isyarat utk menghormati seseorang; ~ koma (,); ~ kali (darab) (×); ~ kurung ( ); ~ kurung dakap { }; ~ kurung siku [ ]; ~ kutip = ~ petik Id tanda pembuka kata (dlm tulisan “...”); ~ lahir tompok yg biasanya berwarna merah atau coklat pd kulit seseorang sejak lahir; ~ mati tanda º pd tulisan Arab yg menunjukkan bahawa sesuatu huruf itu mati; ~ niaga simbol (logo) atau perkataan yg telah didaftar mengikut undang-undang sbg tanda kepunyaan (hak) sesuatu kilang pembuatan (orang perseorangan dsb); ~ panah tanda penunjuk (®); ~ pangkat tanda yg menunjukkan pangkat (dlm tentera dll); ~ penghubung sempang utk menghubungkan suku kata (kata); ~ peringatan barang yg dipakai sbg peringatan; ~ perpuluhan tanda desimal; ~ pundak tanda pangkat pd bahu; ~ selar cap besi bakar (pd kulit); ~ serah wang perbelanjaan perkara menurut adat; ~ seru = ~ seruan (!); ~ tambah Id = ~ campur (+); ~ soal (?); ~ sudut (<); ~ tanya Id a) tanda soal; b) hal yg belum terang lagi (yg masih memerlukan penjelasan); ~ terima (penerimaan) surat tanda telah menerima wang dll, resit; ~ tinggi tanda yg menyatakan tinggi tempat (dr aras laut) dlm peta; bertanda 1. ada tandanya, bercap dgn (tanda nama dll): penutupnya ada ~ rusa, kotaknya dicetak dgn perkataan yg berbentuk lekuk dan warna-warni; 2. sudah bertunang; bertanda-tandaan bertukar cincin tanda (sbg bukti sudah bertunangan); menandai 1. membubuh tanda pd sesuatu (supaya dapat dikenali), memberi bertanda, menunjukkan (dgn tanda dll), membubuh cap, dll: mana-mana yg amat penting isinya, lalu dinyatakannya atau ditandai, supaya segera diperlihatkan kpd tuannya; 2. membubuh tandatangan, menandatangani (surat dll); 3. mengetahui atau mengenali sesuatu (dgn melihat tanda-tandanya), mengecam: hal ini boleh ditandai dgn rasa mual, sakit pinggang, sesak nafas, kaki membengkok, dsb; 4. memerhati (melihat) dgn teliti, mengamat-amati: marilah engkau kutandai supaya engkau kukenal; 5. mencatat supaya diketahui: pukul lapan pagi, cikgu mulai ~ kedatangan kanak-kanak; menandakan 1. menyatakan atau menunjukkan (bahawa), menjelaskan: kerusi-kerusi rotan telah kelihatan buruk ~ tidak berapa dijaga; 2. menjadi tanda (isyarat), memberi alamat bahawa: ia berdiam diri itu ~ bahawa ia sangat marah; 3. memberitahukan dgn menggunakan tanda (isyarat), membubuh tanda supaya diketahui (dimaklumi dll): panduan jalan raya ditandakan dgn papan-papan tanda; 4. membuktikan dgn: tidak ada buktinya ~ ia berdosa; tertanda 1. dibubuh tanda; 2. ditandatangani; pertandaan alamat, gelagat, isyarat; penandaan perihal menandai: titik digunakan utk menggantikan koma dlm ~ perpuluhan di Indonesia; petanda, pertanda 1. tanda, alamat: pertumbuhan badan-badan kesatuan sekerja merupakan ~ baik bagi membela nasib pekerja-pekerja; 2. (Palembang) ark pemberian ketika bertunang; penanda apa yg digunakan sbg tanda, sesuatu yg menandakan: lepaskan pula air dr dlm buret itu hingga sampai pd paras kertas ~ tabung uji kosong ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |