| tetap I | 1. selalu berada di tempatnya, tidak berpindah-pindah, tidak bergerak, tidak berganjak: di dlm kursus sains ini kelak kita akan menemui benda-benda hidup yg tinggal ~ tidak bergerak beberapa lama; 2. tidak utk sementara: jawatan ini adalah ~ dan berpencen; 3. tidak putus-putus, terus-menerus, selalu: dunia masih ~ berharap bahawa segala kejayaan Rusia di angkasa lepas itu hendaknya benar-benar dilakukan utk tujuan-tujuan damai; 4. tidak berkesudahan, kekal selama-lamanya, lestari, abadi: kita di dunia ini tidak akan ~, mati juga akhirnya; 5. tidak berubah-ubah (keadaannya dll), selalu demikian halnya dll, sama (keadaannya): harga getah dan timah bergantung pd pasaran dunia dan oleh sebab itu tidak ~; 6. sudah pasti, tentu, mesti: gedung itu ~ akan dirasmikan pd hari itu; 7. teguh berpegang pd (pendirian, kepercayaan, keyakinannya, dll): dia ~ tidak mahu berdamai; 8. tidak berubah lagi (niat, keputusan, dll): niatnya utk menunaikan fardu haji sudah ~; ~ hati teguh hati, tabah hati; menetap tinggal dgn tetap (di), bermukim (di), duduk (di): ~lah mereka di sana utk membuka tanah, meneroka hutan utk dijadikan kampung; menetapi 1. menepati atau memenuhi (janji dll), menunaikan (niat, kaul, dll): dlm janji digaduhkan sampai janji ditetapi; 2. memenuhi (kewajiban, tanggungjawab, dll), menjalankan (perintah), mematuhi; menetapkan 1. membuat supaya tetap (tidak goyah dll), menjadikan tetap (kekal, lestari, dll), mengekalkan: mereka hendak ~ apa yg telah ada; 2. menjadikan tetap (tidak utk sementara), melantik (menerima) sbg pegawai tetap: setelah berkhidmat selama satu tahun, Hamidah telah ditetapkan dlm jawatannya; 3. memberi kepastian (ketentuan), memastikan, menentukan: harinya mestilah ditetapkan utk membicarakan kes itu; 4. membuat keputusan, memutuskan: kami ~ hendak memberi bantuan kpd dua orang murid sahaja; 5. menjadikan tetap (tidak berubah-ubah keadaannya dsb): ~ harga; 6. memilih (melantik, mengangkat) jadi: mesyuarat telah ~ dia jadi wakil rombongan tersebut; 7. meneguhkan (hati, janji, dll): oleh itu ia telah ~ hatinya sedia hendak menghadapi untung nasib; 8. memperkuat, memperkukuh: fakir itu tinggal di negeri Samudera ~ akan agama Islam isi negeri itu; mempertetap, mempertetapkan menjadikan lebih tetap: ampun tuanku beribu-ribu ampun pertetapkan juga hati tuanku; ketetapan 1. perihal tetap, kepastian, ketentuan: apa yg sedang berlaku dlm masyarakat kita bukanlah drpd ajaran Islam, malah jauh menyimpang drpd ~ hukum-hukum Islam; 2. keputusan, ketentuan, pertimbangan: Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu akan mengambil satu ~ menyeru supaya semua pihak tidak berkeras dlm krisis Timur Tengah; 3. surat pengangkatan (perlantikan); 4. keteguhan (hati, kemahuan, dll), kekukuhan, kecekalan: kemahuan dan ~ hati akan mencapai suatu cita-cita yg mulia; ~ pajak Id taksiran pajak (cukai dll); penetapan 1. perihal menetapkan, pemastian, penentuan: ~ bahasa Melayu sbg Bahasa Kebangsaan; 2. perihal menetapkan (harga, keadaan, dsb); 3. pelantikan (jawatan dll), pengangkatan; 4. pelaksanaan (kewajiban dll), penunaian (janji dll); 5. keputusan (pendapat dll); penetap sesuatu yg digunakan utk menetapkan (menyelaraskan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| alam I | 1. dunia, bumi: namanya termasyhur di seluruh ~; bencana ~ bencana yg berlaku di muka bumi (spt banjir, gempa, dll); 2. segala yg ada di langit dan di bumi (bumi, bintang-bintang, tenaga-tenaga yg ada, dll): Tuhan menjadikan ~ ini dlm masa enam hari; ilmu ~ a) pengetahuan mengenai keadaan alam dan benda-benda hidup (spt keadaan bumi, iklim, penduduk dan perusahaannya, dll), geografi; b) Id fizik; 3. lingkungan yg meliputi golongan atau kumpulan orang atau hidupan lain yg tertentu atau sejenis: ~ remaja; ~ kanak-kanak; ~ Minangkabau; ~ haiwan; 4. bidang atau lingkungan kegiatan (minat dll): ~ persuratan Melayu; ~ pembacaan kanak-kanak; ~ persuratkhabaran; 5. Id segala daya (kekuatan dsb) yg seakan-akan mengatur isi dunia: di negeri itu agaknya berlaku hukum ~, siapa yg kuat dialah yg berkuasa; ~ arwah tempat roh-roh; ~ baqa dunia yg kekal, akhirat;~ barzakh alam yg tidak kelihatan (tempat orang mati hingga hari kiamat); ~ fana dunia yg tidak kekal; ~ fikiran bidang atau lingkungan fikiran (cara berfikir); ~ nabatah = ~ tumbuh-tumbuhan segala macam tumbuh-tumbuhan; ~ samar alam barzakh; ~ semesta seluruh alam; lah sesak ~ tempat diam, tak berbumi tempat tegak prb berasa sangat malu sehingga tidak dapat me-nyembunyikan dirinya lagi; sealam mempunyai alam yg sama: Malaysia ~ dgn Indonesia; kealaman perihal alam, sifat atau keadaan alam: pengaruh manusia terhadap ~ negeri itu besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kecurian | 1. kehilangan harta benda dll kerana kena curi, kemalingan: ~lah baginda tujuh biji peti yg berisi emas; 2. menanggung atau menderita sesuatu kerana lalai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| senda II | sl saya (kep sahayanda), hamba: ~lah bercakap mengamuk di dlm kampung Benda-hara Paduka Raja; sanda I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hambur I | ; berhamburan 1 keluar bertabur-tabur ke sana ke sini: Beras ~ dr guni yg bocor. 2 bersepah-sepah; berselerak; berserak-serak: Dia memungut kertas yg ~ di lantai. 3 ki keluar bertitik-titik (bkn air mata); bercucuran; berderai-derai: ~lah air matanya apabila mendengar berita yg menyedihkan itu. menghamburi membuang-buang atau menaburkan sesuatu (bunga dll) pd; menaburi: Kedua-dua mempelai itu dihamburi bunga rampai. menghamburkan 1 membuang sesuatu (bunga dll) merata-rata; menyebarkan; menaburkan: Orang ramai telah ~ bunga ke kereta rombongan baginda. 2 mengeluarkan banyak-banyak; mencurahkan: Dia ~ air mata kerana sedih mengenangkan anaknya yg telah tiada. Semasa berlaku ledakan gubung berapi, magma dihamburkan ke atas bersama benda-benda lain. terhambur tertabur; tersebar; terselerak. hamburan sesuatu yg dihamburkan atau yg terhambur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| menangkup | tutup-menutup atau bertaup dgn rapat (bkn dua benda dll), mengatup: mulutnya ~; 2. menelungkup, meniarap, tengkurap: maka ~lah dia mencium tanah kubur itu berulang-ulang; 3. menutupi (dgn sesuatu yg jeluk dll), menyungkup, menudungi: dgn kedua-dua belah tangan ia ~ mukanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| celah | 1 bahagian yg terluang (renggang) di antara dua benda; sela: ~ jari. 2 masa yg terluang (antara dua waktu): Tidak ada ~ hendak pergi ke rumahmu. mencelah 1 masuk di celah-celah; berada di celah: Buah langsat kuning ~. 2 memotong percakapan orang; menyampuk: Belum sempat saya menghabiskan percakapan saya, pemuda itu terus ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| menimbang | 1. menentukan (mengukur) berat sesuatu benda (dgn menggunakan dacing dll): pekedai itu ~ gula sebanyak yg dikehendaki pembelinya; 2. memikirkan (merenungkan) dgn teliti akan baik buruk sesuatu: janganlah awak susahkan perkara saya itu, saya boleh ~nya sendiri; ~ perkara meneliti (mengadili) perkara; 3. mengingat (akan), mengenang (akan), mengacuhkan, mengendahkan: ~ keadaan yg genting ini, tindakan harus diambil dgn tegas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| himpun | (Komp) 1. proses mengumpulkan data, subrutin, dll yg diperlukan oleh atur cara utk pemprosesan; 2. proses menterjemah kod bahasa berlambang kpd kod mesin yg setara; berhimpun berkumpul: dgn seketika itu juga segala anak cucunya pun ~lah; menghimpunkan mengumpulkan (orang, benda, maklumat, dll): maka baginda menyuruh ~ segala orang besar-besar di dlm negeri Samudera; JPM berusaha menyampaikan ilmu yg telah dihimpunkan oleh sarjana bidang tersebut secara sistematik; terhimpun telah dikumpulkan, terkumpul; himpunan kumpulan: sebuah ~ puisi; analisis yg menghuraikan sekumpulan ayat melalui satu ~ data; perhimpunan 1. perihal berhimpun beramai-ramai utk sesuatu tujuan tertentu: sekalian penghulu dan ahli bijak pandai mengadakan satu ~ besar di Padang Asam; 2. tempat berhimpun (terhimpunnya barang-barang dll): maka oleh segala orang Arab dinamainya malakat, ertinya ~ segala dagangan, kerana banyak jenis dagangan ada di sana; penghimpunan perihal atau perbuatan menghimpunkan, pengumpulan; penghimpun; ~ elektrik Id bateri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sibuk I | 1. banyak yg dilakukan atau diurus, asyik mengerjakan sesuatu, giat dan rajin (mengerjakan sesuatu), hibuk: di rumah, ibu sedang ~ memasak, menyediakan makan tengah hari; 2. banyak kenderaan lalu-lalang (bkn jalan raya), banyak kapal (kapal terbang) keluar masuk (mendarat dan berlepas) (bkn pelabuhan, lapangan terbang): jalan raya itu ~ apabila pekerja-pekerja mulai pulang dr pejabat; kenderaan di Jalan Ampang ~ mundar-mandir; 3. suka mengambil tahu (mencampuri, mengganggu) hal (urusan) orang lain: dia ~ bertanya ke sana ke mari tentang skandal artis tersebut; bersibuk sedang sibuk (asyik) mengerjakan sesuatu: mereka berpura-pura ~ dgn benda-benda di atas meja; menyibukkan 1. menjadikan sibuk, menyebabkan sibuk, menghibukkan; 2. bersibuk tentang: apa yg kau sibukkan benar; kesibukan 1. perihal (keadaan dsb) sibuk, perihal (keadaan dsb) menghadapi atau dibebani banyak kerja (urusan dsb): usaha itu terbengkalai utk beberapa ketika kerana ~ kerja; 2. perihal keadaan sibuk dgn kenderaan dll, kesesakan, keributan: semakin jauh ia meninggalkan ibu kota, semakin reda pulalah ~ yg menggila itu; penyibuk orang yg suka mengambil tahu, mencampuri atau mengganggu hal orang lain: jangan suka jadi ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |