Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beli belah


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bernyawa1. mempunyai nyawa, hidup; 2. ki ada aktiviti yg berlangsung, bergerak dgn pelbagai kegiatan (urus niaga dsb) dijalankan, hidup: perut Dataran Merdeka kini ~ semula apabila sebuah kompleks beli-belah wujud di situ.Kamus Dewan Edisi Keempat
audio1. berkaitan dgn bunyi atau pendengaran: drpd satu bahasa perhubungan melalui salur­an pendengaran atau ~, bahasa Melayu telah menjadi satu bahasa pustaka; 2. ber­kaitan dgn bunyi atau penghasilan semula bunyi: selalunya peralatan ~ diletakkan di tengah ruang pameran itu; ia membawa konsep baru pusat beli-belah yg menawarkan pelbagai pilihan produk ~ dan video.Kamus Dewan Edisi Keempat
nyawa1. roh yg menghidupkan manusia (haiwan dll), jiwa, semangat: janganlah berlengah hingga ~ sampai ke halkum; undang-undang itu ialah ~ dan semangat manusia; ~nya sudah melayang ia sudah mati; membuang ~ = menyabung ~ me­nentang bahaya maut; minta ~ minta di­hidupkan; ~-~ ikan hampir-hampir mati; 2. ki yg amat disayangi (dikasihi), buah hati, jantung hati: aduhai adinda, ~ kekanda; ~ bergantung di hujung kuku prb dlm keadaan yg sulit dan berbahaya; satu ~ dua badan prb sehidup semati (bkn dua orang sahabat atau sepasang suami isteri); senyawa sudah menjadi satu, berpadu benar, bersatu benar, bersebati; bersenyawa menjadi satu (dgn), bersebati (dgn): hidrogen dan oksigen kalau di­campurkan ~ menjadi air; mensenyawakan menjadikan senyawa; mempersenyawakan menjadikan ber­se­nyawa, menyebatikan: kalau unsur-unsur ini dipersenyawakan, terdapatlah benda-benda lain; persenyawaan perihal bersenyawa, per­paduan, penyebatian: percantuman antara sel jantan dgn sel telur ini dinamakan ~; ~ sendiri penswasenyawaan; ~ silang per­senyawaan antara dua haiwan atau tumbuhan drpd spesies yg sama; bernyawa 1. mempunyai nyawa, hidup; 2. ki ada aktiviti yg berlangsung, bergerak dgn pelbagai kegiatan (urus niaga dsb) dijalankan, hidup: perut Dataran Merdeka kini ~ semula apabila sebuah kompleks beli-belah wujud di situ.Kamus Dewan Edisi Keempat
beli; = membeli; berjual ~ menjual dan membeli;berbeli (dapat) dibeli, (dapat) dibayar, terbayar: ikan juga tidak pernah ~; ambil sajalah, tak usah ~;berbeli-belian 1. saling membeli; 2. ark berbelanja: ~ di pasar;membeli 1. memperoleh barang dgn membayar (harganya): anak itu disuruhnya ~ kopi di kedai; 2. mencapai (memperoleh) sesuatu dgn usaha yg keras (dgn pengorbanan): ijazah itu saya beli dgn usaha siang dan malam; ~-belah membeli berbagai-bagai jenis barang; alah (kalah) ~ menang memakai prb barang yg baik memang mahal harganya tetapi lama dapat dipakai; gajah lalu dibeli, kosa tidak terbeli prb pekerjaan besar dapat dibuat, tetapi pekerjaan kecil utk menjayakan pekerjaan besar itu tidak terbuat; mahal dibeli, sukar dicari prb benda yg tidak mudah didapat (jarang ada);membelikan 1. membeli utk: ia jarang-jarang ~ isterinya barang perhiasan; 2. menggunakan wang utk membeli sesuatu: wang tiadalah banyak, saya hematkan dr sedikit ke sedikit, itulah yg dibelikan rumah;terbeli 1. mampu (sanggup) membeli, sanggup dibeli; 2. tidak sengaja telah membeli sesuatu: ~ barang tiruan; 3. makan suap, menerima sogokan; belian 1. benda yg sudah dibeli: kita harus dapat menaksir berapa banyak barang dagangan patut dibeli utk bulan depan, supaya ~ tidak berlebihan; budak ~ hamba (yg dibeli); 2. = beli-belian bp membeli-beli, berbelanja; harga ~ bayaran barang pd masa membeli;pembelian 1. perihal (perbuatan) membeli: pembicaraan mereka beralih kpd ~ tanah; ~ dapur gas; 2. benda yg dibeli: tilam itu ~ ibunya;pembeli 1. orang yg membeli: ada ~ datang ke rumahnya utk membeli sayur-sayuran; 2. alat (wang dll) utk membeli: wang itu utk ~ makanan.Kamus Dewan Edisi Keempat
beli; berbeli perlu atau dpt dibeli: Makan dan pakainya tidak pernah ~, semuanya disedekahkan orang. membeli mengambil barang dgn membayar harganya: Ia ke kedai hendak ~ buku. ~-belah membeli beberapa banyak jenis barang keperluan sehari-hari. membelikan membeli sesuatu utk: Ia ~ adiknya sepasang kasut kulit sbg hadiah. belian barang yg dibeli: harga ~ harga yg dibayar ketika membeli. pembelian perbuatan atau hal membeli: Pengusaha asing telah mengurus ~ getah di Malaysia. pembeli 1 orang yg membeli: Sungguhpun banyak ~ yg membayar tunai, tidak kurang pula yg berhutang. 2 sesuatu (spt wang) yg digunakan utk membeli: wang ~ buku.Kamus Pelajar Edisi Kedua
beliberbeli perlu atau dpt dibeli: Makan dan pakainya tidak pernah ~, semuanya disedekahkan orang. membeli mengambil barang dgn membayar harganya: Ia ke kedai hendak ~ buku. ~-belah membeli beberapa banyak jenis barang keperluan sehari-hari. membelikan membeli sesuatu utk: Ia ~ adiknya sepasang kasut kulit sbg hadiah. belian barang yg dibeli: harga ~ harga yg dibayar ketika membeli. pembelian perbuatan atau hal membeli: Pengusaha asing telah mengurus ~ getah di Malaysia. pembeli 1. orang yg membeli: Sungguhpun banyak ~ yg membayar tunai, tidak kurang pula yg berhutang. 2. sesuatu (spt wang dsb) yg digunakan utk membeli: wang ~ buku.Kamus Pelajar
membeli1. memperoleh barang dgn membayar (harganya): anak itu disuruhnya ~ kopi di kedai; 2. mencapai (memperoleh) sesuatu dgn usaha yg keras (dgn pengorbanan): ijazah itu saya beli dgn usaha siang dan malam; ~-belah membeli berbagai-bagai jenis barang; alah (kalah) ~ menang memakai prb barang yg baik memang mahal harganya tetapi lama dapat dipakai; gajah lalu dibeli, kosa tidak terbeli prb pekerjaan besar dapat dibuat, tetapi pekerjaan kecil utk menjayakan pekerjaan besar itu tidak terbuat; mahal dibeli, sukar dicari prb benda yg tidak mudah didapat (jarang ada);Kamus Dewan Edisi Keempat
harga1. nilai sesuatu barang dgn (kiraan) wang: kalau adapun barang itu ~nya mahal; letak ~ bp a) menetapkan harga; b) menetapkan harga (nilai) yg tinggi (apabila mengetahui bahawa sesuatu atau seseorang itu sangat-sangat dikehendaki); tarik ~ bp a) meletakkan harga yg tinggi; b) (bkn pihak yg menyedari bahawa dirinya dikehendaki ramai) meng­ambil kesempatan memilih atau mengenakan syarat-syarat tertentu kpd pihak yg meng­hendakinya; 2. ki kehormatan (diri), maruah: kami tahu ~ diri kami; 3. ki faedah, erti, guna, manfaat, kepentingan: nasihat yg baik sudah tidak ada ~nya lagi; ~ benderol Id a) meterai yg berbentuk pita yg menyatakan harga (rokok dll); b) = ~ pemerintah = ~ E. Z. Id harga yg ditetapkan oleh kerajaan; ~ beli (pembelian) harga pd ketika membeli; ~ borong harga sesuatu barang yg dibeli atau dijual secara borong, biasanya lebih murah drpd harga runcit; ~ bumbung (Eko) harga maksimum sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa, harga siling; ~ damai harga yg masih boleh ditawar (lwn harga tetap atau harga mati); ~ diri maruah, kehormatan diri; ~ gelap harga yg tidak menurut ketetapan kerajaan; ~ gila Id, bp harga yg terlalu murah atau terlalu mahal; ~ jualan (Eko) harga barang di kedai, harga yg ditetapkan oleh penjual; ~ kos (Eko) harga barang yg dijual oleh pengeluar kpd penjual; ~ lantai (Eko) harga paling rendah yg ditentukan (dibenar­kan); ~ mati = ~ pasti = ~ tetap harga yg muktamad; ~ melawan bp, Id harga yg lebih murah drpd harga penjual lain; ~ modal harga pokok; ~ namaan harga yg tertera pd saham (bukan nilai pasarannya atau nilainya yg sebenar); ~ pasar harga barang di kedai, harga jualan; ~ pasaran (Eko) a) harga terbaru yg dipersetujui oleh pembeli dan penjual barang atau perkhidmatan, sebagaimana yg ditentu­kan melalui permintaan dan penawaran; b) harga selepas diskaun yg terdapat pd tarikh tutup perakaunan; c) harga yg terakhir pd masa jual beli saham, yg disenaraikan dlm bursa saham; ~ penutup (Eko) harga terakhir sesuatu saham dsb yg diniagakan sejurus sebelum waktu dagangan harian ditutup; ~ pokok harga yg dibayar oleh penjual pd masa membeli (drpd pengeluar dsb); ~ runcit harga sesuatu barang yg dibeli atau dijual secara runcit; ~ runtuh harga murah yg ditawarkan oleh pusat membeli belah utk melariskan barang jualan dlm musim tertentu (biasanya musim perayaan); ~ senarai (Eko) harga barang sebelum ditolak potongan (dalal dsb); ~ siling (Eko) harga maksimum sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa, harga bumbung; ~ tunai harga jika dibayar tunai; ada rupa ada ~ prb harga sesuatu barang itu mengikut keadaannya atau mutunya; seharga 1. sama harganya (dgn); 2. harga­nya, dgn harga: membeli barang ~ lima ringgit; berharga 1. mempunyai harga, harganya: kereta barunya ~ RM28 000; 2. berfaedah, bermanfaat, tinggi nilainya, penting: pokok jati menghasilkan kayu yg sangat ~; tidak ~ tidak berguna (tidak penting); menghargai 1. memberi (menetapkan) harga, menaksir harga, menilaikan: barang jual­annya dihargainya terlalu tinggi; aku tidak mahu menjual kereta itu kerana orang ~nya terlalu rendah; 2. memberikan peng­hor­matan (pujian, sanjungan, dsb), meng­anggap penting (berfaedah): penerbit belum tahu ~ karya pengarang; khidmat dan sumbangannya tidak dihargai orang; 3. menghormati, memuliakan, mengendahkan: dia tidak ~ orang tuanya; menghargakan 1. menawarkan barang yg hendak dijual (dgn menyatakan harganya): membeli barang tidak ditawarnya lagi, seberapa dihargakan orang dibelinya; 2. menghargai; terharga, terhargakan, terhargai; tidak ~ tidak ternilai; penghargaan perihal atau perbuatan meng­hargai, penghormatan, penyanjungan; ha­diah ~ hadiah penghormatan (terhadap sesuatu sumbangan dll).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas