| sepeninggal | setelah (berangkat, berlalu), seberangkat, sepergi: adapun ~ aku keluar ini hendaklah engkau mengatur perang; sepeninggalnya datanglah adiknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| peninggal | 1. = sepeninggal setelah (berangkat, berlalu), seberangkat, sepergi: adapun ~ aku keluar ini hendaklah engkau mengatur perang; sepeninggalnya datanglah adiknya; 2. = sepeninggal setelah meninggal (mati): sepeninggal Suyono beredar mata Leman melihat ke dinding lantaran malu; 3. sl yg ditinggalkan, pusaka: maka datanglah Raja Kida Hindi dgn pelbagai permata ~ datuk neneknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| terkepil | terletak bersaingan (berdampingan, berdekatan, rapat) dgn: maka usungan pun ~lah di astaka, maka raja pun naik ke atas usungan lalu berangkat ke masjid. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pergi | 1. berjalan dll menuju ke sesuatu tempat (mendapatkan seseorang dll): ia mengajak saya ~ ke Kelantan; kalau tidak percaya ~lah berjumpa ayah kau dan tanyalah dia; 2. meninggalkan sesuatu tempat, berundur (dr): orang muda tadi telah ~ dr situ; 3. berangkat, bertolak: pagi esok saya ~ dgn kereta api pertama; ~ balik (datang, mari) = pulang ~ pergi dan balik (berulang-alik); ~ dahulu a) pergi lebih dahulu; b) ki mati; ~ haji naik haji; ~ jahanam = ~ setan = ~ telukup (telungkup) persetan (binasalah, jahanamlah); berpergian pergi (berjalan dll) ke tempat yg jauh: sejak keretanya rosak, ia sukar ~; kepergian perihal pergi, keberangkatan: yg lebih menyedihkan lagi ialah ~ anaknya yg sedemikian lama itu tidak pernah berpisah dengannya; pemergian 1. perjalanan (yg jauh): Daim menceritakan kisah ~nya ke luar negeri; 2. kepergian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lepas | 1. tidak terikat lagi, tidak mempunyai pertalian (perhubungan, sangkut paut) lagi, bebas: apa bicara Bendahara kerana segala rantau barat ~lah drpd kita; ia tidak ~ drpd memikirkan kekasihnya; 2. lari atau bebas (drpd kurungan, penjara, tahanan, dsb), lucut (drpd ikatan dll): ia meronta-ronta dan menghempas-hempas tetapi tidak juga ~; ki bebas (drpd sesuatu yg menyulitkan, menyekat atau membatasi dsb): mereka tidak ~ drpd menghadapi pancaroba kehidupan; tertinggal di belakang (tempat dll), telah lalu atau lewat (tempat, hari, dll): setelah sampai ke kuala ~ alangan maka belayarlah ia; semenjak minggu yg ~ ia telah membawa suatu perubahan baru kpd diri gadis itu; 5. (se)sudah, setelah selesai atau habis: ~ sembahyang zuhur, boleh kita berjalan-jalan; ada selangnya sebulan ~ menabalkan anakanda baginda itu, maka baginda pun geringlah terlalu sangat; 6. bp lahir (bayi): hingga sampailah tujuh hari tujuh malam tidak juga ~ budak; 7. Pr, bp ada juga, boleh (juga), cukup juga (makanan, belanja, dll): belanja anak-beranak utk bulan ini ~lah; ~ angin sia-sia sahaja; ~ ayam (burung, unggas) a) bebas sungguh, boleh melakukan sesuka hati; b) telah dimerdekakan (hamba abdi dll); ~ bebas bebas benar-benar; ~ diri a) tidak melibatkan diri dlm sesuatu hal; b) tidak mahu bertanggungjawab atau mengambil tahu mengenai sesuatu hal; ~ idah sesudah waktu idah; ~ ijazah selepas memperoleh ijazah sarjana muda (bkn pengajian, penyelidikan dsb): kursus ~ ijazah; ~ laku bebas melakukan sesuatu dgn tidak segan-segan lagi; ~ lelas bebas sama sekali; ~ malu sudah dikhatankan (anak lelaki); ~ nafas menghembuskan nafas keluar perlahan-lahan; ~ pantang masa sesudah waktu pantang; ~ puasa setelah selesai berpuasa; ~ sekolah sesudah bersekolah; ~ tangan a) tidak berpegang (pd kemudi, selusur, dll); b) tidak masuk campur dlm sesuatu hal; c) tidak ada tambahan lain (di luar gaji atau upah), upah (gaji) semata-mata; ~ ungu pancaran cahaya yg tidak nampak dlm spektrum (selepas pancaran cahaya ungu); selepas sesudah, setelah sudah, setelah selesai: tiada berapa lama ~ bersalin, si Helang Bakau dan suaminya serta pengikutnya pergi memukat; selepas-lepas sehabis-habis (jauh, kuat, dll), sejauh-jauh, sekuat-kuat: ~ seluang melaut; ~ tupai melompat; berlepas 1. tidak terikat lagi, tidak bersangkut paut lagi; 2. pergi, berangkat: aku menaiki kereta sewa dan ~ ke Dungun; 3. sl menyelamatkan, membebaskan: maka segala orang Kujai pun masuklah beramuk dgn orang Campa, setengah ~ anak bini setengah melawan; 4. = ~ diri mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satusatu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup; ~ hati berpuas hati; ~ lelah berhenti seketika utk menghilangkan lelah; ~ tangan a) tidak berpegang pd selusur dll; b) tidak ambil peduli; melepas 1. bp hampa (kerana tidak tercapai maksud), kecewa (kerana tidak sampai hajat): kalau orang lain pergi dahulu tentulah habis dipapasnya, kita ~ sahaja; 2. Pn berbohong, tidak bercakap betul, berdalih; 3. bp mengeluarkan angin melalui pelepasan, kentut; 4. bp buang air besar; melepasi 1. menebus atau membayar (niat, hutang, dll); ~ hutang membayar (melunaskan) hutang; ~ malu Mn menebus malu (mengahwinkan anak kemanakan); 2. mencukupi, memadai, berpadan dgn: sedang upah sawah itu kadang-kadang sama dgn kehasilan yg diperdapat, bahkan kadang-kadang rugi, dan kadang-kadang tidak ~ belanja; melepaskan 1. membiarkan lepas, membebaskan (drpd kurungan, penjara, dll), menjadikan tidak terikat lagi: ia ~ budak itu drpd pegangannya; 2. menghilangkan (letih, jerih, dll): ia berbaring-baring ~ jerihnya; mereka terus masuk ke kedai makan yg berhampiran utk ~ dahaga; 3. tidak menyekat-nyekat, membiarkan keluar (perasaan dll): racun kulat tersebut ~ hidrogen disulfida; serdadu itu pun ~ suatu penumbuk ke pangkal telinganya; Datuk Ujang menyedut cerutnya lama-lama kemudian ~ asapnya; dia ~ senyuman kpd Noor Hamidah; 4. tidak menghalang, membenarkan atau mengizinkan (pergi, berangkat, dsb), merelakan: dia ~ anaknya pergi dgn hati yg rela; 5. menceraikan (isteri): kalau Sharifah Aini dilepaskannya mungkin anak-anak muda itu berjaya mengetuk pintu hatinya; 6. memberikan (sesuatu yg dipegang atau disandang kpd seseorang lain), menyerahkan (dgn kehendak sendiri): Perdana Menteri mungkin akan ~ jawatan Menteri Hal Ehwal Luar kpd seorang menteri lain; 7. menguraikan (rambut dsb), tidak mengikat dsb: saya gemar ~ rambut saya menggerbang tetapi biar kelihatan sedikit ikal; 8. menghantar (orang belayar, berangkat, berjalan, dll): dia sendiri pergi ke stesen utk ~ anaknya berangkat; ~ mayat ke kubur; 9. membuang, memecat, memberhentikan: dlm zaman meleset, banyak pekerja yg dilepaskan; ~ angan-angan mengerjakan segala sesuatu yg diingini; ~ cinta kasihnya (rindunya, isi hatinya) kpd mencurahkan cinta kasihnya kpd; ~ dendam a) membalas dendam; b) menghilangkan perasaan rindu (dendam ) pd seseorang; ~ diri melarikan diri, membebaskan diri; ~ hati memuaskan hati; ~ jiwa (nyawa) a) menyelamatkan drpd bahaya maut; b) = ~ nafas yg akhir mati; ~ kritikan (kecaman, serangan, tuduhan, dll) melancarkan kritikan, (kecaman dll); ~ layang-layang menaikkan layang-layang; ~ malu mengkhatankan; ~ marah (nafsu, kehendak) tidak menahan marahnya (nafsunya, kehendaknya); ~ niat (nazar, kaul) membayar atau menunaikan niat (nazar, kaul); ~ niatnya (harapannya, maksudnya, tuntutannya, dll) membuang atau meninggalkan niatnya (harapannya, maksudnya, dll); ~ panah membiarkan anak panah lepas drpd busurnya; ~ pandangan memandang; ~ tembakan (meriam) menembak, memasang; ~ tinju (pukulan, tikaman, dll) meninju (memukul, menikam, dll); ~ untung masing-masing menyelamatkan diri masing-masing; memperlepas membiarkan lepas, tidak menghalangi; memperlepaskan sl menjadikan lepas, menyelamatkan: perlepaskan harta Yang Dipertuan dlm istana itu; bawa juga kita dgn anak isteri kita, perlepaskan oleh kamu ke rumah Bendahara; terlepas 1. telah lepas atau dilepaskan: Mawi berfikir tentang perkataannya yg ~ itu; tangannya yg berpaut pd baju Badri itu ~ ke bawah; 2. tidak ditimpa (dilanda dsb) sesuatu, bebas (drpd sesuatu yg tidak baik): beliau ~ drpd kelemahan dlm menghujahkan aspek-aspek estetika dlm karya sastera; ~ drpd tetek bengek kebencian; 3. bp, ki terlewat, melebihi (umur dll); ~ cakap mengatakan sesuatu dgn tidak sengaja; ~ perhatian tidak memberi perhatian kpd sesuatu hal dsb dgn tidak sengaja; lepasan orang yg tamat drpd sekolah (maktab, universiti, dll), yg telah dilepaskan, tamatan: ~ Universiti Malaya; ~ askar bekas askar; kelepasan 1. perihal lepas (bebas), kebebasan; 2. waktu rehat (sekolah dll), cuti, libur: kurang pukul satu loceng ~ dibunyikan; pd hari ~ begini, saya selalu pergi memancing; 3. kehilangan: anjing ~ daging; perlepasan perihal berlepas; pelepasan 1. perihal melepaskan: maka juara pun memadan ayamlah lalu dilepaskan dgn yg dipadan itu dua tiga ~ juga, Raja Chulan tiada menang; 2. pembuangan, pemecatan; 3. Mn dubur: lubang ~; 4. perihal dikecualikan drpd sesuatu (spt membayar cukai dsb): ~ cukai pendapatan; 5. jalan keluar utk lari atau bebas drpd sesuatu: tidak mungkin Amir Hamzah, melalui karyanya, mencari ~ drpd realiti yg menekan keinginan dan kehidupannya; pelepas 1. orang yg melepaskan pelumba-pelumba dlm perlumbaan (berlari, berenang, dsb); 2. benda yg digunakan utk melepaskan sesuatu: hal-hal yg beginilah yg harus dikemukakan oleh sajak, sesuai dgn tugasnya sbg ~ ketegangan perasaan; 3. = ~ wang orang yg membungakan wang (dgn memberi pinjaman, menyimpan di bank, dsb); 4. (wang, makanan, dll) yg diberikan kpd orang-orang yg hendak berjalan atau belayar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tolak | ; kereta ~ kereta yg bergerak dgn disorong dr belakang. kira-kira ~ cara atau kaedah menghitung dgn mengurangkan sesuatu angka, jumlah dsb (spt 6-4=2; 3-1=2). ~ bala penangkal bencana (bahaya dll) dgn jampi, doa atau dgn mengadakan kenduri. ~ balik pergi balik. ~ bara batu pemberat (di perahu). ~ tepi bp tidak dipedulikan. bertolak pergi meninggalkan sesuatu tempat; berangkat; berlepas: Ia ~ dr rumah pd pukul 4.00 petang. menolak 1 tidak mahu menerima sesuatu permintaan dll: Ia telah ~ lamaran pemuda itu. 2 menggerakkan sesuatu ke depan, ke belakang dll; menyorong: Banyak yg datang ~ batang kayu yg merintangi jalan itu. 3 mengurangkan atau memotong: Setelah ditolak cukai pendapatan, gajinya tinggal RM500/- saja. tolakan 1 hasil drpd menolak; sorongan; dorongan. 2 sesuatu yg sudah ditolak. penolakan perbuatan atau hal menolak. penolak sesuatu yg menolak; alat utk menolak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| tinggal I | 1. diam (di), menetap: sejak dr kecil lagi ia ~ di bandar itu; saya ~ di rumah ayah saudara saya; 2. terus berada di (tidak berundur dr), masih ada (di sesuatu tempat): saya tidak boleh ~ lama di sini kerana banyak kerja di rumah; esok siapa mahu ~, ~lah, saya mahu pergi juga; 3. yg ada lagi, bakinya, berbaki, bersisa: setelah ditolak segala perbelanjaan ~ tiga puluh ringgit sahaja; kuih yg dihidangkan habis dimakannya, tidak ada yg ~; 4. terkebelakang (drpd orang lain dll), ada di belakang, tidak turu maju (naik darjah dll): mereka semua terus maju ke hadapan, kita juga yg ~; murid yg lulus dlm peperiksaan dinaikkan darjah, yg gagal ~; 5. sudah berlalu (lampau), tidak berlaku atau kedapatan lagi (bkn peristiwa, keadaan hidup, dll): corak masyarakat yg kuno itu sudah ~, diganti dgn cara hidup yg moden; 6. tetap (kekal, selalu) spt hal atau keadaannya yg sedia (yg demikian): akibatnya yg kaya bertambah kaya dan yg miskin ~ miskin; tidak ~ tidak selalu (sentiasa); 7. mengabaikan, melalaikan, melupakan, mencuaikan: ia sangat beribadat orangnya dan tidak ~ sembahyang; tidak ~ tidak mengabaikan; 8. hanya perlu ..., tidak payah membuat apa-apa kecuali ...: persediaan menyambut hari raya sudah siap, ~ menanti harinya sahaja; 9. terpulang (terserah, terletak) pd, bergantung pd: kata putus mengenai perkara ini ~ pd pengurus syarikat; 10. yg didiami (diduduki); rumah (tempat) ~ rumah (tempat) yg didiami; 11. yg dikosongkan (ditinggalkan): maka adalah kelakuan negeri itu spt negeri ~, sunyi tiap-tiap kedai dan pasarnya; ladang ~; ~ arwah sudah meninggal; ~ baka yg ada hanya keturunan; ~ tulang sangat kurus; bertinggal = ~ kata berpesan (sebelum berangkat); meninggal = ~ dunia kembali ke rahmatullah, mati: ayahmu yg telah ~ itu janganlah dikenangkan sangat; meninggali 1. menduduki, mendiami: rumah itu sekarang ditinggali oleh cucu-cicitnya; 2. membiarkan tinggal sesuatu (utk), memberi pusaka: Raja Umar ditinggali baginda belanja emas urai empat kati; meninggalkan 1. membiarkan (mendiamkan) sahaja pd tempatnya (keadaannya dll), tidak membawa pergi: mereka terpaksa ~ anak isteri di kampung utk pergi ke bandar mencari pekerjaan; 2. pergi dr, berundur dr, menjauhkan diri dr: ia mula ~ tempat itu; kereta api bergerak semula ~ stesen Seremban menuju Kuala Lumpur; 3. membiarkan ber-baki, menyisakan: tidak dihabiskan makanan itu, ditinggalkan sedikit utk anaknya; 4. memberi (kpd), mewariskan, memberi (bekas-bekas, kesan, dll), mengakibatkan: ~ pesanan; ~ harta; sindiran itu begitu tajam sehingga ~ kesan yg dalam di hatinya; 5. membiarkan sahaja (tidak mengambil, mempergunakan, dll), melepaskan (peluang, kesempatan, dll): sekarang aku berasa kesal kerana ~ peluang baik itu dahulu; 6. sudah melebihi (me-lampaui, melewati, mendahului, mengatasi): dlm banyak lapangan, bangsa lain telah ~ bangsa Melayu; dlm menguruskan perkara perkahwinan saudara-mara tidak baik ditinggalkan; 7. tidak memasukkan ke dlm per-timbangan (perkiraan dll), mengetepikan, mengesampingkan: kerana kesuntukan masa, beberapa acara dlm perayaan itu terpaksa ditinggalkan sahaja; ia hanya menyebut masalah-masalah besar dan ~ yg kurang penting; 8. membuang (adat dll), tidak memakai atau menjalankan lagi (peraturan, faham, cara, dll), meletakkan (mengosongkan) jawatan dll: penyajak ini sudah ~ bentuk syair sama sekali; pernah kedapatan gadis bangsa asing ~ agama mereka kerana mengikut laki-laki bangsa kita; 9. tidak mempedulikan atau mengendahkan (kewajiban dll), mencuaikan (mengalpakan, melalaikan): ~ kewajiban; tertinggal 1. terbiar pd tempatnya dll (kerana tidak dibawa sama, tidak hilang, dll): ia terpaksa pulang kerana khuatir akan anaknya yg sudah lama ~ di rumah; 2. terkebelakang (kerana tidak dapat mengejari atau menyaingi), tercicir: tidak berapa lama kemudian, hilanglah sudah kapal itu ~ di belakang; 3. terdapat sbg baki drpd sesuatu, tersisa: kerana banyak jemputan tidak hadir, banyak makanan yg ~ begitu sahaja; 4. terabai, terbengkalai: banyaklah kerja-kerja yg ~ kerana pekerja-pekerja baru itu tidak dapat menghabiskannya; tinggalan 1. sesuatu yg ditinggalkan: wang ini sahajalah ~ ayahnya; 2. sisa; 3. ark = peninggalan; ketinggalan 1. yg tinggal baki, kelebihan, sisa: belum dijelaskan semua hutangnya, masih ada ~; 2. tertinggal (dgn tidak sengaja), tidak dibawa dll (kerana terlupa, khilaf, dll), kelupaan: rokokku tidak ada dlm saku, ~ di kereta; 3. terbelakang (dlm pelajaran, kemajuan, dll), tercicir: apabila sudah khayal tentu-lah mereka akan ~ dlm pelajaran; 4. (telah) ditinggalkan oleh (bas, kereta api, dll): kami ~ bas dan sampai di sana lewat setengah jam; 5. = ~ zaman tidak seimbang (sesuai) dgn keadaan (kebiasaan dll) zaman: sikapnya tidak membenarkan anak perempuannya bersekolah agak ~ zaman; tidak ~ tidak alpa, (lalai, lengah), tidak mahu terbelakang (melakukan sesuatu): ia tidak pula ~ drpd menolong ibu bapanya; peninggalan 1. sesuatu yg ditinggalkan, pusaka, warisan: ~nya, sebuah buku, sekarang ini terletak di hadapan saya di atas meja; harta ~ harta pusaka; 2. = sepeninggalan seberangkatan, sepemergian, sesudah matinya: sepeninggalannya, agama Islam telah tersebar di Samudra; 3. sesuatu sisa atau bekas dr zaman dahulu (purbakala): saya lihat ada sebuah kota batu besar ~ kerajaan Hindu atau Islam agaknya; peninggal 1. = sepeninggal setelah (ber-angkat, berlalu), seberangkat, sepergi: adapun ~ aku keluar ini hendaklah engkau mengatur perang; sepeninggalnya datanglah adiknya; 2. = sepeninggal setelah meninggal (mati): sepeninggal Suyono beredar mata Leman melihat ke dinding lantaran malu; 3. sl yg ditinggalkan, pusaka: maka datanglah Raja Kida Hindi dgn pelbagai permata ~ datuk neneknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pun | 1. juga, dan demikian juga: memang saya ~ berpendapat demikian; perkara rompakan ~ berkurangan waktu akhir-akhir ini; esok ~ boleh saya ambilkan; itu ~ dia datang; permintaannya itu sudah ~ diterima; 2. biar, kendati, meski, walau: susah ~ dikerjakannya juga; hendak tidak ~ makan jugalah saya; 3. bahkan, malahan, sedangkan... (apa lagi...): duduk ~ penat apa lagi berjalan; jangankan menegur memandang ~ tidak hendak; 4. apa saja, bagaimana saja, apa-apa jua: apa ~ dikerjakannya (juga); siapa ~ boleh menjadi ahli persatuan ini; 5. ~ ...lah utk menyatakan bahawa perbuatan mulai berlaku (terjadi): maka rotan itu ~ tumbuhlah; 6. utk menguatkan serta menegaskan pokok ayat: setelah selesai bersiram baginda ~ berangkat masuk ke dlm istana; 7. = sekali ~ sekali juga; kalau ya ~ biarlah aku bersalin dulu; tidak bayar ~ tidak apa; apalah yg Ida berikan kpd abang tu; tidak sejemput ~ tidak sedikit jua pun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kepil | berdamping(an), berdampil, berhampiran, berdekatan, rapat; mengepil berdampingan (berdampil) dgn, berdekatan (berhampiran) dgn; belayar ~ pantai belayar menyusur (berhampiran dgn) pantai; berjalan ~ ibunya berjalan berdampingan dgn ibunya; mengepilkan 1. menjadikan (menyebabkan) rapat atau berdekatan, mendampingkan, merapatkan, menambatkan (perahu, gajah, dll): maka Peringgi pun mudiklah menyongsong, dikepilkannya segala perahunya di Kota Kara; maka gajah pun dikepilkan di balairung; 2. menyertakan (bersama sesuatu): bil yg berkenaan dikepilkan bersama surat ini; terkepil terletak bersaingan (berdampingan, berdekatan, rapat) dgn: maka usungan pun ~lah di astaka, maka raja pun naik ke atas usungan lalu berangkat ke masjid. | Kamus Dewan Edisi Keempat |