| senyampang | 1 jika sekiranya; kalau-kalau: Bawalah payung ~ hujan di jalan. 2 sementara ada; kebetulan; untunglah …: ~ hari sudah redup, marilah kita berangkat sekarang. 3 mentang-mentang; kerana: ~ kita miskin, dia hendak berbuat sesuka hatinya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| ke sana | menghala ke tempat yg jauh (lain): bawalah tong sampah ini ~; ~ ke mari pergi balik, pulang balik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| senyampang | 1 jika sekiranya; kalau-kalau: Bawalah payung ~ hujan di jalan. | Kamus Pelajar |
| sekali | 2 berserta; bersama: Apabila kamu pergi nanti, bawalah barang-barang ini ~. | Kamus Pelajar |
| bermenung, bermenung-menung | berfikir panjang, memikir dalam-dalam, tafakur: belum sempurna fikir kekanda dlm hal itu agaknya, bawalah dahulu ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menung | ; bermenung, bermenung-menung berfikir panjang, memikir dalam-dalam, tafakur: belum sempurna fikir kekanda dlm hal itu agaknya, bawalah dahulu ~; memenungkan memikirkan dalam-dalam: ibu yg kehilangan suaminya masih ~ bagaimana hendak menyara anak-anaknya; termenung, termenung-menung dlm keadaan bermenung: sejenak ia ~ memikirkan sesuatu; menungan, kemenungan tafakur, renungan; permenungan perbuatan bermenung: bila-kah gerangan akan habis ~mu wahai orang muda? pemenung orang yg suka bermenung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sekali | 1 satu kali: Hanya ~ itulah saja saya berjumpa dgn dia. 2 berserta; bersama: Apabila kamu pergi nanti, bawalah barang-barang ini ~. 3 tidak ada kecualinya; seluruhnya; semuanya: Perompak-perompak itu telah dibunuhnya ~. 4 sangat; sungguh; benar: Cantik ~ gadis itu. sekali-kali sedikit pun; sama sekali: Jangan ~ mengambil hak orang lain. sekali-sekali, sesekali, sekali-sekala pd sesuatu waktu; tidak kerap; kadang-kadang: ~ ada juga dia datang ke mari. bersekali bersama-sama (dgn); berserta (dgn). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| usah | 1. mustahak, perlu: tak ~lah bimbang, kami datang hanya menyampaikan perintah menyuruh kakak datang ke balai polis; 2. jangan: ~ menangis, bawalah bertenang; ~ dibimbangkan hal itu; usahkan 1. jangankan: wahai nenek, ~ kami berjumpa, mendengar namanya baru ini-lah; 2. bukannya, jangankan, tidak pula: makin lama ~ makin pandai, makin pula bodoh; 3. daripada, dari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| untung-untungan | jika untung baik dan jika nasib malang binasa, jika untung baik dan jika tidak untung apa boleh buat, terserah (berserah) kpd nasib, nasib-nasiban: ~ mengerjakan pekerjaan yg besar bahayanya; “Kasihanilah kami, bawalah kami ke kampung abang,” Kamal bersuara ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sana I | 1. tempat yg jauh atau yg dianggap jauh: di dlm kolam ~, ramai orang yg sedang mandi; 2. bp dia, orang yg ketiga; pihak ~ pihak lawan (dlm permainan dll); di sana tempat yg jauh (dr orang yg ber-cakap): mereka telah sampai ~ pukul tujuh pagi; ~ sini di merata-rata tempat; ke sana menghala ke tempat yg jauh (lain): bawalah tong sampah ini ~; ~ ke mari pergi balik, pulang balik; kesanakan ark sebelah sana, jauh sedikit; dikesanakan 1. dibawa (dialih, dianjak, dll) ke sana; 2. dikeluarkan (drpd kumpulan, keluarga, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |