Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata basikal nya


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kokakbp buruk, lama, tidak berguna (dipakai) lagi: basikal ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
sorongan1. dorongan, tolakan: di satu se­lekoh, ia terpaksa melambatkan ~ basikal­nya; 2. yg disorong (disorongkan); 3. pem­berian, hadiah: pengemis itu menyambut ~ itu dgn penuh syukur.Kamus Dewan Edisi Keempat
sorong1. = sorongan gerakan (bergeser) ke hadapan; kotak ~ (sorong-sorong, sorongan) laci meja; 2. tolak (ke hadapan), dorong: maka disuruh baginda ~, tiada tersorong; ~ dayung menolak air dgn dayung, melais; air ~ buih air pasang turun; angin ~ buritan angin yg bertiup dr belakang perahu; kereta ~ kereta yg beroda dan ditolak dr belakang; 3. rasuah, sogok; kena ~ menerima rasuah; tahan jerat ~ kepala prb hendak mencelakakan orang, tetapi diri sendiri yg mendapat celaka; menyorong, menyorongkan 1. menolak (menolakkan) ke hadapan, mendorong: ter­dengar kerusi disorong tarik; maka disuruh baginda ~, tiada tersorong; ~ dayung me­nolak air dgn dayung, melais; 2. memberikan, mengunjukkan, menghulurkan: Wan Derus mengajak gurunya duduk sambil ~ tepak sirih; ~ tangan menghulurkan; 3. memberi rasuah, menyogok: segala saudagar itu ~, ada yg seratus, ada yg dua ratus; 4. meng­ajak, mempelawa, menganjurkan: ~ damai; 5. memberikan dgn paksa, memaksa-maksa­kan, menyodorkan; 6. bk menyetubuhi; 7. mulai (pasang atau surut): air telah mulai ~ pasang; tersorong 1. dapat disorong, terdorong, ter­tolak: maka disuruh baginda sorong, empat lima puluh orang tiada ~; 2. Mn terlanjur atau terlepas (kata dll); bajak sudah ~ ke bencah prb sudah tidak dapat ditarik kembali; tersorong-sorong tersua-sua, terdorong­-dorong, tersodor-sodor (diri dll); hidung tak mancung pipi ~ prb a) suka ikut campur dlm urusan orang lain; b) suka menonjol-nonjol­kan diri; sorongan 1. dorongan, tolakan: di satu se­lekoh, ia terpaksa melambatkan ~ basikal­nya; 2. yg disorong (disorongkan); 3. pem­berian, hadiah: pengemis itu menyambut ~ itu dgn penuh syukur.Kamus Dewan Edisi Keempat
dayung1 kayu yg berdaun di hujung batangnya utk menggerakkan perahu (sampan dll): pengayuh: Perahu ini tidak dpt digunakan kerana tidak ada ~nya. 2 sirip pd dada ikan. 3 pengayuh basikal. berdayung 1 berperahu dgn menggunakan dayung; berkayuh: Mereka ~ menyeberangi sungai yg dalam itu. 2 merengkuh dayung utk menggerakkan sampan dll; berkayuh: Sesiapa yg cepat ~, dialah yg sampai dahulu. 3 naik basikal dgn memutarkan pengayuhnya. 4 memutarkan pengayuh utk menggerakkan basikal. mendayung 1 menggerakkan perahu (sampan dll) dgn dayung; mengayuh: Pemuda itu ~ perahunya ke seberang. 2 menggerakkan basikal dgn memutarkan pengayuhnya; mengayuh. mendayungkan mendayung utk: Tolong dayungkan saya ke seberang. pendayung 1 orang yg berdayung atau mendayung; anak dayung. 2 alat utk mendayung; pengayuh; dayung.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tunggang II; kuda ~ kuda kenderaan; menunggang, menunggangi 1. menaiki dan duduk mengangkang di atas sesuatu (basikal, kuda, dll), mengenderai: kemudian dia ~ basikal lima batu menurun bukit; berderet-deret unta ditunggangi oleh orang-orang yg memakai pakaian yg luar biasa; 2. ki mempergunakan sesuatu (orang dll) utk mencapai maksud sendiri: janganlah mem­biar­kan diri kita ditunggangi oleh perasaan dendam-mendendam yg tidak berkeputus­an; tunggangan sesuatu yg ditunggangi: kuda ~; penunggangan perihal atau perbuatan me-nunggang (motosikal, kuda, basikal dsb): motosikal empat lejang dgn tempat duduk-nya yg rendah memang sesuai utk ~ yg selesa dan stabil; penunggang orang yg menunggang atau menunggangi sesuatu: askar ~ gajah.Kamus Dewan Edisi Keempat
dayung1. kayu yg berdaun di hujung batangnya utk menggerakkan perahu (sampan dll): pengayuh: Perahu ini tidak dpt digunakan kerana tidak ada ~nya. 2. sirip pd dada ikan. 3. pengayuh basikal. berdayung 1. berperahu dgn menggunakan dayung; berkayuh: Mereka ~ menyeberangi sungai yg dalam itu. 2. merengkuh dayung utk menggerakkan sampan dll; berkayuh: Sesiapa yg cepat ~, dialah yg sampai dahulu. 3. naik basikal dgn memutarkan pengayuhnya. 4. memutarkan pengayuh utk menggerakkan basikal. mendayung 1. menggerakkan perahu (sampan dll) dgn dayung; mengayuh: Pemuda itu ~ perahunya ke seberang. 2. menggerakkan basikal dgn memutarkan pengayuhnya; mengayuh. mendayungkan mendayung utk: Tolong dayungkan saya ke seberang. pendayung 1. orang yg berdayung atau mendayung; anak dayung. 2. alat utk mendayung; pengayuh; dayung.Kamus Pelajar
dayung1. sj alat yg berdaun pd hujung batang­nya utk menggerakkan perahu (sampan dsb), pengayuh; anak ~ orang yg mengayuh (perahu); batang ~ tangkai dayung (bahagian dayung selain daunnya); daun ~ bahagian (papan) yg pipih pd hujung dayung; 2. ridip pd dada ikan; 3. Id pengayuh pd basikal (utk menggerakkannya); ~ batang dayung yg panjang batangnya; ~ burit dayung di bahagian belakang (perahu, sampan, dsb); ~ gebeng dayung yg daunnya sudah dipakukan pd hujung batangnya; ~ haluan dayung di bahagian hadapan (perahu, sampan, dsb); ~ kebas (kibas) dayung yg panjang dan lebar daunnya; ~-mayung ber­bagai-bagai jenis dayung; ~ merpati sekawan dayung yg daunnya berwarna putih; ~ peminggang dayung yg di bahagian per­tengahan perahu (sampan dsb); ~ tudung belanga dayung yg bulat daunnya; sekali merengkuh ~, dua tiga pulau terlampau prb sekali membuat pekerjaan dua tiga maksud tercapai; berdayung 1. berperahu (berkapal, ber­sampan, dll) dgn menggunakan dayung, meng­gerakkan perahu dsb dgn menggunakan dayung, berkayuh: sesudah beberapa lama mati angin, kapal layar itu tidak bergerak dr tempatnya, sehingga anak buahnya terpaksa ~; 2. Id berkayuh basikal; mendayung 1. menggerakkan (perahu dsb) dgn menggunakan dayung, mengayuh (dgn dayung): sukan-sukan yg diadakan ialah lumba lari, ~ sampan, menembak, berenang, dll; 2. Id mengayuh basikal; mendayungkan 1. menggerakkan (perahu, sampan, dll) dgn dayung, mengayuhkan; 2. Id mengayuhkan basikal; pendayung 1. orang yg mendayung, anak dayung; 2. alat utk mendayung, pengayuh, dayung.Kamus Dewan Edisi Keempat
pancit IImenjadi kempis kerana keluar angin­nya akibat tertusuk benda tajam, pecah dsb (bkn tayar kereta, basikal dsb), bocor: tayar kiri keretanya ~; dia lewat sampai ke pejabat kerana tayar motosikalnya ~; memancitkan menyebabkan tayar, belon dsb kempis kerana keluar anginnya akibat tertusuk benda tajam, dibuka injapnya dsb, membocorkan: dia sudah berani ~ tayar kereta gurunya; pemancitan perbuatan memancitkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
telapakan1. tapak kaki, tapak tang­an: dia meletakkan wang itu ke ~ tangan­nya; 2. Id lapisan yg tebal pd tayar basikal (kereta dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
pengayuh1. = kayuh alat utk mengayuh (perahu dsb) yg berdaun satu, dayung; 2. = kayuh alat utk menggerakkan basikal atau beca, rakap, pedal, injak-injak; 3. orang yg mengayuh: dr jauh datang sebuah beca dgn ~nya yg lesu; apa digaduhkan, ~ sama di tangan, perahu sama di air prb a) jika kedua-dua sama hajat­nya, haruslah diperjuangkan terus supaya tentu siapa yg mendapat; b) janganlah gentar melawan orang yg setara dgn kita kerana nasib kita di tangan Allah; engkau belum mencapai ~, aku telah sampai ke seberang prb orang yg bijaksana dapat segera menge­tahui maksudnya atau dalam dangkal penge­tahuannya drpd cakap atau gerak-geri seseorang.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas