| habis-habis | 1. hingga habis kesemuanya (keseluruhannya dll); cakaplah (katakanlah) ~ cakaplah (katakanlah) segala-galanya (dgn tidak menyembunyikan sedikit pun); berfikir ~ berfikir masak-masak (dgn memperhitungkan segala-galanya); tak ~(nya) tidak putus-putusnya, tidak ada kesudahannya; 2. paling-paling, (yg) sebanyak-banyaknya (sebesar-besarnya dsb): orang-orang tua apa boleh dibuat mereka, ~ mereka meratap, ~ mereka memaki-maki; memakan ~ menyorok hilang-hilang prb merahsiakan sesuatu biarlah sampai tidak diketahui orang sedikit pun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| habis | 1. tidak ada yg tinggal lagi (kerana sudah digunakan, dibuang, dimakan, dimusnahkan, dll): ~ sudah wang simpananku; sisa makanan itu ~ dimakan kucing; barang-barang kemas isterinya ~ digadaikannya; 2. kesemuanya (segalanya, sekaliannya, keseluruhannya): memasak makanan akan menyebabkan kuman pd makanan yg mentah itu ~ mati; kalau aku tidak datang nanti budak-budak ~ pulang; 3. banyak bahagiannya, sebahagian besarnya, hampir keseluruhannya: baju ini ~ dimakan gegat; pondok itu ~ bocor atapnya; 4. digunakan, ditumpukan, dibelanjakan, diperlukan (bkn wang, masa, dll yg digunakan, dibelanjakan, diperlukan, dll utk sesuatu): sepertiga drpd waktu yg ditetapkan ~ utk ucapan pembukaan sahaja; separuh drpd wang gajinya ~ utk membayar hutang; 5. selesai (siap, sudah), berakhir, tamat: sebentar lagi ~(lah) kerjaku ini; pertunjukan pertama sudah ~; 6. paling, (yg) ter...: darjah yg ~ tinggi di sekolah itu ialah darjah sembilan; inilah bangunan yg ~ tinggi dlm bandar ini; 7. jadi (jadinya), kalau begitu (tidak begitu) maka ...: ~, mengapa ia berhenti kerja?; ~, sampai bila kita boleh tahan hidup begini; 8. selepas, setelah, sesudah itu (dlm pertanyaan): ~ makan ia keluar; ~ apa yg terjadi? 9. (apa hendak dikatakan) kerana: ~ selalu diherdik, itulah ia lari; ~ akal bingung (tidak tahu apa yg hendak dilakukan atau dikatakan lagi), putus akal; ~ awak Kl sangat (paling) memuaskan; ~ bulan a) akhir (hujung) bulan (hari gaji); b) awal bulan yg berikut; ~ dibahagi Id dapat dibahagi dgn tidak berbaki; ~ kemelak Kl puas berikhtiar (membuat atau mencari sesuatu); ~ lauk Kl tidak berfaedah (bercakap dgn orang bodoh dll); ~ licin habis sama sekali (segala-galanya); ~ modal a) tidak ada lagi modal yg tinggal; b) tidak ada bahan atau idea lagi (utk meneruskan perbincangan dll); ~ perkara sudah selesai (tidak perlu diperkatakan, dibincangkan, disebut-sebut lagi); ~ sut Kl tinggal satu sahaja (bkn barang dagangan dll); ~ tahun a) akhir (hujung) tahun; b) awal tahun yg berikut; ~ teh = ~ or Kl bermati-matian atau bersungguh-sungguh (berusaha dll); ~ tempoh (masa, waktu) sudah berlalu jangka waktu yg ditetapkan (sudah tiba waktunya); ~ air setelaga arang dibasuh tak putih prb betapa pun diusahakan, perangai jahat susah hendak dihilangkan; ~ manis sepah dibuang prb setelah tidak berguna, disingkirkan, tidak diendahkan lagi, dll; ~ umpan kerong-kerong tak dapat prb usaha yg sia-sia (menyebabkan kerugian); sehabis 1. sesudah, selepas, sebaik-baik habis: ~ ia berucap para hadirin pun bertepuk tangan; ~ berfikir ia menerima cadangan itu; 2. paling, sangat (kecil, kuat, dll) sekali: gunung yg ~ tinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu; anaknya yg ~ kecil baru berumur dua bulan; menjangkau ~ tangan prb berusaha sedaya upaya; sehabis-habis 1. hingga tidak tinggal (bersisa) sedikit pun, kesemuanya: jikalau dikhabarkan dgn ~ nescaya murkalah tuan puteri ini gerangannya; berfikir dgn ~nya berfikir dgn mempertimbangkan segala-galanya; 2. sampai ke akhir (ke peringkat tertinggi dll), seboleh-boleh: walaupun dicuba dgn ~ daya dan ikhtiar tetapi tidak berhasil yg dicita-citakan; 3. paling, sehabis: tugas ini ialah yg ~ sulit yg pernah dihadapinya; habis-habis 1. hingga habis kesemuanya (keseluruhannya dll); cakaplah (katakanlah) ~ cakaplah (katakanlah) segala-galanya (dgn tidak menyembunyikan sedikit pun); berfikir ~ berfikir masak-masak (dgn memperhitungkan segala-galanya); tak ~(nya) tidak putus-putusnya, tidak ada kesudahannya; 2. paling-paling, (yg) sebanyak-banyaknya (sebesar-besarnya dsb): orang-orang tua apa boleh dibuat mereka, ~ mereka meratap, ~ mereka memaki-maki; memakan ~ menyorok hilang-hilang prb merahsiakan sesuatu biarlah sampai tidak diketahui orang sedikit pun; habis-habisan, berhabis-habisan 1. hingga habis (terkorban dsb) semuanya, dgn sepenuh kemampuan (tenaga, kesungguhan, dll), mati-matian: mereka bersumpah akan berjuang ~ mempertahankan negara; nampaknya mereka bertaruh ~ di atas papan catur; 2. terlalu sangat, dgn tidak bersekat (berbatas): dimaki ~; menghabisi 1. mengakhiri, menamatkan: tuan Imam ~ upacara itu dgn doa selamat; 2. menghapuskan, menghilangkan: habisilah perasaan itu abang, jangan diperkesankan di muka orang banyak; 3. menamatkan riwayat, membunuh: seorang leftenan muda mengancam mahu ~ orang tangkapan itu; ~ nyawanya membunuh diri; menghabiskan 1. menggunakan (memakan, membelanjakan, dll) hingga habis, membuang-buang (masa, tenaga, dll): sebahagian drpd wang gajinya dihabiskan utk membiayai pelajaran anak-anaknya; Bujal ~ masa lapangnya dgn berkunjung ke rumah kawan-kawannya; ~ umur membuang-buang masa (kerana melakukan sesuatu yg tidak baik atau sia-sia); 2. menyudahkan, menyiapkan, menyelesaikan: dia pergi ~ kerjanya yg terbengkalai; 3. menamatkan, mengakhiri; ~ ceritanya (cakapnya) menamatkan ceritanya (cakapnya); 4. menghabisi, membunuh: kekanda berjanji dgn keris ini akan ~ siapa sahaja yg cuba mengganggu adinda; terhabiskan; tiada (tidak) ~ tidak dapat dihabiskan: Hanuman pun makan nasi itu dgn berapa budi bicaranya hendak menghabiskan nasi itu tiada ~; kehabisan mengalami kesulitan kerana sesuatu (yg diperlukan) telah habis (dgn tidak disedari, di luar dugaan), tidak lagi mempunyai (wang dll, kerana sudah dibelanjakan, digunakan, dsb semuanya), ketiadaan sesuatu (kerana telah habis): belum hujung bulan dia telah ~ wang; dgn gerak yg lemah spt orang ~ tenaga ia berjalan perlahan-lahan menuju sebuah jendela; keretanya ~ minyak di tengah jalan; ~ modal tidak tahu apa yg hendak dikatakan lagi (dlm perbualan, perbincangan, dll); penghabisan 1. kesudahan, akhir: ~nya tiada siapa pun yg berjaya; 2. yg terkemudian sekali, akhir: sampailah hari ~ bulan puasa, esoknya sudah berhari raya; dialah yg ~ keluar dr rumah itu; 3. hujung: ~ jalan ini di tepi laut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lepas | 1. tidak terikat lagi, tidak mempunyai pertalian (perhubungan, sangkut paut) lagi, bebas: apa bicara Bendahara kerana segala rantau barat ~lah drpd kita; ia tidak ~ drpd memikirkan kekasihnya; 2. lari atau bebas (drpd kurungan, penjara, tahanan, dsb), lucut (drpd ikatan dll): ia meronta-ronta dan menghempas-hempas tetapi tidak juga ~; ki bebas (drpd sesuatu yg menyulitkan, menyekat atau membatasi dsb): mereka tidak ~ drpd menghadapi pancaroba kehidupan; tertinggal di belakang (tempat dll), telah lalu atau lewat (tempat, hari, dll): setelah sampai ke kuala ~ alangan maka belayarlah ia; semenjak minggu yg ~ ia telah membawa suatu perubahan baru kpd diri gadis itu; 5. (se)sudah, setelah selesai atau habis: ~ sembahyang zuhur, boleh kita berjalan-jalan; ada selangnya sebulan ~ menabalkan anakanda baginda itu, maka baginda pun geringlah terlalu sangat; 6. bp lahir (bayi): hingga sampailah tujuh hari tujuh malam tidak juga ~ budak; 7. Pr, bp ada juga, boleh (juga), cukup juga (makanan, belanja, dll): belanja anak-beranak utk bulan ini ~lah; ~ angin sia-sia sahaja; ~ ayam (burung, unggas) a) bebas sungguh, boleh melakukan sesuka hati; b) telah dimerdekakan (hamba abdi dll); ~ bebas bebas benar-benar; ~ diri a) tidak melibatkan diri dlm sesuatu hal; b) tidak mahu bertanggungjawab atau mengambil tahu mengenai sesuatu hal; ~ idah sesudah waktu idah; ~ ijazah selepas memperoleh ijazah sarjana muda (bkn pengajian, penyelidikan dsb): kursus ~ ijazah; ~ laku bebas melakukan sesuatu dgn tidak segan-segan lagi; ~ lelas bebas sama sekali; ~ malu sudah dikhatankan (anak lelaki); ~ nafas menghembuskan nafas keluar perlahan-lahan; ~ pantang masa sesudah waktu pantang; ~ puasa setelah selesai berpuasa; ~ sekolah sesudah bersekolah; ~ tangan a) tidak berpegang (pd kemudi, selusur, dll); b) tidak masuk campur dlm sesuatu hal; c) tidak ada tambahan lain (di luar gaji atau upah), upah (gaji) semata-mata; ~ ungu pancaran cahaya yg tidak nampak dlm spektrum (selepas pancaran cahaya ungu); selepas sesudah, setelah sudah, setelah selesai: tiada berapa lama ~ bersalin, si Helang Bakau dan suaminya serta pengikutnya pergi memukat; selepas-lepas sehabis-habis (jauh, kuat, dll), sejauh-jauh, sekuat-kuat: ~ seluang melaut; ~ tupai melompat; berlepas 1. tidak terikat lagi, tidak bersangkut paut lagi; 2. pergi, berangkat: aku menaiki kereta sewa dan ~ ke Dungun; 3. sl menyelamatkan, membebaskan: maka segala orang Kujai pun masuklah beramuk dgn orang Campa, setengah ~ anak bini setengah melawan; 4. = ~ diri mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satusatu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup; ~ hati berpuas hati; ~ lelah berhenti seketika utk menghilangkan lelah; ~ tangan a) tidak berpegang pd selusur dll; b) tidak ambil peduli; melepas 1. bp hampa (kerana tidak tercapai maksud), kecewa (kerana tidak sampai hajat): kalau orang lain pergi dahulu tentulah habis dipapasnya, kita ~ sahaja; 2. Pn berbohong, tidak bercakap betul, berdalih; 3. bp mengeluarkan angin melalui pelepasan, kentut; 4. bp buang air besar; melepasi 1. menebus atau membayar (niat, hutang, dll); ~ hutang membayar (melunaskan) hutang; ~ malu Mn menebus malu (mengahwinkan anak kemanakan); 2. mencukupi, memadai, berpadan dgn: sedang upah sawah itu kadang-kadang sama dgn kehasilan yg diperdapat, bahkan kadang-kadang rugi, dan kadang-kadang tidak ~ belanja; melepaskan 1. membiarkan lepas, membebaskan (drpd kurungan, penjara, dll), menjadikan tidak terikat lagi: ia ~ budak itu drpd pegangannya; 2. menghilangkan (letih, jerih, dll): ia berbaring-baring ~ jerihnya; mereka terus masuk ke kedai makan yg berhampiran utk ~ dahaga; 3. tidak menyekat-nyekat, membiarkan keluar (perasaan dll): racun kulat tersebut ~ hidrogen disulfida; serdadu itu pun ~ suatu penumbuk ke pangkal telinganya; Datuk Ujang menyedut cerutnya lama-lama kemudian ~ asapnya; dia ~ senyuman kpd Noor Hamidah; 4. tidak menghalang, membenarkan atau mengizinkan (pergi, berangkat, dsb), merelakan: dia ~ anaknya pergi dgn hati yg rela; 5. menceraikan (isteri): kalau Sharifah Aini dilepaskannya mungkin anak-anak muda itu berjaya mengetuk pintu hatinya; 6. memberikan (sesuatu yg dipegang atau disandang kpd seseorang lain), menyerahkan (dgn kehendak sendiri): Perdana Menteri mungkin akan ~ jawatan Menteri Hal Ehwal Luar kpd seorang menteri lain; 7. menguraikan (rambut dsb), tidak mengikat dsb: saya gemar ~ rambut saya menggerbang tetapi biar kelihatan sedikit ikal; 8. menghantar (orang belayar, berangkat, berjalan, dll): dia sendiri pergi ke stesen utk ~ anaknya berangkat; ~ mayat ke kubur; 9. membuang, memecat, memberhentikan: dlm zaman meleset, banyak pekerja yg dilepaskan; ~ angan-angan mengerjakan segala sesuatu yg diingini; ~ cinta kasihnya (rindunya, isi hatinya) kpd mencurahkan cinta kasihnya kpd; ~ dendam a) membalas dendam; b) menghilangkan perasaan rindu (dendam ) pd seseorang; ~ diri melarikan diri, membebaskan diri; ~ hati memuaskan hati; ~ jiwa (nyawa) a) menyelamatkan drpd bahaya maut; b) = ~ nafas yg akhir mati; ~ kritikan (kecaman, serangan, tuduhan, dll) melancarkan kritikan, (kecaman dll); ~ layang-layang menaikkan layang-layang; ~ malu mengkhatankan; ~ marah (nafsu, kehendak) tidak menahan marahnya (nafsunya, kehendaknya); ~ niat (nazar, kaul) membayar atau menunaikan niat (nazar, kaul); ~ niatnya (harapannya, maksudnya, tuntutannya, dll) membuang atau meninggalkan niatnya (harapannya, maksudnya, dll); ~ panah membiarkan anak panah lepas drpd busurnya; ~ pandangan memandang; ~ tembakan (meriam) menembak, memasang; ~ tinju (pukulan, tikaman, dll) meninju (memukul, menikam, dll); ~ untung masing-masing menyelamatkan diri masing-masing; memperlepas membiarkan lepas, tidak menghalangi; memperlepaskan sl menjadikan lepas, menyelamatkan: perlepaskan harta Yang Dipertuan dlm istana itu; bawa juga kita dgn anak isteri kita, perlepaskan oleh kamu ke rumah Bendahara; terlepas 1. telah lepas atau dilepaskan: Mawi berfikir tentang perkataannya yg ~ itu; tangannya yg berpaut pd baju Badri itu ~ ke bawah; 2. tidak ditimpa (dilanda dsb) sesuatu, bebas (drpd sesuatu yg tidak baik): beliau ~ drpd kelemahan dlm menghujahkan aspek-aspek estetika dlm karya sastera; ~ drpd tetek bengek kebencian; 3. bp, ki terlewat, melebihi (umur dll); ~ cakap mengatakan sesuatu dgn tidak sengaja; ~ perhatian tidak memberi perhatian kpd sesuatu hal dsb dgn tidak sengaja; lepasan orang yg tamat drpd sekolah (maktab, universiti, dll), yg telah dilepaskan, tamatan: ~ Universiti Malaya; ~ askar bekas askar; kelepasan 1. perihal lepas (bebas), kebebasan; 2. waktu rehat (sekolah dll), cuti, libur: kurang pukul satu loceng ~ dibunyikan; pd hari ~ begini, saya selalu pergi memancing; 3. kehilangan: anjing ~ daging; perlepasan perihal berlepas; pelepasan 1. perihal melepaskan: maka juara pun memadan ayamlah lalu dilepaskan dgn yg dipadan itu dua tiga ~ juga, Raja Chulan tiada menang; 2. pembuangan, pemecatan; 3. Mn dubur: lubang ~; 4. perihal dikecualikan drpd sesuatu (spt membayar cukai dsb): ~ cukai pendapatan; 5. jalan keluar utk lari atau bebas drpd sesuatu: tidak mungkin Amir Hamzah, melalui karyanya, mencari ~ drpd realiti yg menekan keinginan dan kehidupannya; pelepas 1. orang yg melepaskan pelumba-pelumba dlm perlumbaan (berlari, berenang, dsb); 2. benda yg digunakan utk melepaskan sesuatu: hal-hal yg beginilah yg harus dikemukakan oleh sajak, sesuai dgn tugasnya sbg ~ ketegangan perasaan; 3. = ~ wang orang yg membungakan wang (dgn memberi pinjaman, menyimpan di bank, dsb); 4. (wang, makanan, dll) yg diberikan kpd orang-orang yg hendak berjalan atau belayar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| siasat | 1 pemeriksaan yg teliti dan hati-hati: Jangan tuan kurang ~, nanti tuan sendiri tersesat. Dgn tiada ~nya, dia telah menuduh saya mengambil wangnya. 2 segala yg bersangkutan dgn pemerintahan negara; siasah: Campur tangan Inggeris dan Belanda dlm ~ Alam Melayu dikisahkan juga dlm buku itu. 3 kebajikan atau kebolehan mengerjakan sesuatu; cara berfikir atau cara melakukan sesuatu; muslihat; taktik: Angkatan laut pihak Berikat mengubah ~nya utk menghadapi serangan-serangan kapal selam Jerman. menyiasat membuat penyelidikan ttg sesuatu perkara yg belum diketahui benar-benar; menyelidik: Beliau telah pergi ke Sarawak utk ~ cara-cara hidup orang Iban di rumah panjang. penyiasatan perbuatan atau hal menyiasat; pemeriksaan; penyelidikan. penyiasat orang yg menyiasat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kilat I | 1. cahaya yg memancar di langit (biasanya sebelum guruh berbunyi): ~ sabung-menyabung, guruh berbunyi bertalu-talu menandakan hujan akan turun; secepat (spt) ~ sangat pantas; 2. cahaya sesuatu yg berkilau (gilap): ~ pisau; ~ sepatu; 3. sangat cepat atau pantas: keputusan ~ keputusan yg dibuat dgn seketika (tanpa berfikir atau berbincang panjang); kereta api ~ kereta api yg berjalan sangat deras; kursus ~ kursus yg tamat dlm masa yg singkat; ~ beliung sudah di kaki, ~ pisau sudah ke tangan, ~ cermin sudah ke muka prb orang yg bijaksana segera memahami kias (sindiran) orang; ~ di dlm kilau, kabus di dlm hujan prb dlm percakapan atau tingkah laku seseorang, terkandung kemahuannya; bagai ~ senja, bagai petir tunggal prb perihal kepantasan dan kegagahan seseorang pahlawan; hilang ~ dlm kilau prb tidak kelihatan lagi kebijaksanaan (kemuliaan dll) seseorang apabila sudah dikelilingi oleh orang-orang yg pandai (mulia dll); sekilat sekilas, sesaat, sekejap, seketika: matanya ke tingkap ~, kemudian ke muka Abdul Fakar semula; berkilat 1. memancarkan kilat, mengeluarkan (menyinarkan) cahaya yg menyerupai kilat; 2. = berkilat-kilat, mengilat bersinar-sinar, bercahaya berkilap (gemerlap), berkilauan, gilap: beliau berpakaian Melayu warna hitam ~; ia menerkam dgn pisau yg berkilat-kilat di tangannya; belum ~ sudah berbalam, bulan sangkap tiga puluh prb perkara (hal) yg sudah cukup jelas (terang); berkilat-kilatan berkilat-kilat, berkilauan: mata lembing berceracakan ke udara memantulkan sinar yg ~;berkilatan berkilat-kilat: ~lah lampu pemotret beberapa kali; mengilat 1. memancar (bercahaya) spt kilat, berkilat: kilat ~ sekali di langit, guruh menyusulnya; kelihatan beberapa orang serdadu Jepun yg berbayonet tajam ~; 2. pantas sekali, kelihatan sesaat sahaja: larinya ~; mengilatkan 1. memancarkan (mengeluarkan) cahaya spt kilat; 2. menjadikan berkilat (berkilap), mengilapkan: kayu itu dikerat elok-elok, dilicinkan dan dikilatkan; 3. = mengilat-ngilatkan membayangkan (tujuan dll), menyatakan sesuatu secara tidak langsung, menyindirkan: maka oleh bendahara sbg dikilat-kilatkan pd raja, akan laksamana juga disebutnya; terkilat kelihatan seketika sahaja, terbayang sejurus (dlm ingatan dll): ia mengingat-ingatkan rupa perempuan muda yg ~ tadi; dlm kenangannya, ~ gambaran yg mengharukan; ~ dlm hati terlintas dlm hati; ~ pd mukanya kelihatan terbayang pd mukanya; ikan ~ jala tiba prb sangat cepat bertindak (mengerti maksud kata-kata orang); ~ ikan di air, sudah tahu jantan betinanya prb sangat cekap (pantas) memahami perkataan orang; kilatan kilat: ~ batu berlian boleh menentukan nilainya; pengilat bahan utk mengilatkan (menjadikan sesuatu kelihatan berkilat): ~ bibir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| datang | 1 sampai (tiba) di sesuatu tempat: Ia ~ ke rumah saya pd pukul empat petang. 2 berasal (dr): Dia ~ dr Sabah. 3 akan tiba; kemudian: Emaknya hendak pergi ke Mekah pd tahun yg akan ~. 4 bergerak menghampiri (menemui) seseorang atau sesuatu tempat: Setibanya di situ, dia terus ~ ke tempat kami. 5 muncul; timbul: Setelah lama berfikir, ~ satu ilham di kepalanya. 6 diwahyukan (diturunkan): Syariat Allah yg ~ sebelum Islam, diturunkan utk kaum, masa dan keadaan tertentu. ~ akal mendapat akal atau ilham. ~ bulan (haid) turun atau keluar darah haid (bagi perempuan). ~ hati sampai hati; tergamak. datang-datang 1 setibanya; apabila datang: ~ ke rumah, dia bersungut. 2 kerap (sering) datang: Apabila ada masa lapang, ~lah ke rumah saya. berdatang; ~ sembah berkata-kata dgn raja (orang besar-besar) dgn bahasa halus: Aji Saka ~ sembah, mengingatkan baginda akan janjinya hendak menganugerahi dia sekeping tanah. mendatang 1 timbul (datang) dgn tiba-tiba: Pd msa itu, satu fikiran yg baik ~. 2 datang dr tempat lain: kaum yg ~. mendatangi 1 menziarahi: Sejak ia pulang dr Mekah, banyak sungguh orang yg ~ rumahnya. 2 datang utk memeriksa (menyerang, menangkap dsb): Petang semalam, polis telah ~ rumahnya. 3 menimpa (bkn bala, sakit dll); terkena: Ayahnya didatangi penyakit jantung. mendatangkan 1 membawa dr tempat lain: Institut itu akan ~ beberapa orang pensyarah dr Jerman. 2 mengakibatkan; menyebabkan: Kumanlah sebab utama yg ~ penyakit. 3 menghasilkan: Perusahaan memungut telur penyu sentiasa ~ keuntungan. kedatangan 1 perihal datang; ketibaan: ~ Menteri Besar ke kampung itu telah disambut dgn meriah. 2 ditimpa (kemalangan, sakit dll); diserang; didatangi. pendatang orang yg mendatang (tidak asli): ~ haram (tanpa izin) orang asing yg memasuki sesebuah negara tanpa kebenaran drpd (pihak) kerajaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| hilang | 1. tidak kelihatan lagi, lenyap, tiada lagi: kebakaran itu telah menyebabkan dua belas keluarga ~ rumah mereka; takkan Melayu ~ di dunia; 2. tidak ada lagi sesuatu perasaan (spt marah, benci, suka, dsb), kepercayaan, pertimbangan, dsb: perasaan marahnya masih belum ~ lagi; orang ramai telah ~ kepercayaan terhadapnya; dia telah ~ perhitungan dan terus menikam lawannya; 3. tidak dikenang lagi, telah dilupakan, lenyap: jasanya yg bertahun-tahun ~ begitu sahaja akibat perbuatannya yg tidak amanah itu; 4. (bkn suara) tidak dapat dikeluarkan: suaranya ~ kerana terlalu banyak bercakap; 5. (bkn bunyi, suara, dsb) tidak ada atau tidak kedengaran lagi: bunyi siren itu semakin lama semakin ~ drpd pendengaran kami; 6. mati, mangkat, meninggal: adapun ia hidup kemudian drpd makzulnya sembilan tahun, setelah itu ia pun ~; ~ akal a) tidak boleh berfikir lagi, tidak tahu apa yg harus dibuat; b) agak gila (kerana hairan, kalah bertengkar, dll); ~ dara sudah tidak dara lagi (bkn gadis yg telah dinodai); ~ harapan tidak mempunyai harapan lagi; ~ hayat, padam jiwa mati; ~ ingatan = ~ fikiran = ~ arwah = ~ semangat a) pengsan; b) tidak berakal lagi; ~ malu tidak ada perasaan segan (melakukan pekerjaan yg hina lagi keji); ~ nyawa mati; ~-~ timbul a) tidak kelihatan (kedengaran) nyata; b) sebentar ada sebentar tiada; ~ adat tegal muafakat prb adat boleh diubah dgn persetujuan orang ramai; ~ bini boleh dicari ~ budi badan celaka prb fikiran yg jahat akan membahayakan diri sendiri; ~ dicari, terapung direnangi, terbenam diselami prb a) memeriksa sesuatu dgn cermat; b) menolong orang yg sedang kesusahan; ~ di mata, di hati jangan prb walaupun berjauhan tempat tinggal, tetapi selalu diingat dlm hati; ~ ikan dlm kerabu prb kejahatan akan hilang jahatnya apabila tiap-tiap orang ikut mengerjakannya; ~ jasa beliung, timbul jasa rimbas prb lain orang yg berbakti, lain pula orang yg dipuji; ~ kabus, teduh hujan prb mendapat kesenangan setelah menderita kesusahan; ~ kepala kura-kura ditelan oleh dadanya prb orang yg hina tetapi berilmu tetap akan dihormati ramai; ~ kilat dlm kilau prb kepandaian (kebesaran) seseorang tidak kelihatan apabila ia bergaul dgn para cerdik pandai (orang-orang besar); ~ pelanduk berganti kijang emas prb perempuan yg bercerai dgn suaminya yg hina kemudian berkahwin dgn lelaki yg mulia; ~ rona kena penyakit, ~ bangsa tidak berwang prb orang yg tidak berharta kurang dihargai ramai; ~ sepuh nampak senam prb kejahatan seseorang diketahui apabila terbuka rahsianya; ~ tak tentu rimbanya prb hilang tak berbekas; ~ tapak tukul, timbul tapak canai prb perbuatan baik atau jahat akan hilang dilindungi oleh perbuatan orang yg kemudian; ~ tentu rimbanya, mati tentu kuburnya prb sesuatu perkara yg tentu kesudahannya; ~ tukul ~lah pahat prb tidak dapat berbuat sesuatu kalau tidak berteman; patah tumbuh, ~ berganti prb terus-menerus ada gantinya; pertama ~, kedua terbilang prb berani melakukan pekerjaan berbahaya utk kepentingan umum; tonggang ~ berani mati prb sikap gagah berani (tidak gentar) utk menjalankan kewajiban; menghilang menyebabkan tidak nampak lagi, melenyapkan diri: orang yg menikamnya cabut lari dgn cepatnya lalu ~; menghilangkan menyebabkan jadi hilang, melenyapkan, menghapuskan, meniadakan: di kedai itu dia berhenti utk melepaskan lelahnya dan ~ dahaganya; ia pun ~ dirinya di dlm gelap dan menyusup balik ke biliknya; kehilangan 1. perihal hilangnya sesuatu, kematian: ~ seorang isteri atau seorang suami yg demikian tentulah membawa kpd kesedihan; 2. menderita kerana hilang sesuatu: jika orang itu gempar ~ kerbaunya katakan aku tahu bertenung menentukan di mana-mana tempat kerbau itu; ~ muka mendapat malu; ~ nama mendapat nama yg buruk; penghilangan perihal menghilangkan, penghapusan; penghilang yg atau utk menghilangkan: seteguk air ~ dahaga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| datang | 1. sampai (tiba) di sesuatu tempat: Ia ~ ke rumah saya pd pukul empat petang. 2. berasal (dr): Dia ~ dr Sabah. 3. akan tiba; kemudian: Emaknya hendak pergi ke Mekah pd tahun yg akan ~. 4. bergerak menghampiri (menemui) seseorang atau sesuatu tempat: Setibanya di situ, dia terus ~ ke tempat kami. 5. muncul; timbul: Setelah lama berfikir; ~ satu ilham di kepalanya. 6. diwahyukan (diturunkan): Syariat Allah yg ~ sebelum Islam, diturunkan utk kaum, masa dan keadaan tertentu. ~ akal mendapat akal atau ilham. ~ bulan (haid) turun atau keluar darah haid (bagi perempuan). ~ hati sampai hati; tergamak. datang-datang 1.setibanya; apabila datang: ~ ke rumah, dia bersungut. 2. kerap (sering) datang:Apabila ada masa lapang, ~ lah ke rumah saya. berdatang; ~ sembah berkata-kata dgn raja (orang besar-besar) dgn bahasa halus: Aji Saka ~ sembah, mengingatkan baginda akan janjinya hendak menganugerahi dia sekeping tanah. mendatang 1. timbul (datang) dgn tiba-tiba: Pd masa itu, satu fikiran yg baik ~. 2. datang dr tempat lain:kaum yg ~. mendatangi 1. pergi menziarahi: Sejak ia pulang dr Mekah, banyak sungguh orang yg ~ rumahnya. 2. datang utk memeriksa (menyerang, menangkap dsb):Petang semalam, polis telah ~ rumahnya. 3. menimpa (bkn bala, sakit dll); terkena: Ayahnya didatangi penyakit jantung. mendatangkan 1. membawa dr tempat lain: Institut itu akan ~ beberapa orang pensyarah dr Jerman Barat. 2. mengakibatkan; menyebabkan: Perusahaan memungut telur penyu sentiasa ~ keuntungan. Kumanlah sebab utama yg ~ penyakit. kedatangan 1. perihal datang; ketibaan: ~ Menteri Besar ke kampung itu telah disambut dgn meriah. 2. ditimpa (kemalangan, sakit dll); diserang; didatangi. pendatang orang yg mendatang (tidak asli): ~ haram orang asing yg memasuki sesebuah negara tanpa kebenaran drpd (pihak) kerajaan. | Kamus Pelajar |
| alam I | 1. dunia, bumi: namanya termasyhur di seluruh ~; bencana ~ bencana yg berlaku di muka bumi (spt banjir, gempa, dll); 2. segala yg ada di langit dan di bumi (bumi, bintang-bintang, tenaga-tenaga yg ada, dll): Tuhan menjadikan ~ ini dlm masa enam hari; ilmu ~ a) pengetahuan mengenai keadaan alam dan benda-benda hidup (spt keadaan bumi, iklim, penduduk dan perusahaannya, dll), geografi; b) Id fizik; 3. lingkungan yg meliputi golongan atau kumpulan orang atau hidupan lain yg tertentu atau sejenis: ~ remaja; ~ kanak-kanak; ~ Minangkabau; ~ haiwan; 4. bidang atau lingkungan kegiatan (minat dll): ~ persuratan Melayu; ~ pembacaan kanak-kanak; ~ persuratkhabaran; 5. Id segala daya (kekuatan dsb) yg seakan-akan mengatur isi dunia: di negeri itu agaknya berlaku hukum ~, siapa yg kuat dialah yg berkuasa; ~ arwah tempat roh-roh; ~ baqa dunia yg kekal, akhirat;~ barzakh alam yg tidak kelihatan (tempat orang mati hingga hari kiamat); ~ fana dunia yg tidak kekal; ~ fikiran bidang atau lingkungan fikiran (cara berfikir); ~ nabatah = ~ tumbuh-tumbuhan segala macam tumbuh-tumbuhan; ~ samar alam barzakh; ~ semesta seluruh alam; lah sesak ~ tempat diam, tak berbumi tempat tegak prb berasa sangat malu sehingga tidak dapat me-nyembunyikan dirinya lagi; sealam mempunyai alam yg sama: Malaysia ~ dgn Indonesia; kealaman perihal alam, sifat atau keadaan alam: pengaruh manusia terhadap ~ negeri itu besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| duduk | 1. beristirahat di atas punggung (spt bersila, bersimpuh, dll): saya terpaksa ~ di atas pokok itu sahaja; anak kecil itu ~ di atas pangkuan ibunya; 2. tempat letaknya: skru itu tidak betul ~nya, senget; 3. terletak, berada: sebuah lampu yg ~nya 3 meter dr lantai; rumah kediaman bapa Busu ~nya di hujung suatu lorong; 4. = kedudukan keadaan yg sebenarnya (bkn sesuatu hal dll): pekerjaan berternak kuda lain ~nya dgn bercucuk tanam; 5. tinggal (di), diam (di), menetap, berumah: maka ~lah dia di Sungai Baharu menjadi khatib; sudah bertahun-tahun mereka ~ di rumah itu; 6. terus berada (di sesuatu tempat), tinggal: malam itu selepas makan, Bakar ~ di biliknya spt biasa; 7. berkahwin, bernikah, bersatu: Tun Teja sudahlah bertunangan dgn raja Pahang dan hampirlah akan ~; 8. hampas (kopi, teh, dll); 9. = terduduk termendak atau mengendap (bkn serbuk kopi, teh, bauran, dll); 10. mempunyai tempat atau kerusi (di parlimen, majlis tertinggi, dsb), berada: dia adalah salah seorang wakil rakyat yg ~ dlm Majlis Tertinggi Keselamatan Dalam Negeri; 11. bp sedang (melakukan sesuatu): dia ~ termenung seorang diri; ~ menjahit (membaca, menulis, dll); ~ antara dua sujud duduk selepas sujud yg pertama (di dlm sembahyang orang-orang Islam); ~ berapit duduk di antara dua orang; ~ berjuntai duduk di tempat yg tinggi dgn menjuntaikan kaki; ~ berlutut duduk dgn kaki dibengkokkan dan kepala lutut mengenai lantai, bertelut; ~ bernama bunga sekuntum duduk berlutut ketika mengangkat sembah; ~ bersila duduk dgn melipatkan dan menyilangkan kaki; ~ bersimpuh (bertimpuh) duduk dgn melipatkan kedua-dua belah kaki ke belakang; ~ bertindih lutut duduk di atas kerusi dgn sebelah lutut diletakkan di atas lutut yg satu lagi, bersila panggung; ~ bertinggung mencangkung; ~ perut mengandung; ~ berkelompok, tegak berpusu prb orang yg duduk pd tempat selayaknya dlm sesuatu majlis; ~ berkisar tegak berpaling prb mungkir janji atau tidak menepati cakap; ~ di ambung-ambung taji prb orang yg selalu dlm kerunsingan; ~ di dlm tabir langit-langit berbau tembelang prb perempuan yg berkurung dlm rumah tetapi kejahatannya diketahui orang; ~ dlm duri yg banyak, bersandar di tiang rengas prb hidup yg serba salah kerana menghadapi bencana; ~ dgn cupak gantang prb ketua yg adil; ~ dgn sukatan prb orang yg kaya; ~ meraut ranjau, tegak meninjau jarak prb orang yg sentiasa membuat kerja; ~ sama rendah, berdiri (tegak) sama tinggi prb orang yg sama sedarjat; ~ sehamparan, tegak sepermatang prb orang yg sedarjat dlm adat; ~ seorang bersempit-sempit, banyak berlapang-lapang prb fikiran yg diperoleh drpd perbincangan lebih bernas drpd fikiran yg bersendiri; ~ spt kucing, melompat spt harimau prb orang pendiam yg tangkas bekerja dan berfikir; belum ~ sudah berlunjur menganggap sudah memperoleh atau memiliki sesuatu perkara yg belum pasti dapat dimiliki atau dikuasai atau bergirang dahulu sebelum maksud tercapai; jikalau kita ~ di atas ciau emas sekalipun, lamun hati tiada senang juga prb jika hati seseorang itu selalu susah dan resah, walau bagaimana senangnya tetap berduka juga; duduk-duduk berehat-rehat (mengambil angin dsb): sewaktu sampai di situ, aku melihat Said dan beberapa orang lain sedang ~ di bawah pokok; berdudukan sedang duduk (di atas bangku, kerusi, dsb): orang-orang yg ~ di bangku-bangku panjang di ruang menunggu itu memandang ke arah mereka yg baru memasuki ruang itu; menduduki 1. mengambil tempat duduk, duduk di: tikar terbentang diduduki; 2. = mengeduduki mendiami, tinggal di: beberapa orang datang ke bilik yg diduduki orang baru itu; rumah itu sudah lama tidak diduduki orang; 3. menakluki (mengalahkan) dan menguasai sesebuah negeri dll: penyerangan itu bermaksud hendak ~ Sri Wijaya; 4. mengambil (memasuki, mengikuti) sesuatu peperiksaan atau ujian: mereka telah ~ peperiksaan itu dlm bahasa Inggeris pd tahun lalu; 5. duduk (berada) di (kerusi parlimen, majlis tertinggi, dsb): beliau akan ~ kerusi dlm Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu; 6. ki memikat hati seseorang: pemuda itu telah berjaya ~ hatinya yg kosong selama ini; mendudukkan 1. meletakkan (menyuruh, mempersilakan) duduk: maka baginda pun ~ anakanda baginda di atas singgahsana yg dua belas tingkat; dia mengambil anaknya dan ~nya di atas ribanya; 2. mendapatkan kesimpulan (penyelesaian) sesuatu perkara; 3. mengahwinkan, menikahkan: maka oleh Raja Aftabul-Ardl akan Raja Chulan itu didudukkan baginda dgn anakanda baginda tuan puteri Mathabul-Bahri; terduduk 1. terjatuh duduk, duduk dgn tiba-tiba dan tidak sengaja; 2. mengendap atau terendap (serbuk kopi, teh, dll); kedudukan 1. tempat tinggal (yg didiami); 2. tempat letaknya: ~ Singapura di tengah-tengah jalan laut yg menghubungkan Timur dan Barat menyebabkannya menjadi pelabuhan yg begitu penting di Asia; 3. keadaan atau selok-belok (hal) sesuatu perkara (terutama pd masa tertentu), situasi: sudah berkali-kali ia menerangkan ~ yg sebenarnya kpd penduduk-penduduk di situ; ~ politik (eko-nomi dsb); 4. tingkatan taraf (martabat, darjat, dsb): tiap-tiap orang ada harapan utk mendapat pangkat dan ~ yg tinggi dlm negaranya; sekedudukan 1. sama tarafnya (martabatnya, darjatnya); 2. bersetubuh: ada suami yg terus membunuh laki-laki yg ~ dgn isterinya sendiri; bersekedudukan 1. bersetubuh: terasa loya tekaknya, kerana rasa getik dan jijik ~ dgn orang tua bangka itu nanti; 2. tinggal bersama (spt suami isteri) tanpa bernikah: Cik Mah dihadapkan ke Mahkamah Syariah di atas tuduhan ~ dgn Kandasamy selama 27 tahun sehingga mendapat sembilan orang anak; berkedudukan 1. mempunyai kedudukan (tempat letaknya), terletak, berada: jarum penimbang itu diganjakkan sehingga ~ betul-betul pd nombor 0; 2. mempunyai kedudukan (taraf, darjat, dsb), bertaraf, berdarjat, bermartabat: dia ~ tinggi di mata masyarakat; pendudukan perihal atau perbuatan menduduki sesuatu daerah atau negara oleh kuasa luar (tentera dll): dlm masa ~ Jepun saya bekerja di Berita Malai; penduduk orang yg menduduki sesuatu daerah (tempat, negeri, dll): tidak ada seorang pun drpd ~ kampung itu yg berani keluar melihat pembunuhan itu; berpenduduk mempunyai penduduk: Malaysia ~ lebih drpd 14 juta orang dlm tahun 1984; kependudukan segala hal mengenai penduduk (sesuatu tempat, daerah, negeri, dsb): aspek ~ dibincangkan dlm simposium itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |